Pendaftaran Program Saringan Prihatin Myeg
PENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
APA ITU PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG?
Program Saringan Prihatin dilancarkan bagi menyediakan saringan COVID-19 bagi pekerja syarikat-syarikat di Malaysia terutamanya di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
Terbuka kepada pekerja warganegara tempatan dan asing mereka.
Majikan dapat mengesahkan kelayakan pekerja dari segi perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan meneruskan urusan bagi pekerja layak menjalani saringan itu tanpa sebarang bayaran. Ini kerana MYEG akan berhubung terus dengan PERKESO mengenai subsidi kos terbabit.
PERKESO juga akan menanggung kos ujian itu bagi pekerja layak yang juga pencarum pertubuhan itu
CARA BUAT PENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
Pendaftaran bagi pekerja boleh dilakukan di https://app11.myeg.com.my/PSPEMP/
Jika nak daftar ujian saringan Covid19 melalui PERKESO,boleh klik disini
SOALAN LAZIM PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
Apakah Program Saringan Prihatin?
Program Saringan Prihatin dilancarkan bagi menyediakan saringan COVID-19 bagi pekerja syarikat-syarikat di Malaysia.
Adakah saringan COVID-19 ini percuma?
Bayaran saringan RM150 bagi setiap pekerja akan mendapat subsidi Program Saringan Prihatin bagi penyumbang PERKESO berdaftar.
Pekerja yang tidak layak untuk subsidi berkenaan boleh melakukan saringan pada harga RM150 dengan perbelanjaan mereka sendiri.
Bagaimana saya mendaftarkan pekerja bagi saringan COVID-19 ini?
Pendaftaran bagi pekerja boleh dilakukan di https://app11.myeg.com.my/PSPEMP/
Apakah kelebihan melakukan saringan COVID-19 ini menerusi MYEG?
Sebagai alternatif daripada meminta pekerja untuk mengunjungi klinik, kami sebaliknya akan pergi ke premis majikan (syarikat dengan lebih daripada 50 pekerja yang layak) untuk melakukan saringan. Bagi syarikat dengan jumlah kurang daripada 50 pekerja yang layak, terdapat caj perjalanan berasingan dikenakan mengikut lokasi.
Bila dan di manakah saringan COVID-19 ini akan dilakukan?
Setelah majikan menyelesaikan proses pendaftaran, mereka boleh membuat janji temu untuk pekerja mereka. Melalui klinik bergerak MYEG, kami akan mengaturkan pasukan perubatan untuk pergi ke premis majikan untuk melakukan saringan.
Apakah jenis saringan COVID-19 ini?
Ia adalah ujian antigen yang memerlukan swab dilakukan. Sampel akan dihantar ke makmal untuk mendapatkan keputusan.
Siapa yang akan melaksanakan saringan COVID-19?
Saringan akan dilakukan oleh pengamal perubatan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Adakah individu yang telah menjalani saringan COVID-19 ini akan menerima sebarang rekod bukti mereka telah diuji?
Mereka akan menerima sijil digital daripada MYEG dalam bentuk kod QR dinamik berwarna pada aplikasi mudah alih yang menunjukkan status ujian mereka untuk tujuan pengesahan. Sijil digital berkenaan diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja sebagai rekod bukti ujian.
Jika saya mempunyai pekerja yang tidak dilindungi, bolehkah mereka menjalani saringan COVID-19?
Ya, pekerja masih boleh menjalani saringan dan akan dikenakan bayaran RM150 sebelum janji temu saringan
The post PENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/pendaftaran-program-saringan-prihatin-myeg.html