Pendaftaran Padu Tidak Ditangguh Isu Teknikal Diselesaikan Segera




 
Oleh: Helmi Mohd Foad





Kerajaan tidak akan menangguhkan proses pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meskipun berlaku beberapa isu teknikal berhubung proses pendaftaran maklumat pengguna selepas ia dilancarkan semalam.





Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberitahu mesyuarat pertama Kabinet hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan PADU akan diteruskan sebagaimana dirancang.





"Jemaah Menteri tidak memutuskan sedemikian (tangguh PADU). Pada waktu ini kita dapati sistem itu berjalan lancar dengan isu yang dibangkitkan berjaya diselesaikan dalam jangka masa singkat.





"Pemantauan tentang aspek keselamatan terus dilakukan, jadi tidak timbul isu untuk menangguhkan," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.





Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kerajaan mendapati sistem pangkalan data itu berjalan dengan lancar dan isu-isu berbangkit berjaya diselesaikan dalam tempoh masa singkat.





Katanya masalah berbangkit terutama mengenai isu keselamatan khususnya data peribadi sentiasa diutamakan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli serta pasukan PADU.





Jelasnya Jemaah Menteri turut dimaklumkan tentang keselamatan siber yang menjadi keutamaan dalam sistem PADU.





Dalam hal ini, katanya pihak CyberSecurity Malaysia (CSM) yang turut terlibat sebelum PADU dilancarkan membantu Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenal pasti kerentanan pada sistem tersebut.





CSM juga mengadakan pertemuan bersama DOSM serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi terus menambah baik sistem PADU, katanya.





"Saya menyarankan semua rakyat yang berhasrat untuk mendapatkan bantuan kerajaan untuk mengisi dan mendaftar dalam sistem PADU. Jangan risau dan gunakan (PADU) tanpa was-was kerana isu yang dibangkitkan sentiasa dipantau.





"Kerajaan pandang serius isu keselamatan data peribadi dan menjamin tidak berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini," katanya.





Terdahulu bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming menggesa kerajaan menangguhkan proses pendaftaran PADU sehingga beberapa masalah keselamatan diperbetulkan.





Menurutnya langkah itu perlu kerana wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran PADU termasuk menghendaki pengguna mengisi maklumat sama yang sudah ada dalam pangkalan data sistem itu.





Bekas Ahli Parlimen Bangi itu turut meminta orang ramai segera mendaftar di portal PADU kerana bimbang maklumat kad pengenalan boleh digunakan individu lain kerana kelulusan e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) yang mengambil masa tiga hari.

Namun Rafizi semalam menjelaskan pendaftaran e-KYC boleh dilakukan dalam tempoh kurang lima minit.





Fahmi menjelaskan setakat 10 pagi ini seramai 233,782 orang telah mendaftar ke dalam sistem PADU dengan seramai 118,115 telah selesaikan melakukan proses pengesahan e-KYC.





Sistem PADU yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, DOSM dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.





Fungsi utama PADU ialah membantu rakyat mengemas kini dan membolehkan kerajaan membuat penyasaran bantuan secara tepat selain menghentikan ketirisan.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/pendaftaran-padu-tidak-ditangguh-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gantung Dahulu Pendaftaran Padu Hingga Isu Keselamatan Dibaiki Kian Ming

Gantung Dahulu Pendaftaran Padu Hingga Isu Keselamatan Dibaiki Kian Ming

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 232 hits
Bekas Timbalan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Dr Ong Kian Ming menggesa Pangkalan Data Utama digantung sementara sehingga kelemahan keselamatan sistem itu dibaiki SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroaw
Padu Dapat Tangani Isu Fiskal Negara

Padu Dapat Tangani Isu Fiskal Negara

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 252 hits
Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Azlan Awang berkata pelaksanaan PADU dilihat penting bagi menangani kedudukan fiskal negara seperti hutang dan ketirisan subsidi SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub conf...
Isu Ashabul Khaffi Dr Maza Bersuara Pertikai Sesat Neraka Jahil

Isu Ashabul Khaffi Dr Maza Bersuara Pertikai Sesat Neraka Jahil

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 366 hits
Dr Maza Mufti Negeri Perlis Dan Lagu Dua Orang Ustaz Membincangkan Isu Yang Panas Minggu Lalu Berkaitan Status Agama Tujuh Pemuda Ashabulkhaffi Sama Ada Sebelum Zaman Nabi Isa Atau Selepas Zaman Nabi Isa Malah Tiga Orang Agamawan Membincang...
Suhakam Gesa Putrajaya Tubuh Pasukan Petugas Siasat Isu Pemerdagangan Manusia

Suhakam Gesa Putrajaya Tubuh Pasukan Petugas Siasat Isu Pemerdagangan Manusia

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 210 hits
Suhakam gesa Putrajaya tubuh pasukan petugas siasat isu pemerdagangan manusia Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2
Ini Rare Laporan Polis Isu Rasuah Padatahun 1999 Pmx Terhadap Daim

Ini Rare Laporan Polis Isu Rasuah Padatahun 1999 Pmx Terhadap Daim

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 306 hits
LAPORAN POLIS DATO SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99 LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455 99 Pada 14 April 1999 tatkala memberikan kenyataan di mahkamah saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar ...
Sekali Ismail Sabri Buka Mulut Beri Respon Isu Langkah Dubai

Sekali Ismail Sabri Buka Mulut Beri Respon Isu Langkah Dubai

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 324 hits
Bekas Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob dengan tegas menafikan keterlibatannya atau pengetahuannya mengenai usaha untuk menjatuhkan kerajaan Atau 8216 Langkah Dubai 8217 yang kononnya dirancang oleh pemimpin parti pembangkang dan beber...
Kpm Cara Jalan Selesai Isu Murid Tiada Dokumen Kerakyatan

Kpm Cara Jalan Selesai Isu Murid Tiada Dokumen Kerakyatan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 250 hits
KEMENTERIAN Pendidikan mengadakan pertemuan dengan keluarga murid tanpa dokumen kewarganegaraan yang menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahan KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertemuan yang diadakan oleh Jabatan Pendidikan N...
Pas Marah Kritik Hudud Jangan Kritik Isu Kaum Dap

Pas Marah Kritik Hudud Jangan Kritik Isu Kaum Dap

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 297 hits
Pas diingatkan agar tidak sibuk mengkritik DAP berkenaan isu Perdana Menteri bukan Melayu atau Pilihanraya Kerajaan Tempatan kerana parti itu juga mempunyai isu utama yang diperjuangkan seperti negara Islam atau RUU 355 Oleh itu Ketua Pener...
Terdesak Sangat Kot Isu Lain Tak Ada Kah

Terdesak Sangat Kot Isu Lain Tak Ada Kah

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 203 hits
Punya la terdesak puak puak walaun ni nak menfitnah Artikel lama pun direcycle nya
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Doorgift Kenduri Dapat Kek Coklat Moist

Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Hari Bonus 2025 30 12 25

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Program Penurunan Berat Badan Di Kalangan Kakitangan Kesihatan Keberkesanan Cabaran Dan Implikasi Amalan