Ini Rare Laporan Polis Isu Rasuah Padatahun 1999 Pmx Terhadap Daim


LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99 
LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99 
Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara. Saya juga telah merujuk kepada surat-surat dari tiga tokoh korporat ditujukan kepada Tun Daim Zainuddin , ketika itu Menteri Kewangan, yang membuktikan dengan jelas bahawa beliau menerima wang tunai dan saham berjumlah ratusan juta ringgit. 
Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad bukan sekadar menghalang tindakan, bahkan terus melindungi rasuah besar yang dilakukan oleh Tun Daim sejak beliau menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya dahulu.Malahan, sehingga kini, saya di fahamkan tidak ada siasatan oleh pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah dilakukan

Dengan ini, saya sertakan dokumen sah bagi membuktikan rasuah, iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah

Tan Sri Halim, dalam surat bertarikh 30 April 1990, menyatakan beliau memegang sebagai pemegang amanah sebanyak 52,208,500 saham Faber Merlin Bhd (saham 1.00) dan 130,000,000 saham Renong Berhad (50 sen) bagi pihak Tun Daim. Beliau mengesahkan bahawa nilai saham itu di pegang menurut arahan Tun Daim atau penama beliau

Tan Sri Tajuddin pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan bahawa beliau memegang secara amanah bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 70 juta

Tan Sri Wan Azmi pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 30 April 1990 mengaku memegang bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 150 juta

Ini tentunya sebahagian kecil dari perolehan Tun Daim yang juga bertindak bagi pihak Dato Seri Dr. Mahathir. Saya menerima maklumat bahawa sebahagian besar wang tersebut adalah hasil pengagihan saham Resorts World, syarikat perjudian yang disenaraikan atas kelulusan Tun Daim sejurus sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991 dahulu

Dengan kaedah sedemikian beliau telah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan bagi mengambil manfaat bagi dirinya. Bagaimana pula dengan puluhan syarikat lainnya? Saya yakin bahawa dengan cara sedemikian, Tun Daim dengan restu Dato Seri Dr. Mahathir telah berjaya mengumpulkan berbillion ringgit

Saya juga telah mendapat maklumat bahawa syarikat Hati Budi yang dahulunya dikatakan dikuasai oleh UMNO telah diluputkan kepentingan oleh dua orang penama, iaitu Tan Sri Halim Saad dan Dato' Anuar Othman. Adalah difahamkan 400 juta saham yang dipegang oleh Dato' Anuar Othman yang disebut sebagai amanah untuk UMNO telah diarah oleh Tun Daim supaya dipindah kepada syarikat United Engineers dan Tan Sri Halim. Apabila saya laporkan masalah tersebut kepada Dato Seri Dr. Mahathir dalam tahun 1996, beliau menyatakan bahawa Tun Daim yang akan menguruskannya, dan mengarahkan saya supaya jangan mencampuri hal tersebut

Hanya setelah saya mendedahkan maklumat tersebut, maka Tun Daim segera berdalih menyatakan dalam Perhimpunan Agong UMNO 1999 baru-baru ini bahawa wang dan saham dari tiga ahli korporat itu adalah untuk UMNO. Nyatalah, bila nampak tersepit, barulah di sebut harta yang dikumpulkan itu hak Parti UMNO. Setahu saya, berdasarkan bukti surat, dan dari akaun dan maklumat Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agong UMNO, tidak pernah timbul sama sekali kepentingan Parti

Keduanya, selaku Menteri Kewangan menerima sumbangan peribadi beratus-ratus juta ringgit adalah rasuah besar dan pecah amanah jenayah. Sekiranya beliau sekarang mendakwa bahawa wang tersebut adalah hak Parti, beliau tetap bersalah kerana tidak pernah memberi laporan kepada Parti tentang wang tersebut. Hanya apabila saya mendedahkan mengenainya, baru beliau menyebutnya dalam Perhimpunan Agong yang lalu

Anwar Ibrahim
12.28 t/hari (30 Julai 1999)








LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99

LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99

Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara.… pic.twitter.com/VrraV9xSxh
— CIKY🅰️NIE (@lady_bugg11) December 25, 2023

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2023/12/ini-rare-laporan-polis-isu-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Polis 1999 Anwar Terhadap Daim Kini Tersebar Semula

Laporan Polis 1999 Anwar Terhadap Daim Kini Tersebar Semula

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 136 hits
HarapanDaily comLaporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Julai 1999 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kini tersebar semula Anwar ketika itu mendedahkan bahawa Daim menerima wang tunai dan saham berjumlah r...
Laporan Polis Tdrhadap Tun Daim Pada Tahun 1999 Pmx Tak Cakap Kosong

Laporan Polis Tdrhadap Tun Daim Pada Tahun 1999 Pmx Tak Cakap Kosong

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 156 hits
Kemungkaran yang sangat besar baru dapat disiasat untuk dicegah Itulah Anwar Ibrahim yang kamu benci dan tuduhnya sebagai musuh Islam wahai pewalak2 perjuangan Islam palsu LAPORAN POLIS DATO SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINU...
Langkah Dubai Mp Lipis Buat Laporan Polis Terhadap Halim Romli Channel

Langkah Dubai Mp Lipis Buat Laporan Polis Terhadap Halim Romli Channel

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 158 hits
HarapandailyAhli Parlimen Lipis membuat laporan polis terhadap pemilik akaun YouTube Halim Romli Channel yang mendakwanya berada di Dubai sebagai percubaan untuk menghadap Yang di Pertuan Agong bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Wakil raky...
Isu Lahad Datu Polis Tutup Rundingan

Isu Lahad Datu Polis Tutup Rundingan

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 81 hits
Polis memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo kira kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu Pesuruhja...
Isu Lahad Datu Dua Komando Polis Terkorban Terkena Peluru Mortar

Isu Lahad Datu Dua Komando Polis Terkorban Terkena Peluru Mortar

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 119 hits
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar ...
Rentasan 1519 Gempar Sokongan Terhadap Pmx Bakal Terus Bertambah

Rentasan 1519 Gempar Sokongan Terhadap Pmx Bakal Terus Bertambah

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 63 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1519 1 MB KEDAH MINTA RAKYAT TUNGGU APA 2 NEGARA DI LANDASAN TEPAT KENAPA PERLU DIGUGAT 3 KE MANA PERGINYA FAIZAL AZUMU
Sprm Sahkan Siasat Daim Atas Dakwaan Rasuah Pengubahan Wang Haram

Sprm Sahkan Siasat Daim Atas Dakwaan Rasuah Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 175 hits
SPRM mengesahkan penyitaan Menara Ilham di Kuala Lumpur baru baru ini berkaitan siasatannya atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap bekas menteri kewangan Daim Zainuddin Ketua SPRM Azam Baki dipetik Utusan Malaysia mengesahka...
Pmx Kekal Lawan Rasuah

Pmx Kekal Lawan Rasuah

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 126 hits
Hari tu aku baca satu pendapat baru aku perasan Aku jadi terfikir Betul juga kan DS Anwar diketahui keras melawan rasuah Dan itu buatkan ramai yang tak senang Musuh politik beliau yang dahulu pernah berada di tampuk kuasa jadi tak keruan ke...
Check Alat Tulis Anak

Blackrock Umno Dua Kepala

Zaid Hits Out At Ministry S Muslim Friendly Tourism Idea For Langkawi

10 Vacuum Cordless Terbaik Untuk Bersihkan Rumah 2024

Roche Partners With Healthcare Experts To Introduce Accessible Diabetes Care

Kopi Terbaik Di Cafe Area Utara Aroma Yang Berbeza

Drama Terjerat Kisah Cinta Terlarang Hingga Terjerat Dan Menjerat Hidup Hakiki

Penjelasan Isu Blackrock Oleh Pm Diterima Baik



6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terjerat iQIYI Malaysia Gandingan Aliff Aziz Dan Ruhainies


Jangan Bersangka Sudah Beriman

Cara Terbaik Mengemas Barangan Berat Apabila Pindah Rumah

Cara Menetap Di Negeri Belanda Terdapat 4 Jalur Yang Bisa Digunakan

Restoran Line Clear Penang

Only Flirts Your Ticket To Anonymous And Exciting Dates

Sultan Murka Kes Curi Tabung Masjid