Pencen Seringgit Pun Tak Dapat Jika Bersalah



Penjawat awam yang didapati bersalah kerana terlibat dengan rasuah akan hilang segala manfaat persaraan termasuklah ‘pencen seringgit’.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, perkara itu jelas termaktub dalam pekeliling perkhidmatan dan peraturan-peraturan semasa yang terpakai untuk penjawat awam.
Katanya, tindakan itu juga secara automatik terpakai sebaik sahaja penjawat awam berkenaan termasuk pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijatuhi hukuman oleh mahkamah.
“Dalam perkhidmatan awam, jika didapati (penjawat awam itu) bersalah dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah, maka sudah tentu dia akan hilang segala-galanya.
“Jadi tidak timbul lagilah dia akan dapat pencen seringgit atau manfaat yang lain sebab telah jelas mengikut pekeliling perkhidmatan dan peraturan semasa yang terpakai maknanya penjawat awam tersebut tidak dapat apa-apa lagi.
“Segala-galanya (manfaat) daripada tempoh perkhidmatan akan hilang. Pencen pun tidak ada. Bagaimana hendak dapatkan pencen kerana perkhidmatan mereka (penjawat awam terlibat rasuah) telah ditamatkan sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman kepada mereka,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengenai ‘pencen seringgit’ ke atas pegawai dan anggota PDRM yang ditamatkan perkhidmatan kerana terlibat dengan rasuah.
Menurut Ayob Khan, tindakan yang pernah dilaksanakan pada zaman bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar mungkin boleh diperkenalkan semula.
Langkah itu antara bukti ketegasan ke atas mana-mana pegawai kanan atau anggota bawahan yang terlibat dengan kesalahan tersebut-SH
Sebelum itu…
‘Beri mereka pencen seringgit’
Tindakan ditamatkan perkhidmatan atau ‘pencen seringgit’ terhadap pegawai dan anggota PDRM terlibat rasuah seperti yang pernah dilaksanakan ketika zaman bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar perlu diperkenalkan semula.
SHAH ALAM- Tindakan ditamatkan perkhidmatan atau ‘pencen seringgit’ terhadap pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat rasuah seperti yang pernah dilaksanakan ketika zaman bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar perlu diperkenalkan semula.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah itu antara bukti ketegasan ke atas mana-mana pegawai kanan atau anggota bawahan yang terlibat dengan kesalahan itu.
Beliau berkata, tindakan ‘pencen seringgit’ atau dalam tafsiran undang-undang yang sebenar adalah Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam iaitu di bawah Peraturan 49 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 itu pernah dilaksanakan pada era 1980-an.
“Dalam konteks ketegasan menangani isu rasuah dalam PDRM, saya suka menarik perhatian kepada era 1980-an di mana KPN ketika itu, Tun Hanif Omar dan lain-lain pegawai kanannya yang mengambil tindakan ‘ditamatkan perkhidmatan’ ke atas pegawai-pegawai tinggi PDRM yang terlibat dalam rasuah.
“Tindakan tersebut tanpa mengira pangkat dan status mereka. Ia dikenali sebagai ‘pencen seringgit’.
“Selepas era tersebut, amat jarang atau tidak pernah kita dengar lagi pegawai tinggi PDRM dikenakan tindakan ‘pencen seringgit’ atau dibuang kerja.
“Yang sering diuar-uarkan adalah tindakan buang kerja ke atas anggota bawahan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman itu berkata, isu membabitkan rasuah dan salah laku pegawai dan anggotanya antara perkara yang diberi fokus utamanya.
Jelas beliau, tindakan tegas dan tanpa kompromi terhadap pegawai dan anggota polis Johor yang terlibat dengan rasuah dan salah laku lain dibuktikan apabila seramai 43 anggota dan seorang pegawai kanan telah dituduh di mahkamah sejak menerajui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mulai Mac tahun lalu hingga kini.
Dalam statistik sama katanya, seramai 46 lagi anggota telah dibuang kerja, manakala 57 orang lagi iaitu empat pegawai dan 53 anggota telah ditahan kerja dan seramai 12 orang anggota telah digantung tugas.
“Pendekatan saya dalam memastikan tindakan tegas ke atas pegawai dan anggota yang terlibat dalam rasuah dan lain-lain salah laku dapat dilihat pada statistik tangkapan dan pertuduhan di mahkamah melibatkan pegawai dan anggota sejak saya mengambil alih sebagai Ketua Polis Johor,” katanya.-SH

The post ‘Pencen seringgit’ pun tak dapat jika bersalah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/31/pencen-seringgit-pun-tak-dapat-jika-bersalah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pencen-seringgit-pun-tak-dapat-jika-bersalah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemberian Pencen Seringgit Harus Dilaksana Semula Ayob Khan

Pemberian Pencen Seringgit Harus Dilaksana Semula Ayob Khan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 239 hits
Sinar HarianAYOB KHAN Tindakan tersebut tanpa mengira pangkat dan status mereka Ia dikenali sebagai pencen seringgit BERNAMA SHAH ALAM Tindakan ditamatkan perkhidmatan atau pencen seringgit terhadap pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia...
Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Bersalah Tak Mampu Bantu Semua

Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Bersalah Tak Mampu Bantu Semua

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 326 hits
Sejak semalam nama pendakwah popular Ustaz Ebit Lew menjadi perhatian ramai apabila membeli 100 unit tablet untuk diberikan kepada pelajar susah yang memerlukan Menerusi perkongsian terbaru Ustaz Ebit berasa sebak kerana hanya mampu menyedi...
Atendan Klinik Mengaku Tak Bersalah Lakukan Amang Seksual Ke Atas 2 Anak Kandung

Atendan Klinik Mengaku Tak Bersalah Lakukan Amang Seksual Ke Atas 2 Anak Kandung

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 232 hits
IPOH Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya di Sitiawan tahun lalu Tertuduh 42 yang juga atendan kesihatan di sebuah klinik kerajaan di Manjung membuat...
Wanita Mengaku Tak Bersalah Bunuh 2 Kucing Yang Berak Di Depan Rumahnya

Wanita Mengaku Tak Bersalah Bunuh 2 Kucing Yang Berak Di Depan Rumahnya

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 589 hits
Wanita mengaku tak bersalah bunuh 2 kucing yang berak di depan rumahnyaWanita yang memukul dua ekor kucing termasuk seekor kucing betina yang sedang bunting sehingga mati kerana berang dengan dua haiwan itu membuang najis di depan rumahnya ...
Pindahkan Hakim Nazlan Bagi Jayakan Misi Najib Bersalah Dakwa Puad Zarkashi

Pindahkan Hakim Nazlan Bagi Jayakan Misi Najib Bersalah Dakwa Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 332 hits
MALAYSIA DATELINEAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa keputusan memindahkan semula hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ke Mahkamah Tinggi Komersial bagi menjayakan misi Najib bersalah Puad dalam hantaran di Facebooknya...
Broker Mengaku Tidak Bersalah Pukul Dua Kucing Hingga Mati

Broker Mengaku Tidak Bersalah Pukul Dua Kucing Hingga Mati

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 336 hits
SEORANG broker wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth Pulau Pinang pagi ini atas dakwaan memukul dua ekor kucing betina sehingga mati dalam kejadian pada Disember lalu BUTTERWROTH Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertudu...
Mahkamah Tinggi Putuskan Tan Sri Isa Samad Bersalah Di Atas Sembilan Pertuduhan Rasuah

Mahkamah Tinggi Putuskan Tan Sri Isa Samad Bersalah Di Atas Sembilan Pertuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPURl Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd ISA abdul Samad bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 09 juta enam tahun lalu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan demikian selepas men...
Tun M Berhentilah Berlakon Tak Bersalah

Tun M Berhentilah Berlakon Tak Bersalah

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 238 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dinasihatkan agar tidak terus menerus menyerang Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyucikan dirinya sendiri kononnya beliau bukan penyebab kejatuhan kerajaan PH Menurut Ahli Parlim...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar