Pencemaran Toksik Dibimbangi Merebak Ke Singapura


Mohd Zaini Samsu Hadi Pemandangan dari udara aliran Sungai Johor yang turut tercemar dipercayai akibat pembuangan sisa bahan toksik di Muara Sungai Kim Kim, Johor. foto HAZROL ZAINAL 
KUALA LUMPUR – Isu pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang sudah masuk hari ke-13 terus membuntukan penduduk di kawasan yang terjejas.

Malah, banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di beberapa buah kampung tentang nasib meraka setelah berdepan dengan keadaan itu.

Meskipun pengumuman sudah dibuat oleh pihak kerajaan bahawa kerja-kerja pembersihan melibatkan kawasan sepanjang 1.5 kilometer di sungai itu yang dilapor telah dibersihkan, namun kesannya di kawasan-kawasan lain dilihat masih ada.

Buktinya, wartawan MalaysiaGazette yang dibawa oleh penduduk kampung menyusuri sungai yang tercemar dengan menaiki bot mendapati, air Sungai Kim Kim yang keruh serta berbau busuk menunjukkan masih banyak lagi sisa-sisa toksik di sungai berkenaan yang perlu dibersihkan.



Berdasarkan pemerhatian, tidak mungkin kesan pencemaran sisa toksik itu dapat dibersihkan dalam tempoh yang singkat kerana kotoran dan sisa toksik yang dibuang telah mendap di dasar sungai.

Pengalaman penulis menyertai penduduk Kampung Pasir Putih ke Sungai Kim Kim baru-baru ini dapat menyaksikan masih ada lagi yang bergantung dengan sungai itu untuk mencari rezeki meskipun mengetahui risiko yang mungkin ditanggung.

Penulis terkejut apabila melihat pendayung yang digunakan oleh seorang remaja anak Orang Asli berkilat diselaputi dengan kesan buangan dipercayai sisa toksik.



Remaja berusia 16 tahun yang ketika itu sedang mencari kerang ditemani adik lelaki dan kedua ibu bapanya di muara Sungai Kim Kim mengakui menyedari perubahan pada sungai berkenaan lebih-lebih lagi hasil carian kerang untuk dijual tidak seperti dahulu.

Bagaimanapun, remaja itu dengan hati yang ikhlas menyatakan sungai yang diredahnya itu sememangnya menjadi tempat untuk mereka sekeluarga mendapatkan mata pencarian setiap hari.

Menguatkan lagi dakwaan penulis tentang pencemaran yang dipercayai telah merebak hingga ke Selat Tebrau ialah apabila visual yang dirakam dari udara menampakkan imej air hitam yang berbau busuk sudah mengalir keluar.



Jika pencemaran itu tidak segera ditangani ia dibimbangi akan merebak ke perairan Singapura dan perkara itu sudah pastinya boleh medatangkan masalah lain apabila melibatkan negara jiran.

MalaysiaGazette turut difahamkan bahawa kesan pencemaran yang berlaku di sungai tersebut bukannya baharu, sebaliknya telah bermula sejak empat tahun lalu.

Air sungai berkenaan yang dahulunya berwarna hijau dan sering menjadi tumpuan kaki pancing kini telah berubah wajah apabila airnya bertukar warna hitam seperti minyak kenderaan yang sudah digunakan dan ditambah pula dengan bau yang sangat meloyakan.

Seorang penduduk Kampung Pasir Putih, Zulkarnain Hashim mendakwa, banyak aduan telah dibuat olehnya mengenai kejadian itu namun, perkara tersebut seolah-olah dipandang sepi oleh pihak berkuasa.



Bagaimanapun, insiden yang berlaku sejak 7 Mac lalu apabila ribuan nyawa penduduk Pasir Gudang mula terancam dengan pencemaran tersebut akhirnya telah membuka mata pihak berkuasa betapa seriusnya aduan yang pernah dibuat sebelum ini.

Memang menjadi lumrah di negara ini bila ‘sudah terhantuk baru terngadah’.

Insiden itu bukannya biasa-biasa kerana bagi mereka yang menanggung kesannya ada yang sampai terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

Apapun penulis berharap agar ada tindakan diambil kepada pelaku yang menyebabkan pencemaran itu berlaku.



Tidak adil rasanya, jika pelaku terbabit dibiarkan terlepas kerana bukan sahaja kemusnahan alam telah dilakukan, bahkan ribuan nyawa yang tidak berdosa terpaksa menanggung musibah akibat kedangkalan akal mereka itu. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pencemaran-toksik-dibimbangi-merebak-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencemaran Toksik Sg Kim Kim Hampir 3 000 Nyawa Terancam Mb Johor Bercuti

Pencemaran Toksik Sg Kim Kim Hampir 3 000 Nyawa Terancam Mb Johor Bercuti

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 633 hits
Rakyat Malaysia melahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah atas ujian yang menimpa warga Pasir Gudang Johor akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim Pasir Gudang 7 Mac lalu Kesan pencemaran toksik dari Sungai Kim Kim Pasir Gud...
Mangsa Pencemaran Toksik Meningkat Kepada 4 035

Mangsa Pencemaran Toksik Meningkat Kepada 4 035

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 300 hits
Mar 15 2019 0 Comments PASIR GUDANG 15 Mac Seramai 480 mangsa baharu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dicatatkan setakat pukul 3 petang ini sekali gus menjadikannya jumlah terkini mangsa 4 035 Mereka semuanya dirujuk ke pusat raw
Wanita Umno Bantu Mangsa Pencemaran Sisa Toksik

Wanita Umno Bantu Mangsa Pencemaran Sisa Toksik

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 459 hits
KUALA LUMPUR 16 Mac 8211 Pergerakan Wanita UMNO hari ini meluangkan masa melawat serta menyampaikan bantuan kepada sukarelawan dan mangsa pencemaran sisa toksik di Stadium Tertutup Pasir Gudang Johor di sini Ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad ...
Bomba Sahkan Wujud Gas Sianada Dalam Pencemaran Toksik Di Sungai Kim Kim

Bomba Sahkan Wujud Gas Sianada Dalam Pencemaran Toksik Di Sungai Kim Kim

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 553 hits
PASIR GUDANG Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri mengesahkan kehadiran gas hidrogen sianida terkandung dalam udara tercemar akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim dekat sini pada 7 Mac lalu Pengarahnya Datuk Yahaya Madis berkat...
Pencemaran Toksik Najib Turun Pasir Gudang Pray4pasirgudang

Pencemaran Toksik Najib Turun Pasir Gudang Pray4pasirgudang

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 561 hits
Najib Razak hadir di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang dibuka sebagai pusat rawatan awal bagi mereka yang terjejas akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor PENCEMARAN KIMIA PASIR GUDANG INI NASIHAT P...
Pencemaran Toksik Perdana Menteri Lakukan Lawatan Ke Pasir Gudang

Pencemaran Toksik Perdana Menteri Lakukan Lawatan Ke Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 407 hits
Pada petang semalam YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersama Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail telah membuat lawatan ke Pasir Gudang Johor lanjutan daripada kes pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim Dr Maha...
Pencemaran Toksik Melarat Hairan Kerajaan Ph Seakan Ambil Mudah

Pencemaran Toksik Melarat Hairan Kerajaan Ph Seakan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 384 hits
Senator Dewan Negara Datuk Fahariyah Md Nordin melahirkan rasa hairan kenapa sampai sekarang kerajaan Pusat yang ditadbir Pakatan Harapan dilihat ambil jalan mudah dan masih tidak membuat apa apa tindakan berhubung kejadian pencemaran toksi...
Mangsa Pencemaran Toksik Kritikal Ibu Dedah Perbualan Terakhir Anak Di Facebook

Mangsa Pencemaran Toksik Kritikal Ibu Dedah Perbualan Terakhir Anak Di Facebook

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 693 hits
PASIR GUDANG Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort di sini yang kini kritikal akibat terhidu gas metana sempat bergurau serta mencium ibu dan bapanya sebelum pergi ke sekolah semalam Affza Balqis Ahmad Sahrel 14 ...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man