Pencemaran Bau Penduduk Sepang Bantah Operasi Kilang Pelupusan Plastik Dari China


Adam Abu Bakar Penduduk di sekitar Sungai Pelek dan Sepang membantah operasi kilang melupuskan sisa plastik hari ini. SEPANG: Kewujudan sebuah kilang pelupusan sisa plastik dipercayai berasal dari negara China didakwa merupakan punca pencemaran bau dihadapi penduduk di sekitar Sungai Pelek dan Sepang.

Bekas ahli Majlis Perbandaran Sepang Henry Tong, 36 berkata, kilang berkenaan yang mengeluarkan bau busuk pernah ditutup pada Mac lalu kerana beroperasi secara haram, namun kini beroperasi semula selepas mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita difahamkan kilang pelupusan plastik ini beroperasi menggunakan permit sementara untuk tempoh 6 bulan sebelum permit penuh diberikan. Kita mohon PBT tidak membuat keputusan tergesa-gesa,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Batu 2, Sepang, hari ini.
Pengerusi Gabungan Persatuan Cina dan Pertubuhan Rumah Berhala Sungai Pelek dan Sepang, Joshua Tee.Beliau mendakwa, pembakaran sisa plastik di kilang berkenaan yang mengeluarkan bau busuk mengancam kesihatan penduduk setempat.

Menurutnya ramai penduduk mengadu mengalami masalah gatal-gatal, asma dan mudah diserang selsema.

Jelas Henry, waktu operasi harian kilang pelupusan itu turut dicurigai kerana bermula dari jam 12 tengah malam hingga awal pagi ketika penduduk setempat sedang tidur.

Beliau juga berkata, persekitaran di Sepang perlu dijaga dengan baik memandangkan jaraknya hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi lokasi pertama kemasukan pelancong ke dalam negara.

Terdahulu, Henry bersama-sama dengan beberapa penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat seramai kira-kira 50 orang berkumpul di pintu hadapan kilang berkenaan.

Mereka antara lain menyuarakan bantahan terhadap kewujudan semula kilang berkenaan dan tindakan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) meluluskan permit sementara kepadanya.

“MPS sudah tutup kilang ini sejak Mac. Tetapi khabar angin yang kita dapat, pihak pengurusan kilang dapat permit sementara untuk teruskan operasi. Kita mahu beri mesej jelas, penduduk di sini tidak mahu kilang ini beroperasi. Kami mahu ia ditutup,” katanya.
Sean Ng.Sementara itu, pengerusi Gabungan Persatuan Cina dan Pertubuhan Rumah Berhala Kawasan Sungai Pelek dan Sepang, Joshua Tee, 40 mendakwa, sisa plastik yang dibakar di kilang berkenaan bukanlah sisa plastik tempatan, sebaliknya berasal dari luar negara.

“Kita dapat tahu, sisa plastik ini dibawa masuk ke kilang menggunakan lori kontena. Kita juga bimbang ia akan mencemarkan Sungai Sepang Besar yang berada di belakang kilang.

Joshua percaya pihak pengurusan kilang masih belum menmperoleh laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) memandangkan permit yang diberikan hanyalah permit sementara.

“Setahu kita, mereka beroperasi menggunakan permit sementara. Untuk dapatkan permit operasi, mereka harus dapat laporan EIA dahulu,” katanya.

Katanya, beliau turut difahamkan MPS akan bermesyuarat Selasa depan bagi memutuskan sama ada kilang itu dibenarkan beroperasi.
Kerosakan pada pokok buah naga dipercayai berpunca daripada pencemaran kilang pelupusan sisa plastik.Menurut seorang pekebun yang mengusahakan ladang buah naga di situ, Sean Ng, beliau mengesyaki kesan operasi kilang berkenaan merupakan punca hasil tanamannya terjejas teruk.

“Pada awalnya saya ingatkan ia disebabkan sisa sampah dari tapak pengurusan sisa Alam Flora.

“Namun selepas mendapat penjelasan dari Alam Flora, mereka beritahu tidak membakar sampah pada waktu malam. Saya dapati tanaman mudah dijangkiti penyakit dan banyak buah yang calar. Sebelum ini tidak pernah jadi seperti ini,” katanya.

Sean mendakwa, sewaktu pergi ke ladangnya setiap pagi, beliau dapati terdapat kesan habuk halus di pokok buah naganya, yang dipercayai merupakan habuk daripada sisa pembakaran plastik kilang berkenaan.

Sean berkata, sebelum ini beliau boleh mendapat hasil kira-kira 2 tan sebulan, tetapi kini hanya mampu meraih hasil sebanyak 200kg.

“Pemborong pun sudah tidak berani ambil buah kita. Mereka bimbang buah ini tercemar memandangkan jarak ladang saya dengan kilang tidak sampai 200 meter,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/pencemaran-bau-penduduk-sepang-bantah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puji Barang Barang Asal China Mendag Enggar Tegaskan Tak Bisa Larang Impor

Puji Barang Barang Asal China Mendag Enggar Tegaskan Tak Bisa Larang Impor

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 234 hits
Kementerian Perdagangan menyatakan tidak akan bisa menahan laju produk impor masuk ke Indonesia Maka dari itu hal ini menjadi tantangan produsen dalam negeri untuk meningkatkan kualitas produk agar bisa bersaing Pemerintah sendiri siap untu...
Pilot Helikopter Australia Diserang Laser Di Laut China Selatan

Pilot Helikopter Australia Diserang Laser Di Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 212 hits
Kapal kapal milisi informal China diyakini berada di balik serangan itu
Malaysia S Mahathir Faces Backlash Over Race Quota For Contractors On China Backed East Coast Rail Link

Malaysia S Mahathir Faces Backlash Over Race Quota For Contractors On China Backed East Coast Rail Link

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 348 hits
Prime Minister Mahathir Mohamad s assurance of preferential treatment for Malay and other indigenous businesspeople when awarding contracts for the multibillion dollar China backed East Coast Rail Link has been sharply criticised by politic...
China Malaysia Sahabat Selamanya Kata Duta

China Malaysia Sahabat Selamanya Kata Duta

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 328 hits
Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian berkongsi pandangannya mengenai persahabatan antara China dan Malaysia yang dibina atas dasar kepercayaan saling menghormati persamaan dan keikhlasan antara satu sama lain Dalam satu artikel khas yang d...
Ini Trik Kemenpar Rayu Wisatawan China Ke Kepri

Ini Trik Kemenpar Rayu Wisatawan China Ke Kepri

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 184 hits
Menpar Arief Yahya selalu punya jurus ampuh untuk memancing wisman ke Indonesia Di sela Famtrip ke Batam dan Bintan 8 travel agent China dikumpulkan di Hotel Aston Semuanya langsung diajak meracik paket wisata menarik Semuanya dikoneksikan ...
Duta Semoga Persahabatan China Malaysia Kekal Selamanya

Duta Semoga Persahabatan China Malaysia Kekal Selamanya

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 354 hits
Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian hari ini menulis tentang hubungan dua negara yang menurutnya terjalin sejak 45 tahun bermula dari sekecil kecilnya sehingga berkembang luas hingga ke hari ini
China Gears Up To Weaponize Rare Earths In Trade War

China Gears Up To Weaponize Rare Earths In Trade War

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 308 hits
The US imports about 80 percent of its rare earth elements used in a host of electronic components from China Beijing is gearing up to use its dominance of rare earths as a counter in its trade battle with Washington according to a salvo of...
Serukan Makar Sebelum Indonesia Dikuasai China Pria Di Bali Diamankan Polisi

Serukan Makar Sebelum Indonesia Dikuasai China Pria Di Bali Diamankan Polisi

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 212 hits
Tim Direktorat Reserse Kriminal Khusus Polda Bali menangkap seorang pria berinisial HKB Pelaku diamankan karena melakukan ujaran kebencian di sosial media dan ajakan untuk makar
Putrajaya Komited Kukuhkan Hubungan Malaysia China Kata Pm

Putrajaya Komited Kukuhkan Hubungan Malaysia China Kata Pm

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 349 hits
Putrajaya komited kukuhkan hubungan Malaysia China kata PM Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 May 2019 10 5
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation