Pencarum Kwsp Kekurangan Simpanan Kaji Sistem Pencen Sosial



Kerajaan BN diminta mengkaji semula dasar pesaraan negara ini apabila pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dibenar mengeluarkan berkali kali simpanan mereka sama ada sebelum atau sewaktu pandemik Covid 19.
Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, tiba masanya kerajaan memperkenalkan pendekatan pencen sosial berikutan simpanan pencarum KWSP yang terlalu rendah ketika ini dan ada yang hanya sekitar RM10,000 dengan usia menghampiri pesaraan.
“Kerajaan wajar mengkaji pelaksanaan pencen sosial yang dibiayai oleh cukai dan belanjawan tahunan semasa kepada golongan rentan B40 bersasar yang berumur 65 dan ke atas termasuk golongan yang tidak pernah mencarum KWSP.
“Kajian yang teliti tentang mekanisma untuk menentukan kelayakan dan kadar bayaran pencen sosial amat diperlukan. Contohnya di Australia, syarat permohonan pencen sosial termasuk penilaian aset dimiliki individu atau pasangan, ujian pendapatan kewangan individual atau pasangan, umur dan tempoh menetap di dalam negara.
“Kadar pencen sosial akan ditentukan bergantung kepada nilai rumah dimiliki oleh pemohon dan jumlah pendapatan daripada semua sumber. Langkah langkah ini adalah untuk mencegah penyalahgunaan pencen sosial,” katanya.
Selain itu, Loh berpendapat kerajaan juga perlu menggalakkan industri pekerjaan swasta dan awam mewujudkan perjawatan kerja sambilan untuk meningkatkan penglibatan pekerja berusia.
Begitu juga usia persaraan perlu dikaji semula untuk dilanjutkan daripada 60 kepada 65 tahun.
“Kerajaan wajar mengkaji dan melaksanakan beberapa pembaharuan dasar yang disyorkan oleh Bank Dunia dalam laporan kajian “ A Silver Lining: Productive and Inclusive Aging for Malaysia”.
“Bank Dunia mencadangkan umur persaraan dilanjutkan kepada 65 tahun secara berperingkat untuk meningkatkan simpanan KWSP pencarum dan secara tidak langsung meningkatkan KDNK 0.3% setiap tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Loh mengingatkan agar pemimpin BN jangan terlalu mempolitikkan isu pengeluaran KWSP dan menampilkan diri mereka kononnya sebagai kuasa pendesak menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 bagi mendapat keuntungan politik.
“Ramai rakyat Malaysia terkesan dengan pandemik dan banjir besar kini memerlukan bantuan kewangan demi kelangsungan kehidupan. Mereka berharap dibenarkan mengeluarkan simpanan KWSP sekali lagi.
“Pada masa sama, pemimpin-pemimpin Umno menangguk di air keruh mendesak Perdana Menteri untuk membenarkan pengeluaran KWSP tanpa membentangkan cadangan penyelesaian yang bersifat jangka panjang. Langkah ini sangat tidak bertanggungjawab dan bersifat populis
“Justeru itu, saya menggesa menteri-menteri dan pemimpin Umno agar kurang berpolitik dan mengutamakan kelangsungan kehidupan rakyat sekarang dan tempoh jangka masa panjang apabila Malaysia menjadi negara tua menjelang 2030,” katanya lagi.
Laporan Bank Dunia pada November 2020 lalu mendedahkan hampir 75% daripada pencarum KWSP mempunyai baki akaun di bawah RM 250,000 pada usia 54 tahun dan itu amat membimbangkan sekiranya pengeluaran dibenarkan dilakukan berkali kali.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33871

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Dividen Kwsp Simpanan Patuh Syariah Lebih Rendah

Kenapa Dividen Kwsp Simpanan Patuh Syariah Lebih Rendah

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 383 hits
Kenapa Dividen KWSP Simpanan Patuh Syariah Lebih Rendah Anda boleh baca penjelasannya sepertimana di bawah Dah tukar kepada simpanan patuh syariah Saya sudah Anda bila lagi Tak usah kita dok risau dividen rendah atau tinggi apa yang penting...
Kekurangan Dana Kwsp Beri Risiko Besar Potensi Pelaburan

Kekurangan Dana Kwsp Beri Risiko Besar Potensi Pelaburan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 201 hits
SHAH ALAM Kekurangan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akibat pengeluaran tambahan pada masa sekarang didakwa akan memberi risiko besar terhadap potensi pelaburan sedia ada dan seterusnya mengakibatkan bencana untuk jangka masa panjang Ke...
Keluarkan Simpanan Kwsp Setiap Kali Bencana Bukan Jalan Penyelesaian Yang Baik Untuk Mangsa Banjir Prof

Keluarkan Simpanan Kwsp Setiap Kali Bencana Bukan Jalan Penyelesaian Yang Baik Untuk Mangsa Banjir Prof

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 256 hits
Keluarkan simpanan KWSP setiap kali bencana bukan jalan penyelesaian yang baik untuk mangsa banjir ProfPengeluaran i Citra RM10 000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru baru ini b...
Awani Ringkas Reformasi Sistem Pendidikan Perlu Disegerakan Pasukan Khas Rangka Ppn 2 0

Awani Ringkas Reformasi Sistem Pendidikan Perlu Disegerakan Pasukan Khas Rangka Ppn 2 0

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 242 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Adakah Sistem Perparitan Taman Sri Muda Diurus Dengan Betul Soal Bekas Timbalan Menteri

Adakah Sistem Perparitan Taman Sri Muda Diurus Dengan Betul Soal Bekas Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 308 hits
January 9 2022Sekurang kurangnya 25 orang maut dalam banjir di Selangor kebanyakannya di Taman Sri Muda Shah Alam PETALING JAYA Seorang bekas timbalan menteri mempersoalkan penguatkuasaan berhubung sistem perparitan di Taman Sri Muda kawasa...
Pemberantasan Korupsi Tak Efektif Bila Sistem Politik Berbiaya Mahal Tidak Diubah

Pemberantasan Korupsi Tak Efektif Bila Sistem Politik Berbiaya Mahal Tidak Diubah

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 174 hits
Maka itu Luqman mendorong kesadaran semua pihak untuk melakukan perubahan sistem politik Untuk melakukan pemberantasan korupsi secara mendasar Dibutuhkan kesadaran seluruh pihak untuk melakukan pemberantasan korupsi secara mendasar dengan m...
Polis Siasat Kehilangan Pendawaian Sistem Amaran Banjir Di Gemas

Polis Siasat Kehilangan Pendawaian Sistem Amaran Banjir Di Gemas

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 428 hits
Polis berkata stesen amaran banjir yang dibina sejak 15 tahun lalu itu tidak dilengkapi apa apa penggera atau kamera litar tertutup namun berada dalam keadaan baik dengan kali terakhir diselenggara pada 8 Dis tahun lepas Ga
Perketatkan Sistem Jangan Sampai Sijil Vaksin Palsu Terus Berleluasa

Perketatkan Sistem Jangan Sampai Sijil Vaksin Palsu Terus Berleluasa

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 262 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Terus amalkan SOP kita pun dah ragu ragu orang sebelah kita vaksin ke tidak BANGI Perbuatan individu tidak bertanggungjawab menjual atau menggunakan sijil vaksinasi palsu ketika negara masih berdepan pandemik...
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Sncc Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Misi Gsf Tidak Bawa Bantuan Kemanusiaan

House D J By Pablo Lanza Arquitetura Modern Living In Itu Brazil

Metmalaysia Issues Thunderstorm Warning For Multiple States

Mcis Life Ncsm Unveil Lungshield For Early Lung Cancer Detection

Digital Id To Curb Corruption Secure Borders