Adakah Sistem Perparitan Taman Sri Muda Diurus Dengan Betul Soal Bekas Timbalan Menteri




Jananey Ramachandran -January 9, 2022Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam banjir di Selangor, kebanyakannya di Taman Sri Muda, Shah Alam. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang bekas timbalan menteri mempersoalkan penguatkuasaan berhubung sistem perparitan di Taman Sri Muda, kawasan paling teruk dilanda banjir akibat fenomena lekukan tropika.
Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam banjir di Selangor, kebanyakannya berlaku di kawasan kejiranan yang terletak di Shah Alam itu.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Raja Kamarul Bahrin Shah, yang terlatih sebagai arkitek, berkata banjir tidak akan seteruk itu jika ia diuruskan dengan baik.
“Amaran telah dikeluarkan berkali-kali, tetapi tiada siapa yang mengambilnya serius,” katanya.
Persatuan penduduk Taman Sri Muda memberitahu FMT baru-baru ini, sistem saliran mereka dibebani air dari kawasan lain, tiga kali ganda daripada jumlah yang dapat dikendalikan oleh longkang-longkang mereka.
“Apabila ada perumahan baharu akan dinaikkan, mesti ada pengiraan yang dikemas kini untuk melihat sama ada kawasan perumahan lama mampu menampung isipadu berlebihan,” kata Raja Kamarul.
Raja Kamarul Bahrin Shah.“Jika tidak, pembangunan baharu itu mesti mencari sistem perparitan bebas untuk menampung jumlah itu,” katanya.
“Namun, sejauh mana ini dipatuhi? Sekalipun ia dipatuhi, adakah ia (sistem saliran) diselenggara dengan baik?”
“Pemaju sentiasa mencari jalan untuk mengelak daripada mematuhi peraturan, (namun) pihak berkuasa perlu tegas.”
Tanggungjawab terletak pada pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan projek yang mereka luluskan, katanya.
Pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan berkaitan pembangunan dalam kawasan mereka, dan projek tidak seharusnya diluluskan melainkan pemaju mematuhi peraturan ini.
Antara pemilik rumah yang menzahirkan kebimbangan adalah M Ali, pengerusi Gabungan “Save KL” yang menyokong perancangan bandar bertanggungjawab di Kuala Lumpur.
Ali berkata, beliau gagal mendapatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menunjukkan rancangan saliran air larian dalam pembangunan sedia ada.
Beliau bimbang Bangsar dan kawasan sekitarnya akan ditenggelami air kerana tanah kosong di Bangsar, termasuk bukit dan cerun, sedang diintai untuk pembangunan.
“Dengan kelulusan yang diberikan bagi pembangunan besar-besaran, mana longkang untuk mengalirkan air permukaan dari kawasan itu?” soalnya.
Kawasan perumahan tidak seharusnya menumpang sistem perparitan sedia ada, tambahnya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa diketahui hanya menuruti pemaju dalam menyembunyikan impak negatif projek.
Beliau menggesa undang-undang baharu digubal untuk mengenakan hukuman berat kepada pemaju yang tidak menyediakan sistem perparitan yang sempurna.
“Pegawai atau pihak berkuasa yang meluluskan juga mesti bertanggungjawab,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/adakah-sistem-perparitan-taman-sri-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Was Taman Sri Muda Drainage Done Properly Says Ex Deputy Minister

Was Taman Sri Muda Drainage Done Properly Says Ex Deputy Minister

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 213 hits
At least 25 people died in the floods in Selangor most of the deaths occurring in Taman Sri Muda in Shah Alam PETALING JAYA A former deputy minister has questioned the state of enforcement over drainage systems in Taman Sri Muda the worst h...
Lautan Perangkap Taman Sri Muda

Lautan Perangkap Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 159 hits
ESOK kita akan memasuki 2022 Banyak evolusi berkaitan kejuruteraan yang berlaku sepanjang tahun ini Pada penghujung Disember kisah Elon Musk dan X Space terus jadi bahan bualan Evolusi artificial intelligent pasti kekal menjadi teras Revolu...
Authorities Knew Taman Sri Muda Deluge Was Coming Say Residents

Authorities Knew Taman Sri Muda Deluge Was Coming Say Residents

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 210 hits
Andrew De Silva shows a copy of one of the letters the residents association has sent that has gone unanswered SHAH ALAM The flood that ravaged Taman Sri Muda a week ago was inevitable and residents have been warning the authorities about i...
Hiburan Ramai Teruja Lihat Michelle Yeoh Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

Hiburan Ramai Teruja Lihat Michelle Yeoh Bantu Mangsa Banjir Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 264 hits
Ramai tidak menyangka bintang Hollywood kelahiran Malaysia turut turun padang membantu mangsa banjir dengan menyertai kerja kerja pembersihan di Taman Sri Muda Shah Alam semalam 1 bulan laluMichelle Yeoh Sebagai Penerbit Bersama Siri Televi...
Clean Up In Flood Ravaged Taman Sri Muda Almost Done Says Shah Alam Mayor

Clean Up In Flood Ravaged Taman Sri Muda Almost Done Says Shah Alam Mayor

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 195 hits
Workers during the Post Flood Mega Cleaning Programme at Taman Sri Muda in Shah Alam January 8 2022 Pictures by Yusof Mat IsaSHAH ALAM Jan 8 Taman Sri Muda in Section 25 here is almost fully cleaned up with the exception of some drains and ...
Betul Betul Cucu Tan Sri Gara Gara Terdengar Yusuf Nak Main Pasir Tan Sri Vicent Tan Sanggup Hentikan Yatch

Betul Betul Cucu Tan Sri Gara Gara Terdengar Yusuf Nak Main Pasir Tan Sri Vicent Tan Sanggup Hentikan Yatch

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 196 hits
Sebelum ini pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sangat bertuah apabila mereka sekeluarga dijemput menaiki kapal layar mewah milik jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan pada tahun lalu Terbaru Hairul dan Hanis sekali lagi menja...
Anak Bekas Timbalan Presiden Mic Masuk Warisan All The Best Kata Vigneswaran

Anak Bekas Timbalan Presiden Mic Masuk Warisan All The Best Kata Vigneswaran

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 218 hits
Presiden MIC S A Vigneswaran tidak menentang S Sunther meneruskan bidang politik dalam Warisan KUALA LUMPUR MIC tidak membantah langkah bekas anggota jawatankuasa kerja pusat parti itu selama dua penggal S Sunther menyertai Warisan kata Pre...
Gambar Gambar Dsai Melawat Taman Sri Nanding

Gambar Gambar Dsai Melawat Taman Sri Nanding

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 153 hits
MELAWAT TAMAN SRI NANDING Pergi ke Taman Sri Nanding petang tadi hantar bantuan Semangat sukarelawan pelbagai kaum cukup kuat membantu warga Taman Sri Nanding Semoga lebih ramai ikut bantu
Awal Tahun Yang Kurang Menyenangkan Buat Najib Saya Tak Pernah Fitnah Dzul Kata Najib Ekoran Saman Bekas Menteri

Awal Tahun Yang Kurang Menyenangkan Buat Najib Saya Tak Pernah Fitnah Dzul Kata Najib Ekoran Saman Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 299 hits
January 3 2022 Najib Razak berkata Dr Dzulkefly Ahmad menyamannya kerana tidak berpuas hati dengan komen warganet PETALING JAYA Najib Razak menafikan beliau memfitnah Dr Dzulkefly Ahmad dalam catatannya di Facebook tahun lepas selepas bekas...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun