Penawar Gout Tanpa Pil Tahan Sakit Hanya Guna Dua Bahan Ini Je
Kepada mereka yang mengidap sakit gout, kesakitan yang dilalui ketika diserang penyakit itu sememangnya sukar digambarkan.
Katanya, sukar berjalan kerana kesakitan yang teramat sangat. Malah, terkena sentuhan kain pada bahagian sakit pun boleh dibuatnya sampai meraung.
Lazimnya rawatan yang digunakan ialah mengambil ubat tahan sakit atau pun suntikan bagi meredakan kesakitan. Namun kadang kala penawar gout ini bersifat sementara sahaja nak pula yang jenis tak reti nak jaga pemakanan.
Punca Sakit Gout
Apakah punca penyakit Gout? Gout terjadi akibat pengumpulan asid urik dalam badan melepasi tahap normal, iaitu 7.0mg/dL. Kadar asid urik yang tinggi ini diistilahkan sebagai “Hyperuricemia”.
Tidak semua yang mempunyai tahap asid tinggi dalam badan akan mendapat Gout. Ada peratusan kecil mereka ini kekal bebas Gout.
Gout juga lebih banyak menyerang lelaki berbanding wanita. Wanita berpotensi mendapat Gout hanya selepas putus haid.
Penawar gout yang mujarab dan berkesan.
Bagi mereka yang sedang mencari ubat penawar gout, apa kata anda cuba cara yang berbentuk alami ini. Hanya menggunakan jus nanas bersama air kosong.
Bahan:
1 tin jus nenas FnN atau jenama lain.
1.5 liter air mineral tutup biru / hijau. Osmosis berbalik tak boleh guna.
Campurkan air nenas tin kedalam air mineral 1.5liter. Jika berlebihan pada air mineral anda kena minum sedikit terlebih dahulu elakan air tumpah.
Bacaan Bismillah 11x.
Selawat Nabi 11x.
Al-Fatihah keatas Nabi Muhammad 1x.
Habiskan air campuran nanas tersebut 1.5liter dalam masa 2-3jam.
Ulang semula kaedah diatas jika kesan bengkak dan sakit GOUT menunjukan pengurangan.
Penawar gout ini tidak boleh lebih dari 3 botol dalam sehari.
Selamat mencuba!
Dan penawar gout yang paling mudah dan murah ialah yang paling malas nak diamalkan , minum air beralkali 9.5. Kebanyakan mesin penapis air di malaysia telah mempunyai fungsi ini.
Jika tiada mesin penapis air, hulur saja barang seringgit dua tadah botol di rumah kawan atau saudara.
Kredit: Sahrizal Miswan, Pusat Terapi Al-Jawahir via Petua Ibu
from Sehinggit Media News https://ift.tt/33qi9yX
via IFTTT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/10/penawar-gout-tanpa-pil-tahan-sakit.html