Penat Tak Jadi Blogger
PENAT TAK JADI BLOGGER
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
PENAT TAK JADI BLOGGER | Ini berdasarkan pendapat peribadi PC.Penat tak jadi blogger.Dikenali.Kurang dikenali.Suka-suka.Serius.Untuk santai.Untuk sumber pendapatan.Apa pun alasan atau keperluan serta kehendaknya.............kembali semula pada niat asal dan awal mahu menjadi blogger.Tapi,perubahan boleh berlaku pada bila-bila masa dengan izinNya.Apa yang direncanakan Allah SWT itu sangat sulit.Kita tak tahu pun.Kadang kita perasan hint yang Allah beri itu boleh jadi sudah terlewat atau setelah sesuatu hal itu berlaku.Maka,syukurilah.
Penat tak jadi blogger.
Niat.Sebahagian besar perilaku atau tindakkan kita niat itu memainkan peranan besar dan penting.Sangat mempengaruhi.Solat..puasa..tak niat maka tidak sah."Aku nak jadi blogger kerana Allah"."Aku nak menulis dan berkongsi perkara baik juga kerana Allah".Itulah niat.Mungkin lain blogger lain-lainlah niatnya.Bukankah setiap orang itu tidak sama haluannya.Kita terima dan hormatilah sahaja.PC percaya,niat yang baik...susah macam mana pun kita mahu mendapatkannya,satu ketika Allah pasti mengizinkannya berlaku.
Menulis daripada hati(jiwa).Apa yang disampaikan daripada hati,insyaAllah ke hati juga akan terkesan."Bukan macam lontar buah dadu" itulah perumpamaan tidak mudahnya menulis atau menghasilkan entri.Kecuali bagi insan yang Allah SWT anugerahkan bakat dalam bidang penulisan seterusnya berkarya.Mungkin lebih mudah mengolah idea dan setiap patah kata.Penat tak jadi blogger..Kalau sudah minat dan sebati pada diri gagahkan sedaya kudrat..
Terbit rasa sayang dan rindu.Rasa penat,sesak,serabut,malas,tertekan..itu semua ada.PC rasa dan lalui.Nama pun manusia biasa.Walau tidak sentiasa,sesekali itu ianya menyapa fikiran dan jiwa serta semangat.Namun rasa-rasa itu cukup jadikan satu cabaran dan sekadar singgahan supaya tidak memadam rasa sayang dan rindu yang terbit pada blog.Kecuali ada asbab yang teguh untuk tidak aktif lagi menjadi seorang blogger secara nekad dan total.
Bersosial dengan kejernihan hati.Antara blogger,mungkin ada yang pernah bertemu,mungkin hanya beromunikasi di ruangan komen,tidak pernah bertemu.Itu pun sudah menggembirakan satu sama lain.Adik beradik,sama-sama blogger,mudah berjumpa,wow lagi bergandalah gembiranya.Alhamdulillah.Menjadi blogger,,memiliki blog adalah salah satu cara bersosial dengan kejernihan hati.
Penat dan malas ada bezanya.Kalau penat,hilang penat insyaAllah kembali bersemangat.Tapi kalau angin dan rasa malas yang melekat..Allahu.Allah SWT yang pilih kita untuk menjadi seorang blogger.DIA yang menggerakkan hati dan fikiran kita.Mendatangkan ilham untuk dikongsi bersama dan Allah SWT yang mengizinkan laluan-laluan yang harus dilalui seorang blogger.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)
#sama-sama mencari redha Allah SWT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2018/11/penat-tak-jadi-blogger.html