Penantian 2 Tahun Berakhir Google Adsense Capai 100usd
AssalamualaikumBismillah
Alhamdulillah, penantian 2 tahun akhirnya berakhir apabila berjaya mencapai target Google Adsense 100USD. It;s not easy guys. Nampak macam senang je tapi sebenarnya tidak. I'm crying because this is what we called hard word and effort finally been paid off.
Kalau rasa menulis blog itu senang then cubalah untuk buat blog sendiri dan menulis baru tahu senang atau tidak. Menulis itu memang senang tetapi nak tulis artikel atau info yang ramai orang cari dan baca bukannya semudah kita menaip di papan kekunci.
Mudah sahaja kalau nak tulis gosip viral ataupun cerita politik. Tetapi maaflah aku tak nak tulis perkara yang tidak pasti kesahihan infonya. Takut menjadi fitnah bikin tambah dosa saja.
Nak menulis kena fikir macam mana nak tulis artikel yang memberi manfaat kepada orang yang membacanya. Kena buat banyak research dan pembacaan bagaimana nak tarik orang untuk membaca artikel di blog kita. Semuanya mengambil masa.
Kalau berblog itu orang fikir mudah sahaja, buat blog dan tulis apa yang kita suka ikut suka hati kita, terus dapat duit berkepuk dalam dompet. You are wrong. Kalaulah semudah itu aku tidak akan mengambil masa yang lama sehingga 2 tahun untuk lihat hasilnya. Hasil yang aku maksudkan di sini ialah hasil pendapatan daripada blogging melalui Google Adsense. (Bukan review atau advertorial).
Aku gembira sebab aku tahu blog aku tak macam orang lain yang banyak berkongsi tentang travel, review produk, ataupun cerita pasal makanan. Blog aku tak selalu dapat job event, review dan sebagainya. Oleh sebab itulah aku kena berfikir alternatif lain untuk aku tarik pembaca supaya singgah di blog aku. Aku terpaksa menulis konten yang berbeza dari orang lain yang mana target audience aku sepenuhnya adalah dari carian google.
When I decided to be a fulltime blogger, I know it's not an easy job to do. Ada masa mood berblog turun naik. Ada ketika idea tidak muncul walaupun duduk berjam menghadap laptop. Ada juga masa dimana artikel yang kita tulis tiada yang baca. Ada ketika job review datang menggunung. Ada juga yang langsung tak dapat mana-mana job.
Apabila aku pilih berblog sebagai kerjaya sepenuh masa aku tahu aku kena banyak korbankan masa untuk cari banyak infomasi terkini dan tingkatkan pembacaan supaya kualiti konten pada blog ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.
I stay up to write entry for 1 - 3 hours per post. Semuanya bukan semata-mata mahu dapatkan duit tetapi kerana minat aku terhadap berblog itu sendiri tidak dapat aku nak gambarkan kepuasannya. Aku berharap apa sahaja yang aku kongsikan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Itulah keutamaan yang paling penting sekali bagi aku
It's okay sekiranya hasil yang kita dapat tidak sebesar gaji orang lain yang penting semoga nilai yang sedikit itulah yang betul-betul ada berkat-Nya. Semoga yang sedikit itulah yang menjadi pahala yang berterusan walaupun suatu hari nanti aku sudah tidak dapat menulis lagi. T-T Sebaknya memikirkan hal itu.
Sebab itulah aku tidak risau lagi. Mungkin berkat apa yang aku kongsi di blog, orang lain yang baca dapat manfaatnya. Siapa tahu dengan cara inilah Allah kurniakan rezeki kepada aku mahupun kepada ahli keluarga aku yang lain.
Siapa tahu kerana perkongsian di blog ini sedikit sebanyak telah permudahkan urusan orang lain dan Allah pun permudahkan urusan dan murahkan rezeki aku dengan cara yang aku sendiri tak jangka.
Boleh jadi rezeki itu bukan berupa duit tetapi dikurniakan adik-beradik yang baik akhlaknya. Rezeki diberikan kesihatan kepada kedua ibu bapa ataupun dipanjangkan umur ibu bapa kita. Ataupun dikurniakan sahabat yang sentiasa bersama kita dikala susah dan senang. Boleh jadi juga rezeki diberikan ilham untuk menulis dengan lebih baik lagi.
I'm a bit emotional right now. Aku sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku. All of this achievement not because of my hard work only. Tetapi berkat doa anda semua dan sokongan yang tidak terhingga daripada rakan blogger yang lain . Dan atas rahmat dan kurniaan-Nya aku diberikan kesempatan untuk berada di tahap ini.
Terima kasih sangat-sangat. Semoga Allah SWT sentiasa permudahkan urusan korang dunia dan akhirat, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Aamiinn~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ciknurul23.blogspot.com/2019/10/penantian-2-tahun-berakhir-google.html