Penangtolaktambak Psr Ancam Seluruh Kawasan Laut Di Wilayah Utara


Projek tambak laut di perairan selatan negeri ini (PSR) bakal memberi impak yang sangat luas dan besar kepada ekosistem laut bukan hanya di negeri ini malah di seluruh negeri di wilayah utara.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Univesiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Yusoff Ishak berkata, kesan itu adalah sesuatu yang boleh dijangkakan mengambil kira perbandingan impak projek tambak laut berskala besar seperti di Hong Kong dan Singapura.

Menurut beliau, antara kesan yang boleh dilihat adalah perubahan arus laut yang memberi impak kepada pergerakan kapal-kapal dan hakisan pantai di kawasan yang terletak di luar radius atau sangat jauh dari kawasan tambakan.



Beliau mengambil contoh projek tambakan di Pulau Ubin, Singapura yang mana menyebabkan perubahan arus menjadi semakin kuat sehingga kapal-kapal di Tanjung Pengelih terpaksa mencari laluan lain.

Begitu juga, katanya, kejadian hakisan pantai yang dilaporkan berlaku di Pulau Telor, Yan, Kedah yang didakwa oleh nelayan disebabkan aktiviti pengorekan pasir bagi tujuan tambakan laut di negeri ini.

"Ini menunjukkan kesan tambak laut dan pengorekan pasir adalah sangat luas, bukannya semata-mata di sekitar kawasan yang dirancang untuk ditambak sahaja.

"Dalam rancangan PSR misalnya, kesan perubahan arus laut juga akan dialami sehingga ke perairan Seberang Perai yang mana ketika ini kawasan itu merupakan laluan yang sibuk kepada pelbagai jenis kapal," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Penambakan Laut: Ancaman Sebuah Bom Jangka anjuran Penang Forum di Recsam, Gelugor, di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 250 peserta dari pelbagai latar belakang.

Selain Mohd. Yusoff, turut menjadi ahli panel dalam forum selama kira-kira tiga jam itu ialah Penyelidik Kanan Third World Network, Evelyn Teh; Ahli Jawatankuasa Penang Forum, Khoo Salma dan Presiden Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad.

Sementara itu, menurut Mohd. Yusoff, aktiviti pengorekan pasir untuk projek tambak laut juga sering menyebabkan berlaku pencemaran laut termasuk penurunan kualiti dan peningkatan tahap kekeruhan air akibat kacauganggu pada substrat di dasar laut.

Katanya, pencemaran laut itu akan mengurangkan ketelusan cahaya matahari bagi tumbesaran organisma mikro yang menjadi makanan ikan.

"Ini berpotensi menyebabkan kepupusan organisma kecil yang menjadi makanan kepada ikan, udang dan ketam dan seterusnya merosakan rantaian makanan eksosistem laut.

"Ini akan mewujudkan kesan rantaian yang luas dan panjang antaranya kawasan yang sebelum ini menjadi lubuk kepada hidupan laut akan menjadi mati dan nelayan akan kehilangan mata pencarian," katanya.

Sementara itu, Evelyn berkata, kajian impak projek PSR secara jelas tidak melibatkan risiko atau kesan secara menyeluruh sama ada kepada ekosistem laut atau nelayan apabila hanya meliputi lima kilometer kawasan sensitif dari tapak projek.

Sedangkan, katanya, keluasan projek itu sendiri sangat besar iaitu bersamaan tujuh kali ganda saiz Georgetown selain kerja-kerja pembinaan yang panjang iaitu sehingga 15 tahun.




"Bayangkan betapa besarnya kesan buruk terhadap alam sekitar yang disebabkan daripada pengorekan pasir dari laut dan pengambilan serta pemindahan batu-batu dari kuari untuk membentuk tiga buah pulau buatan yang saiznya sangat besar itu," katanya.

Dalam masa sama, beliau membangkitkan kebimbangan mengenai pengorekan kawasan pesisir pantai sepanjang 17 kilometer iaitu kerja-kerja awal yang akan dilakukan oleh pemaju sebaik sahaja projek itu diluluskan.

"Bagaimana sekiranya ketika projek ini berjalan, pemaju tiba-tiba tidak mampu meneruskannya sedangkan 17 kilometer kawasan pesisir pantai yang sebelum ini merupakan tempat nelayan mencari rezeki sudah dikorek?" katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/09/penangtolaktambak-psr-ancam-seluruh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ceroboh Wilayah Negara Apmm Halau Kapal Penguatkuasa Vietnam Di Laut Terengganu

Ceroboh Wilayah Negara Apmm Halau Kapal Penguatkuasa Vietnam Di Laut Terengganu

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 343 hits
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah berjaya mengusir keluar sebuah kapal penguatkuasa Vietnam yang mengganggu APMM menjalankan tugas ketika menahan sebuah bot nelayan daripada Vietnam kerana menceroboh sempadan perairan Malaysia un...
Terowong D Laut Pdrm Sprm Lagi Didesak Siasat Kebal

Terowong D Laut Pdrm Sprm Lagi Didesak Siasat Kebal

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 176 hits
PRESIDEN MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menggesa Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneruskan siasatan terhadap skandal projek terowong dasar laut Pulau Pinang Facebook Wee Ka Siong KL 5 Sept Polis Diraja Mala...
Demo Tambak Laut Exco Harap Penganjur Elak Isu Kaum

Demo Tambak Laut Exco Harap Penganjur Elak Isu Kaum

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 191 hits
MALAYSIAKINI Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin menggesa mereka yang akan berhimpun bagi membantah projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang dan Pelan Pengangkutan Pulau Pinang agar tidak memainkan isu perkauman Afif berkata bel...
Keluhan Rakyat Tolak Tambak Laut Ummah 40 Ngo

Keluhan Rakyat Tolak Tambak Laut Ummah 40 Ngo

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 332 hits
Peserta himpunan Penang Tolak Tambak Laut gesa kerajaan negeri dengar keluhan rakyatBAYAN LEPAS Perhimpunan Selamatkan Pulau Pinang Penang Tolak Tambak Laut di Permatang Damar Laut di Bayan Lepas pada Ahad berlangsung aman dengan kehadiran ...
Demi Keberlangsungan Lingkungan Swasta Dan Masyarakat Didorong Jaga Kelestarian Laut

Demi Keberlangsungan Lingkungan Swasta Dan Masyarakat Didorong Jaga Kelestarian Laut

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 117 hits
Kepala Hubungan Daerah dan Tanggung Jawab Sosial Sampoerna Ervin Laurence Pakpahan berharap kegiatan ini juga turut menjadi titik awal dan tolak ukur bersama dalam menjalin kerja sama dan saling memberi dukungan dalam kegiatan kegiatan pedu...
Bmf Saya Menjual Pelbagai Hasil Makanan Laut Kering

Bmf Saya Menjual Pelbagai Hasil Makanan Laut Kering

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 413 hits
BMF Saya menjual pelbagai hasil makanan laut kering segar dan yang penting halal Boleh hubungi saya di nombor 0179621568 jika berminat Berlokasi di Kota Kinabalu Sabah Perkhidmatan pos di sediakan untuk kawasan Semenanjung dan Sarawak Terim...
Intrusi Air Laut Bikin Kadar Garam Sungai Mahakam Naik Pdam Samarinda Setop Produksi

Intrusi Air Laut Bikin Kadar Garam Sungai Mahakam Naik Pdam Samarinda Setop Produksi

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 180 hits
Intrusi air laut di Sungai Mahakam sebagai bahan baku utama produksi air bersih PDAM Tirta Kencana Samarinda kepada pelanggan terus terjadi Kadar klorida menembus 310 part per million Ribuan pelanggan terancam kekurangan air bersih
Wilayah Indonesia Akan Alami Hari Tanpa Bayangan Catat Tanggalnya

Wilayah Indonesia Akan Alami Hari Tanpa Bayangan Catat Tanggalnya

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 185 hits
Mulai hari Minggu sampai Oktober nanti Indonesia akan mengalami fenomena hari tanpa bayangan Hari tanpa bayangan atau kulminasi atau transit atau istiwa merupakan fenomena ketika Matahari tepat berada di posisi paling tinggi di langit Saat ...
Bmkg Perkirakan Hujan Bakal Guyur Wilayah Sumsel 4 Hari Lagi

Bmkg Perkirakan Hujan Bakal Guyur Wilayah Sumsel 4 Hari Lagi

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 122 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika memprediksi hujan bakal mengguyur wilayah Sumatera Selatan beberapa hari lagi Hujan diharapkan dapat memadamkan kebakaran hutan dan lahan di provinsi itu
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Titah Addendum Kenyataan Dan Pendirian Anwar Didorong Pemegang Saham Terbesar Pakatan Harapan

Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams