Penang Food 26 Must Eat Dishes To Start Your Food Hunt
Siapa pernah pergi Penang?Mesti ramai yang dah pernah jejak kaki ke sana. Best kan kat sana. K.fiezz pun bulan Oktober lepas ada menyinggah ke Penang ni ikut group gaming mr hubby trip ke Langkawi. On the way ke Langkawi, kitaorang bermalam di Penang. Nak mencari makanan sedap di Penang. Memang kawan-kawan gaming mr hubby dah beritahu awal-awal, trip diaorang ni selain dari jumpa member-member game diaorang yang di utara, sambil tu mencari makanan sedap di Penang.
Eh.tapi selain dari menu-menu best dan tempat makanan yang viral kat Penang. Penang juga jadi tumpuan pelancong sebab ramai nak melawat dan bergambar di street art yang popular kat sana. Selain dari sreet art ni, ada lagi tarikan lain. Korang cuba je google. Antara tempat yang k.fiezz pernah pi masa bercuti ke Penang ni> Bukit Bendera, Taman Rama-Rama. Jalan-Jalan Cari Makan di Penang.so kalau ke Penang ni, wajib pekena menu utama yang glamour kat sana. Apa lagi kalau bukan Nasi Kandar & Pasembur. Jadi dua menu ni termasuk dalam senarai di bawah yang wajib korang cuba kalau ke Penang.
Selain dari dua menu ni, apa lagi ada kat Penang. Jom check it out. Tajuk entry 26 hidangan yang wajib dicuba untuk mulakan sesi mencari makanan sedap di Penang. tapi k.fiezz senaraikan antara 8 yang top top meletup dan glamour. MENU BEST DI PENANG
Nasi Kandar
Paling top dalam senarai menu wajib cuba di Penang. Kalau korang ke Penang, merata ada kedai Nasi Kandar ni, Pilih je yang mana korang berkenan. Tapi kena bersabar tau sebab kebanyakan kedai-kedai nasi kandar di Penang, memang beratur panjang.
Menu yang sangat simple dan jadi pilihan ramai sebab menu yang cukup ringkas untuk hidangan tengahari atau malam. Sepinggan nasi ditambah lauk-pauk yang menjadi pilihan seperti ayam, daging dan kuah di campur beberapa jenis. Walaaa. sedap. menjilat jari. serius. Sambil taip ni teringat kesedapan nasi kandar yang k.fiezz makan masa ke Penang bulan Oktober lepas.
Kari Kepala Ikan
Mungkin kari kepala ikan ni di tempat lain, bukan pilihan utama tapi di Penang, ni hidangan yang paling sedap. Terasa kesedapan kuah kari dan ikan yang dimasak lembut & juicy dan untuk pelengkap dalam hidangan ni ditambah sayur seperti tomato dan bendi.
Pasembor
Menu campuran Malaysia-India yang dicampur dengan timun, sotong, ubi, bean curd, bean sprouts, turnips, prawn fritters, fried crab, semua dicampur dengan sos merah. Ada rasa masam-masam manis dan pedas. Memang mengikut selera orang Malaysia dan Singapura.
Roti Bakar
Menu breakfast yang sangat simple. Roti bakar. Roti yang dibakar separuh garing. Di sapu dengan mentega dan diletakkan telur separuh masak. Siap.
Laksa Penang
Kuah menggunakan ikan yang segar. Di tambah hirisan limau di dalam kuah semasa nak menjamu selera. Rasa masam-masam manis. Pembuka selera untuk kita.
Cendol
Pencuci mulut yang tak perlu diperkenalkan lagi. Menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Semangkuk ais yang dicampur dengan santan, gula melaka, kekacang. Minum time panas-panas. Layannn weii layan..
Char Koay Teow
Koay Teow yang digoreng bersama telur, sayuran, udang dan di goreng secara basah-basah sedikit dah cukup membangkitkan selera masing-masing. K.fiezz sendiri antara penggemar Koay Teow goreng yang sangat simple tapi mengenyangkan ni.
Rojak
Dikenali dengan nama Salad Malaysia. Campuran dari buah-buahan seperti timun, nanas, mangga, jambu dan boleh juga di tambah sotong. Buah-buahan ni dipotong kecil-kecil dan kemudian di campur dengan kuah, menjadikan rojak atau salad malaysia ni hidangan lengkap untuk makan petang. Dikategorikan makanan ringan tapi sedap. Ni favourite mr hubby.
FOODPANDA MALAYSIA DELIVERY Sedap-sedap menu kat atas ni, k.fiezz. Tapi malas lah nak keluar. Orite, worry not. Untuk korang yang tinggal di Penang ataupun cuti-cuti di sana, boleh guna Food Delivery Penang untuk order makanan yang sedap-sedap di atas ni. Terus dari kedai ke rumah/tempat penginapan korang.
K.fiezz sendiri antara pengguna tetap Food Panda Malaysia Delivery ni. Asal malas nak masak je, laju-laju buka applikasi Food Panda di Handphone kesayangan. Pilih menu, bayar & tunggu hidangan sampai di depan rumah.
Setakat ni k.fiezz memang puas hati sangat guna FoodPanda Malaysia ni. Kalau korang berada di sekitar Penang, Sila cuba order menggunakan Food Delivery Penang ni. Confirm korang puas hati sangat dan terus jadi pengguna tetap Food Panda. hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2019/12/penang-food-26-must-eat-dishes-to-start-your-food-hunt.html