Penahanan Bekas Setiausaha Politik Mat Sabu Sprm Bertindak Keterlaluan Dakwa Hatta


Kumara Sabapatty Mohd Hatta Md Ramli KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, Mohd Azhar Che Mat Dali untuk siasatan berkaitan rasuah pada petang semalam.
Penahanan Mohd Azhar itu menyaksikan ibu pejabat parti itu di Wisma Amanah Negara di sini digeledah pada awal pagi ini.
Setiausaha Agung parti itu, Mohd Hatta Md Ramli berkata, tahanan reman SPRM yang dikenakan terhadap Mohd Azhar adalah keterlaluan dan tidak berprofesional.
Dakwanya, tindakan pengeledahan itu dilaksanakan penguatkuasa SPRM dengan membawa bersama Mohd Azhar tanpa mengemukakan waran geledah kepada pegawai keselamatan Wisma Amanah Negara.
“Apabila ditanya, mereka menjawab waran itu akan diserahkan kepada saudara Azhar yang telah dibawa bersama.
“Seterusnya SPRM telah membuat permohonan reman terhadap saudara Azhar di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini dan dibenarkan reman selama enam hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, menurutnya, Amanah menuntut SPRM agar bersikap profesional dalam menjalankan tugas dengan mengikut lunas-lunas perundangan dan prosedur dengan teratur.
Tambah beliau, Amanah yakin Azhar mampu memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM itu dan tiada keperluan untuk suruhanjaya tersebut memohon penahanan reman.
“Hanya sekiranya beliau tidak hadir bila dipanggil dan tidak memberi kerjasama dengan SPRM mungkin ada alasan untuk dia direman.
“Amanah memandang serius tindakan SPRM yang bersifat keterlaluan. Sambil memohon supaya beliau diberikan hak untuk bertemu peguam sejajar dengan prinsip hak asasi dan perlembagaan.
“Kegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus boleh menimbulkan tanggapan bahawa tindakan SPRM bermotif politik dan boleh menjejaskan imej institusi pihak berkuasa itu di mata umum,” tambah beliau.
SPRM dalam kenyataannya petang ini mengesahkan penahanan Mohd Azhar lewat petang semalam selepas memberikan keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.
Menurut sumber SPRM, penahanan lelaki berusia 49 tahun itu untuk membantu siasatan berhubung penerimaan wang rasuah bagi membolehkan sebuah syarikat memperolehi satu projek secara runding terus bernilai RM56 juta di Kementerian Pertahanan semasa beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan tersebut.
Kata SPRM, kes itu adalah kes terbaharu dan tiada kena mengena dengan isu bankrupsi dan pembayaran hutang yang disiasat pada tahun 2018 lalu.
Beliau telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan perintah reman di hadapan Majistret Shah Wira Abd Halim selama 6 hari sehingga 13 Julai 2020.
Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda lima kali nilai suapan. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/penahanan-bekas-setiausaha-politik-mat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Tahan Bekas Setiausaha Politik Guan Eng

Sprm Tahan Bekas Setiausaha Politik Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 486 hits
GEORGETOWN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan Jeffrey Chew bekas pegawai tinggi di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Sumber berkata Jeffry yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng itu ditahan se...
Amanah Cara Sprm Siasat Pegawai Mat Sabu Keterlaluan

Amanah Cara Sprm Siasat Pegawai Mat Sabu Keterlaluan

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 439 hits
Parti Amanah memandang serius berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap pegawai presiden parti mereka Mohamad Sabu Dalam satu kenyataan hari ini Setiausaha Agung Amanah Dr Mohd Hatta Md Ramli menyifatkan langkah yan...
Sprm Tangkap Pegawai Mat Sabu

Sprm Tangkap Pegawai Mat Sabu

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 451 hits
Ng Xiang Yi Zikri Kamarulzaman SPRM telah menangkap dan menahan seorang pembantu kepada bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu Sumber SPRM mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa individu tersebut ditahan malam tadi Tidak jelas mengapa tangka...
Sprm Tahan Pembantu Mat Sabu Berkait Projek Lebih Rm56 Juta

Sprm Tahan Pembantu Mat Sabu Berkait Projek Lebih Rm56 Juta

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 485 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan reman seorang bekas setiausaha politik dalam siasatan membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta more Majistret Shah Wira Abdul Halim menge...
Lepas Setpol Lim Guan Eng Di Tahan Sprm Setpol Mat Sabu Pula Di Tahan Sprm

Lepas Setpol Lim Guan Eng Di Tahan Sprm Setpol Mat Sabu Pula Di Tahan Sprm

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 1196 hits
Laman blog ini ada menyiarkan berita mengenai bekas Setpol Lim Guan Eng yang direman oleh SPRM selama 4 hari untuk disoal siasat berkaitan kes Terowong Ghaib Dasar Laut Pulau Pinang pada 2 Julai lepas Terkini belum selesai siasatan mengenai...
Pertermuan 4 Mata Anwar Mat Sabu Rungkai Kekusutan Bina Gabungan Baru

Pertermuan 4 Mata Anwar Mat Sabu Rungkai Kekusutan Bina Gabungan Baru

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 443 hits
MALAYSIA DATELINE Pertemuan empat mata Presiden AMANAH Haji Mohamad Sabu hanya berlaku dengan rakan politik bukannya dengan musuh kata setiausaha politik beliau Azhar Mat Dali Selalunya kata beliau pertemuan sebegini diadakan bagi merungkai...
Lge Merasa Terselamat Dan Lega Ph Dakwa Tidak Sempat Ini Sprm Pm 8

Lge Merasa Terselamat Dan Lega Ph Dakwa Tidak Sempat Ini Sprm Pm 8

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 425 hits
Kenyataan Terbaru Ketua Pesuruhjaya SPRM Buatkan Lim Guan Eng Tak Tidur MalamPosted by SnapShot at Laman blog ini menyiarkan artikel mengenai penahanan bekas Setpol Lim Guan Eng Jeffry Chew Gim Eam oleh SPRM pada 2 JUlai 2020 yang lepas Ram...
Apa Disebalik Pertemuan Mat Sabu Dan Dsai

Apa Disebalik Pertemuan Mat Sabu Dan Dsai

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 201 hits
Perjumpaan semalam memang dinantikan oleh semua peyokong PH terutamanya bagi menyelesaikan kemelut politik untuk kembali berkuasa Paling nampak kemaruk sangat nak berkuasa dan keterlaluan mendesak ialah Khalid Samad Nampaknya seperti itulah...
Rupanya Salah Guan Eng Mat Sabu Sebab Paksa Mukhriz Jadi Tpm Ii

Rupanya Salah Guan Eng Mat Sabu Sebab Paksa Mukhriz Jadi Tpm Ii

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 463 hits
Rupanya ianya salah Guan Eng dan Mat Sabu kenapa anak dia diangkat jadi calon Timbalan Perdana Menteri PM7 pun tak mahu anak dia diangkat buat apa korang berdua paksa dia Jahat betul si Guan Eng dan Mat Sabu Cuba tanya PM7 kenapa dia marah ...
Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Tidak Semua Perlu Ditanggapi Bedakan Antara Taghaful Dan Tajahul

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Malaysian Travellers In 2025 Smart Digital Intentional


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

Al Quran Khadeeja Naskhah Ibrah Keindahan Jiwa Wanita Muslimah