Pemuda Hati Paskal Kecut Perut Dan Menangis Disergah Komander Gara Gara Main Pubg


Pemuda hati PASKAL Kecut Perut Dan Menangis Disergah Komander Gara-Gara Main PUBG
PERMAINAN video popular, Player Unknown Battleground (PUBG) boleh membuatkan mana-mana pemain berasa seronok sehingga ada yang ketagih dengannya.

Gara-gara menghabiskan banyak masa bermain permainan tembak-menembak itu, seorang pemuda yang ‘berhati kental’ bergenang selepas dimarahi bapa saudara kepada abang angkatnya.

“Kena marah dengan komander, orang mai rumah, dia duk main PUBG. Tak layan tetamu. Selalu sangat dia cakap kat orang yang dia tu memang berhati Paskal.

Sekali kena sound (tegur), lurus terus budak ni,” menurut keterangan video berdurasi 52 saat yang dikongsi di laman sosial sehingga tular.


Permainan video popular PUBG menjadi kegilaan anak muda. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

Pemuda yang merakamkan video tersebut, Mohd Ramzie Ramli, 33, berkata, ia berlaku pada malam Jumaat lalu semasa bercuti ke Langkawi bersama adik angkatnya, Mohamad Zafir Mohd Mahazir dan bapa saudaranya yang lebih mesra dipanggil Cik Man atau komander.

Mohd Ramzie memberitahu, sebelum insiden itu, seorang rakannya yang mesra dengan panggilan Tehad datang ke apartment penginapan mereka untuk berbincang mengenai aktiviti memancing pada Sabtu.

“Kawan datang ke rumah nak bincang pasal pancing, Zafir pula asyik main PUBG dalam bilik tidur, tak duduk sekali dengan tetamu kat ruang tamu.

“Bila tetamu dah nak balik pun, dia sibuk main lagi. Bayangkanlah tetamu sampai masuk ke dalam bilik tidur nak bersalam dengan dia sebelum pulang,” katanya kepada mStar Onlinepada Isnin.


Mohd Ramzie berkongsi video adik angkatnya dimarahi bapa saudaranya, seorang pesara polis  gara-gara asyik bermain PUBG.

Susulan itu, Mohd Ramzie yang berniaga sendiri ‘melaporkan’ perkara tersebut kepada bapa saudaranya yang merupakan pesara polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) berpangkat komander, yang ketika itu baru pulang daripada menziarahi seorang rakan.

“Dalam video tu, pakcik memang marah walaupun nak tergelak pun ada. Pakcik siap gertak nak bawa Zafir pergi jumpa hantu. Sebabnya Zafir selalu cakap besar, kata dia ni macam Paskal… berani dan berhati kental.

“Malam sebelumnya, pakcik kenakan dia nak bawa masuk hutan untuk tengok hantu depan-depan, nak uji dia ni sebenarnya berani ke tak. Tapi dia sebenarnya penakut sampai menangis,” katanya secara berseloroh.

Sementara itu, Zafir mengaku dia sering menganggap dirinya berani kerana pengaruh Paskal, filem tempatan yang mendapat kutipan pecah panggung.


Mohd Ramzie (kiri) dan Zafir semasa bercuti di Langkawi. Foto Mohd Ramzie Ramli
Namun hakikatnya, pemuda yang berusia 21 tahun berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mengakui dirinya tidak ‘sekental’ seperti yang disebut-sebutnya.

Berkongsi pengalaman seram, pelajar tahun akhir jurusan kulinari dari MSU College Pulau Pinang ini memberitahu bahawa dia telah dibawa masuk ke hutan oleh Cik Man.

“Masa tu kira-kira pukul 1 pagi (Jumaat) kami dalam perjalanan pulang ke apartment selepas makan. Bila lalu jalan sunyi dengan kiri kanan hutan, Cik Man tiba-tiba menghentikan kereta di tepi jalan.

“Dia kemudian bawa saya keluar untuk masuk hutan dan nak saya pandang pada satu pokok besar. Saya tak berani, saya tutup mata. Memang takut sampai menangis,” katanya yang berasa geli hati mengimbas kembali insiden ‘kelakar seram’ itu.


Zafir (kiri) dan Mohd Ramzie (dua, kiri) bersama rakan-rakan termasuk Tehad (tiga, kiri).
Zafir berkata, dia mula terlibat dalam permainan PUBG sejak dua bulan lalu dan mengaku menghabiskan masa bermain permainan itu hampir setiap hari.

Anak ketiga daripada empat beradik ini bagaimanapun memberitahu, dia tidak bermain PUBG selama dua hari semasa bercuti di Langkawi kerana kesibukan dengan pelbagai aktiviti, selain liputan perkhidmatan internet yang terhad.

“Bila dah balik ke bilik tu yang ‘lepas gian’ main PUBG, lagipun tak nak ganggu tetamu sibuk bincang. Tapi saya sempat salam dengan kawan tu sebelum masuk ke bilik.

“Tapi tu lah, mereka suka menyakat saya. Masa kena tegur tu, Cik Man ada gertak lagi kalau buat hal, dia nak bawa saya tengok hantu. Saya tak nak, takut… hahaha,” katanya sambil menambah ia memberi pengajaran kepadanya untuk tidak terlalu leka bermain permainan popular itu dan nekad untuk menjadi lebih berani pada masa akan datang.

Lihat Video
Sumber : Mstar



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omakkauviral.blogspot.com/2019/02/pemuda-hati-paskal-kecut-perut-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Hati Paskal Gara2 Leka Main Pubg Lelaki Ini Ketakutan Selepas Dijerkah Komander

Kata Hati Paskal Gara2 Leka Main Pubg Lelaki Ini Ketakutan Selepas Dijerkah Komander

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 295 hits
Baru baru tular video seorang lelaki telah dimarahi oleh bapa saudaranya kerana terlalu gemar menghabiskan masa bermain permainan video PUBG sehingga tidak mengendahkan tetamu yang bertandang di rumah Video yang berdurasi 58 saat itu telah ...
Ingatkan Hati Paskal Rupanya Tisu Juga Tindakan Komander Ni Sergah Pemuda Ni Memang Padu

Ingatkan Hati Paskal Rupanya Tisu Juga Tindakan Komander Ni Sergah Pemuda Ni Memang Padu

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 523 hits
Ingatkan Hati PASKAL Rupanya Tisu Juga Tindakan Komander Ni Sergah Pemuda Ni Memang Padu Permainan video popular Player Unknown Battleground boleh membuatkan mana mana pemain berasa seronok sehingga ada yang ketagih dengannya Gara gara meng...
Rakaman Menyayat Hati Ibu Terjun Jambatan Bersama Anak Orang Awam Menangis Kerana Gagal Pujuk

Rakaman Menyayat Hati Ibu Terjun Jambatan Bersama Anak Orang Awam Menangis Kerana Gagal Pujuk

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 496 hits
Tragis apabila seorang ibu bertindak melompat terjun dari sebuah jambatan bersama anak lelakinya yang berusia 10 tahun dalam pelukan Kejadian itu berlaku ketika perkhidmatan kecemasan cuba memujuk wanita itu dari terjun Rakaman Menyayat Hat...
Gara Gara Parkir Sesuka Hati Tayar Motor Lelaki Ini Diganti Dengan Donat

Gara Gara Parkir Sesuka Hati Tayar Motor Lelaki Ini Diganti Dengan Donat

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 468 hits
Gara Gara Parkir Sesuka Hati Tayar Motor Lelaki Ini Diganti Dengan Donat Sudah tentu ini adalah untuk mengurangkan perkara perkara yang tidak diingini seperti motosikal yang dicuri Bagaimanapun pelaku kecurian motosikal seolah olah menjadi ...
Video Perut Tu Yang Comel Aksi Ammara Menari Lagu Taki Taki Buat Pak Azad Kecut Perut

Video Perut Tu Yang Comel Aksi Ammara Menari Lagu Taki Taki Buat Pak Azad Kecut Perut

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 486 hits
VIDEO Perut Tu Yang Comel Aksi Ammara Menari Lagu Taki Taki Buat Pak Azad Kecut Perut Wow super talented sangat Ammara Sofea Rose Lihat sahaja rakaman video dia menari lagu Taki Taki nyanyian DJ Snake Selena Gomez Ozuna dan Cardi B yang dim...
Bayi Kerap Menangis Mungkin Kembung Perut Cara Ini Boleh Legakannya

Bayi Kerap Menangis Mungkin Kembung Perut Cara Ini Boleh Legakannya

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 282 hits
Bayi yang baru berusia tiga bulan memang kerap menangis Jika tangisan terlalu kerap dan berlanjutan bayi mungkin mengalami kembung perut Bagaimanakah cara yang betul untuk menghilangkan masalah kembung Masalah kembung perut sememangnya suat...
Segalanya Sudah Saya Curahkan Dengan Ikhlas Tapi Pengurusan Perlis Tiada Hati Perut Safee Sali

Segalanya Sudah Saya Curahkan Dengan Ikhlas Tapi Pengurusan Perlis Tiada Hati Perut Safee Sali

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 645 hits
Menerusi status Facebooknya hari ini Safee membuat keputusan untuk tidak lagi bersama Perlis selepas mendapati pihak pengurusan gagal memainkan peranan dengan baik Katanya keputusan itu juga bertujuan memberi pengajaran kepada Persatuan Bol...
Sakit Hati Istrinya Ditawar 200 Ribu Sekali Main Rizal Bunuh Atasannya Di Pabrik Batu Bata

Sakit Hati Istrinya Ditawar 200 Ribu Sekali Main Rizal Bunuh Atasannya Di Pabrik Batu Bata

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 297 hits
Polisi berhasil mengungkap motif pembunuhan Dominggus Sae alias Domi Kupang ditemukan bersimbah darah di tempat indekosnya di Desa Balunijuk Kecamatan Merawang Kabupaten Bangka Jumat malam Dikutip Tribun Video dari Bangkapos Rizal seorang a...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik