Pemuda Boleh Selamatkan Maruah Umno


RENCANA KHAS

Asyraf Wajdi dituntut jadi berani.PERGERAKAN Pemuda Umno merupakan komponen terbesar dan terpenting dalam United Malay National Organisation (UMNO) bagi memastikan kesenimbungan perjuangan parti dianggotai 3.6 juta jiwa itu. 
Ia dianggap sayap Umno. Sejarah penubuhan pergerakan ini yang awal dikenali dengan Jabatan Pemuda sangat menarik dan signifikan dengan maksud dan tujuan penubuhannya.
Pergerakan Pemuda Umno ditubuhkan pada tahun 1947 hasil Persidangan Agung Umno yang diadakan di Seremban. Dua tahun kemudian ia terlembaga. Antara tujuan penubuhan pergerakan ini untuk menarik lebih ramai generasi muda menyertai parti tersebut sebagai "laskar" merdeka.
Paling penting menerusi pergerakan inilah tumbuh dan timbulnya barisan kepimpinan masa depan Umno dari satu dekad ke satu dekad. Sejak pergerakan itu ditubuhkan 73 tahun lalu pergerakan itu dipimpin oleh 14 orang ketua, semuanya merupakan tokoh-tokoh terhebat dalam Umno maupun negara. Apabila kita menyelongkar sejarah dan perjuangan pergerakan ini, peranannya sangat besar dan pencapaiannya kena diakui. Ia juga pemangkin kepimpinan dalam Umno itu sendiri. 
Rahim pemuda.
Betapanya, jika dilihat tokoh-tokoh yang menjadi pemimpin nombor satu negara ini sebagai perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri kabinet kebanyakannya datang dari rahim kepemudaan. Maka pergerakan pemuda Umno boleh berbangga dengan pencapaian itu.
Misalnya perdana menteri ke-3, Hussein Onn merupakan ketua pemuda Umno pertama (1949). Begitu juga dengan perdana menteri ke - 2  Abdul Razak Hussein menjadi ketua pemuda Umno ke-2. Seorang lagi perdana menteri yang dilahirkan oleh Pergerakan Pemuda adalah Najib Razak yang menjadi perdana menteri ke-6. Ertinya tiga orang ketua pemuda Umno menakhtai dan bersemayam di singgahsana kekuasaan negara.
Bukan itu sahaja, tokoh-tokoh pemuda juga hampir menguasai jawatan nombor dua negara sebagai timbalan perdana menteri. Anwar Ibrahim (1982 - 1987) yang menjadi timbalan perdana menteri adalah ketua pemuda Umno ke-8, sementara Ahmad Zahid Hamidi (1996 - 1998) juga menjadi timbalan perdana menteri merupakan ketua pergerakan pemuda ke-11. Bahkan Muhyiddin Yassin yang kini jadi perdana menteri adalah seorang Exco Pemuda Umno dizaman Anwar.
Senarai nama dan jawatan dipegang oleh pemuda itu menjelaskan bahawa pergerakan pemuda selain menjadi wadah memperjuangkan aspirasi bangsa, tetapi mereka juga adalah pencetak (kilang) melahirkan pemimpin masa depan. Sudah tentu kedudukan atau realiti itu sesuatu yang boleh dibanggakan oleh pergerakan berkenaan.
Gagasan dan wawasan.
Kalau diperhati dan diselidiki, setiap ketua pemuda Umno membawa gagasan dan wawasan tersendiri. Masing-masing ada komitmen dan agenda khusus. Ini juga boleh dianggap keistimewaan dan kehebatan seseorang yang menjadi ketua pergerakan itu. Hussein Onn yang menjadi ketua pemuda pertama (1949 - 1951) memainkan peranan penting untuk membawa negara ke ambang kemerdekaan. Pemuda ketika itu menjadi "pemalu" gendang kemerdekaan yang utama. Slogan dibawa Hussein ialah "Merdeka". Pemuda adalah pembakar obor perjuangan mencapai kemerdekaan.
Begitu juga dengan Abdul Razak Hussein yang menjadi ketua pemuda (1951) membawa makna tersendiri. Walaupun beliau menjadi ketua setahun saja, tetapi beliau dapat mengemukakan ideanya sendiri. Beliau mengubah slogan Merdeka kepada "Hidup Melayu". Apakah seruan hidup Melayu yang kadang kala bergema dalam majlis-majlis Umno kini yang dilihat sebagai rasis, bermula daripada Razak?

Pertukaran slogan daripada Merdeka kepada Hidup Melayu itu besar erti dan maknanya bagi mereka yang dapat menyelami sirnya. Kalau diselam betapa Razak seorang nasionalis yang telah membina tapak memertabatkan bangsa Melayu. Dengan slogan itu secara tidak langsung Allahyarham mengecopkan Semenanjung ini adalah hak Melayu yang tidak boleh diganggu oleh kaum-kaum pendatang lain. Kebijakan Razak di sini adalah beliau tidak mahu memacakkan panji Melayu di bumi ini dengan nyata, tetapi dipasak dengan seruan Hidup Melayu. Hidup Melayu memberi signifikan hubungan batin bangsa Melayu dengan bumi ini.
Pergerakan itu terus melalui perubahan dibawa Sardon Jubir (1951 - 1964). Diera ini tugas dan peranan utama Sardon ialah mengilmukan (educate) pemuda Umno. Era beliaulah pemuda Umno dilengkapkan dengan pengetahuan khasnya ilmu politik dan dan teknik-teknik pengurusan. Apa yang ditekan atau diperkenalkan pada eranya ialah melatih ahli pergerakan itu dengan penganjuran himpunan khemah-khemah kerja atau pun kursus dan penataran. Melalui program ini diajar pemuda bagaimana cara untuk mengurus, mentadbir serta menggerak perjuangan lebih sistematik dan mampan lagi. 
Pemerhatian dan peranan Sardon itu diteruskan pula oleh Senu Abdul Rahman (1964 - 1971) yang lebih serius lagi dalam memperlengkapkan ahli pergerakan itu bukan sahaja dengan pengetahuan tetapi dengan suntikan semangat. Senu telah melancarkan Revolusi Mental di kalangan pergerakan itu khasnya. Tujuan revolusi mental ini sebagai mengasah, mengubah cara berfikir generasi (pemuda) sesuai dengan kehendak zaman. Revolusi ini juga perlu untuk mampu berdepan dengan cabaran pasca kemerdekaan yang lebih mencabar.
Period pasca kemerdekaan untuk mengisi ruang dan segmen kemerdekaan memerlukan kelompok yang memiliki pemikiran global yang progresif dan semangat yang kental. Di zaman Senu ini juga diperkenalkan pasukan Pemuda Tahan Lasak yang bertindak sebagai skuad ala-ala ketenteraan yang agresif bertindak. Skuad ini bagi pembangkang dianggap sebagai kumpulan samseng. Selain itu skuad ini membina ketahanan fikial dan mental.
Redikal.
Kemudian pergerakan pemuda Umno dipimpin oleh Harun Idris (1971 - 1976). Pemuda ditangan Harun lebih vokal lagi kerana ia menekankan soal kepentingan dan hak Melayu. Keseriusan Harun ini menyebabkan beliau kurang disenangi oleh kaum lain yang menganggap beliau sebagai radikal. Salah satu tindakan bekas MB Selangor itu ialah membawa masuk seberapa ramai orang Melayu ke Kuala Lumpur yang menduduki kawasan setinggan sebagai pengimbangan populusi di Kuala Lumpur. 
Tindakan Harun itu sebagai agenda jangka panjang bagi menjamin ibu Kota Kuala Lumpur bukan dimonopoli satu kaum saja, Cina. 
Selepas Harun ditahan dalam penjara kerana isu rasuah, pemuda dipimpin oleh Syed Jaafar Syed Hassan Albar yang sudah pun berusia 61 tahun. Tidak ada apa-apa yang sempat dilakukan oleh Syed Jaffar Albar yang dikenali dengan Singa Umno selain menamakan pemuda Umno sebagai "ginger gruop".
Kematian mengejut Syed Jaafar Albar pergerakan itu dipimpin oleh Suhaimi Kamaruddin. Kepimpinan Suhaimi juga membawa aura sama dengan Harun Idris yang juga bapa saudaranya. Di era beliau pemuda Umno menjadi kumpulan pendesak, membuat kritikan terhadap penyelewengan dalam projek-projek di bawah rancangan Ekonomi Baru Malaysia serta menimbulkan tekanan kepada pihak-pihak tertentu.

Selepas itu pemuda Umno dipimpin oleh Anwar Ibrahim (1982 - 1977). Kehadiran Anwar memimpin pergerakan itu membawa perubahan yang ketara yang sejajar dengan perkembangan dunia waktu itu. Kemunculannya itu merampas wadah pemuda juga tepat kerana waktu itu dunia sedang bergeser dari arus sekularisme ke era kebangkitan Islam. Dengan latar belakang sebagai seorang aktivis dan gerakan Islam (Abim) Anwar menggunakan sebaik mungkin wadah itu menerapkan idealisme Islaminya. 
Pemuda di bawah Anwar bukan sahaja menjadi lebih berani dan bertanggungjawab dan berprinsip tetapi terserlah kesaksyiah Islam Melayu. Pemuda Umno yang sebelum ini jinak dengan kelab-kelab malam, bar atau pusat hiburan jadi mengendur bilamana Anwar memimpin pergerakan itu. Budaya hendenisme dalam Umno diikhtiar untuk dihapuskan. 
Anwar memilih Pemuda Penggerak Zaman sebagai slogannya. Dengan Najib Razak sebagai timbalan, pemuda benar-benar menjadi satu barisan mantap dan kuat dalam Umno. Pemuda digerun oleh lawan dan musuh dan kedudukan Umno dan kerajaan BN itu sendiri stabil. 
Bukan itu sahaja pemuda juga mula mengatur kekuatan ekonomi pergerakan itu dan para ahlinya serta mengambil kepedulian nasib masyarakat di luar bandar. Diwujudkan pelbagai agensi membantu ahli di bawah. Jika bercakap fasal jumlah jutawan dalam Umno, kebanyakan mereka lahir pada era pergerakan ini dibawah pimpinan Anwar yang kemudian disambung oleh Najib.
Seterus pergerakan itu dipimpin oleh Najib (1987 - 1983). Najib dilihat hanya meneruskan acuan pemuda yang telah disediakan oleh Anwar. Tetapi kena latar belakang dan bingkai pendidikannya sekular menyebabkan apa yang hendak dibangunkan Anwar jadi terbantut. Pemuda di era Najib jadi seperti sebuah kelab elitis. 
Apabila Najib bergerak ke jawatan Naib Presiden untuk menjadi regu dengan Anwar dalam team Wawasan, pergerakan pemuda dipimpin oleh Rahim Tamby Chik (1993 - 1994). Sayang kepimpinan Rahim tidak sempat membuahkan hasil apabila beliau dilihat tidak segaris dengan Anwar khasnya dan Najib. 
Selepas setahun pergerakan itu dipimpin pula oleh Ahmad Zahid Hamidi. Keberadaan Zahid disini dikira "semakan" dengan barisan utama Umno waktu itu team Wawasan. Zahid dan pemuda dilihat pemangkinnya. Atau dalam bahasa melankolik siasah, menjadi pemuda dibawah Zahid tidak merekodkan apa-apa yang boleh dibanggakan. Bolehlah dikatakan kecemerlangan dan kehebatan pergerakan pemuda Umno pada tahun-tahun 1977 dan sebelumnya sudah tidak terserlah lagi. Pergerakan pemuda Umno sudah menjadi kelab elit muda dalam Umno.
Kemerosotan dajah dan nilai pergerakan ini kian ketara dibawah pimpinan Hishammuddin Hussein yang boleh dikatakan pengambilalihan olehnya dalam tidak tidak bersedia. Status Hishammuddin dalam pemuda samalah dengan status Jaafar Albar, temporary. Tidak apa idea yang ditetaskan Hishammudin. Pemuda seperti patah siongnya yang selama ini tajam berilat.  
Khairy Jamaluddin yang menjadi ketua selepas itu (2009 - 2018) meneruskan era kemalapan pemuda Umno. Kebijakan-kebijakan dan juga ketinggian ilmu akademiknya (menuntut di Oxford University) yang dibangga tidak memberi apa-apa manfaat kepada pemuda Umno. Bahkan pemuda dibawah Khairy ini juga telah mengikis identiti asal pemuda Umno yang ikhlas, bersemangat dan cekal berjuang untuk Melayu yang dibentuk oleh pemimpin terdahulu.
Pemuda dibawah Khairy inilah boleh dikatakan rosak. Mereka yang menyertai pergerakan itu bukan berlandaskan idealisme Melayu dan agama lagi, tetapi dengan niat untuk berglamour, trend seperti mana fan club bola sepak liga Inggeris sahaja. 
Kini pemuda dibawah pimpinan Asyraf Wajdi Dusuki. Era kepimpinan Asyraf ini sangat tercabar kerana Umno kehilangan kerajaan. Inilah era paling merumitkan untuk pemuda menjadi pemangkin parti. Bagi Asyraf ia satu kemalangan, seolah-olah beliau diberikan pejabat kosong tanpa modal cukup untuk mengurusnya. Memenatkan.
Orang sedang menanti dan menilai kemampuan Asyraf kini yang masih belum tidak ternampak sesuatu agenda atau reform konkrit. Walaupun beliau cuba membawa pemuda Umno mendekati kemiripan Islam dengan mengadakan usrah dan tamrin, wacana keilmuan dan keIslaman sesuai dengan kepakaran dan latar pendidikannya, tetapi ia tidak begitu menyerlah. Asyraf yang tampil dalam live facebook lebih seperti hayun kaki di bendul rumahnya.  
Tugas Asyraf dengan kedudukan Umno yang "deficit" menjadikan tambah berat. Beliau perlu memulih dan mengembalikan semangat pemuda Umno untuk menggapai semula era kecemerlangannya. Tugas Asyraf kini sama berat dengan tugas dan tanggungjawab awal pergerakan itu seperti terpangku atas kepala Hussein Onn dan Razak Hussein. Ketika itu Umno masih dipermulaan dan masih merangkak, dan kini setelah Umno berusia 75 tahun menuju ketuaan apabila hilang kerajaan, menjadikan Umno merangkak kembali. Tentu keadaan ini sangat mencabar Asyraf.
Bagaimanapun keadaan dan takdir tidak boleh dijadikan alasan. Bukan salah ibu mengandung. Kata orang, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Asyraf perlu bijak dan cekap membaca keadaan dan mengambil kesempatan terluang. 
Waktu ini Umno berada dalam keadaan dagang dan darurat. Umno umpama berada di mulut Ular Lidi yang kini membesar diri menjadi Naga. Apa yang perlu dilakukan, memperkasa dan memperkuatkan Umno. Paling mustahak menjamin agar Umno tidak menjadi dagang apa lagi pupus begitu sahaja kemudian menjadi zombi. Untuk ini Asyraf kena berani mengambil risiko. 
Dalam era sangsara dan dagang kini, Umno tidak boleh bergerak sendiri. Umno perlu kepada kawan dan sahabat. Perlu kepada partner yang boleh mewujudkan keadaan win-win situation. Pemuda Umno khasnya kena kenal musuh mereka sebenar kini dan tidak "semabur" mata, memilih kawan yang sebenarnya lawan.  
PPBM adalah musuh Umno yang perlu disedari dan diawasi. Lantaran itu Umno perlu mencari rakan atau partner baharu dengan tujuan sama-sama untuk membangun negara. Dalam hal ini Umno kena buang sikap ego sebelum ini, prajudis politik yang tidak menguntungkan, sikap dan sentimen politik yang merugikan. 
Umno tidak boleh lagi berasakan dirinya sekuat seperti tahun-tahun 60an, 70an membawa ke tahun 80an. Umno kena kabar diri. Masa untuk menyanjung idealisme perjuangan sudah tidak bermakna lagi kalau kuasa sudah tidak ada. Idealisme perjuangan hari ini semua sudah entah ke mana.  Pas pun sudah memansuh dan membakar kitab-kitab kuning yang diamal dan diimaninya selama ini. 
Makanya untuk itu Umno perlu mencari rakan baru, sahabat baru, dan jika perlu membentuk pakatan baru selepas ia ditinggalkan dan dipermainkan oleh Pas. Umno tidak boleh bergantung semata-mata kepada Pas. Sejarah dan titik baris Pas perlu dihadami sebaik-baiknya. Bagaimana Pas bermain politik mandi dan menyelam dalam dua kolam dalam satu masa, nah Umno juga harus begitu. 
Ditilik kepada perkembangan dan mood rakyat hari ini sebaik-baik rakan baru Umno adalah dengan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan). Untuk membawa Umno bersama dengan Keadilan, Asraf kena baca sejarah persahabatan dan kepimpinan Anwar dengan Najib diera tahun 80an dalu. Mungkin dari sejarah itu ia boleh mencetuskan lembaran baru.
Sebagai ketua pemuda Asraf kena sedia pikul tanggungjawab dan kena tunjuk kejantanan dan bukan sahaja menunjuk songkok di kepala, kerana ada kalanya orang perempuan juga ikut sama pakai songkok. Untuk memenuhi apa disebut itu, Asraf juga kena lempar sejauh-jauh skeptikalnya terhadap Anwar Ibrahim. [wm.kl.10:34 am 03/02/2021]
Glossori:
Semakan = sekata, selari, serasi.
Semabur = bbulu mata, pener mata, kabur, kurang jelas, berbaur.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/02/pemuda-boleh-selamatkan-maruah-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Pernah Tengok Atau Tak Mahu Tengok Pemimpin Umno Kontraktor Dan Millionaire 99 Ketua Bahagian Pemuda Millionaire

Tak Pernah Tengok Atau Tak Mahu Tengok Pemimpin Umno Kontraktor Dan Millionaire 99 Ketua Bahagian Pemuda Millionaire

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 293 hits
Sila lihat video berikut di mana Ketua Pemuda menggelabar tak boleh menjawab soalan Dr Asri Syed Sadik pula duk senyum relaks Fitnah Fitnah kepala hotak kau The question is not kalau hang terlibat politik wang atau tidak terlibat politik wa...
Warganet Sekolahkan Ketua Pemuda Umno Tengku Zafrul Sahkan Tabung Harapan Diguna Bayar Hutang 1mdb

Warganet Sekolahkan Ketua Pemuda Umno Tengku Zafrul Sahkan Tabung Harapan Diguna Bayar Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 205 hits
Pada 26 Januari 2021 di Parlimen pasal Tabung Harapan Aku harap PRU dpn org Pasir Puteh bgi la chance pulak kt Dr Asyraf Wajdi jdi YB kesian kt dia byk isu kt Parlimen dia terlepas sbb lama tak masuk Parlimen PKP Pipit Kena Picit Terdapat j...
Pemuda Umno Nak Pastikan Parti Tak Berpecah

Pemuda Umno Nak Pastikan Parti Tak Berpecah

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 163 hits
Pemuda Umno tidak akan menyebelahi mana mana pihak dalam parti yang kini didakwa terbahagi kepada dua kem kata ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki Sebaliknya kata Asyraf Wajdi mereka akan memastikan parti politik utama di Malaysia itu tidak berpec...
Pemuda Umno Senarai 7 Sebab Mengapa Moratorium Automatik Perlu Dilaksanakan

Pemuda Umno Senarai 7 Sebab Mengapa Moratorium Automatik Perlu Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 143 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyenaraikan tujuh alasan yang mengaitkan dengan ekonomi terhadap keperluan untuk melanjutkan moratorium Ketuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata berbanding Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini kehidupan r...
Akaun Adsense Cik Nor Tidak Boleh Di Selamatkan Lagi

Akaun Adsense Cik Nor Tidak Boleh Di Selamatkan Lagi

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum Mungkin ramai yang dah tahu yang akaun adsense Cik Nor ada masalah sejak bulan lepas Akaun adsense Cik Nor telah disekat kerana kenaikan income secara mendadak dimana Cik Nor mendapat 120usd dalam masa sebulan Mungkin pihak ...
Umno Bn Tak Amal Politik Kebencian Err Boleh Percaya Ke Ni Zahid

Umno Bn Tak Amal Politik Kebencian Err Boleh Percaya Ke Ni Zahid

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 341 hits
UMNO dan BN bersaing dengan ideologi hujah dan fakta Dengan perkhidmatan Demi apa yang terbaik kepada rakyat untuk rakyat kata Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi Tambahnya lagi Justeru tidak perlu khuatir dengan kebangkitan sepenuhnya UM...
Buku Tommy Thomas Pemuda Umno Desak Siasat Tommy Thomas

Buku Tommy Thomas Pemuda Umno Desak Siasat Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 190 hits
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat beberapa perkara dibangkitkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube
Dap Boleh Kerjasama Dengan Umno Dalam Norma Baharu Politik

Dap Boleh Kerjasama Dengan Umno Dalam Norma Baharu Politik

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 258 hits
Kerjasama antara DAP dan Umno bukan perkara yang mustahil dalam norma baharu politik kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim Adun Sekinchan itu memberitahu The Malaysian Insight beliau menyokong cadangan supaya DAP bekerjasa...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri