Pemuda Al Qassam Generasi Pemburu Syahid


Kewujudan para pemuda gagah dan mencintai syahid yang memperjuangkan kemuliaan Islam di bumi Gaza dan Tebing Barat untuk membebaskan bumi Palestin dari kejahatan Zionis Yahudi bukanlah suatu yang rahsia lagi.


Merekalah sebenarnya angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan hadapan yang mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.

Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya'bad, Palestin, bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang tinggi dan mampu membuat pelbagai kejutan.

Semangat Jihad

Tujuan utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat.

Briged ini bertanggungjawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis, seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Mempunyai ahli batalion yang terlatih seramai kira-kira 25,000 orang setiap masa di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun.

Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.

Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah:
Gigih berpegang dengan ajaran Islam.Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah.Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin.Berdisiplin dan mentaati kepimpinan.Mencintai dan bersedia untuk syahid.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza, ia bukanlah kerana serangan tentera Israel sebaliknya adalah latihan al Qassam.

Briged al Qassam juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri.

Roket ini sering membawa kemusnahan kepada musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.

Bersujud syukur selepas menjalani operasi

Setiap kali selesai, semua pemuda-pemuda ini akan berkumpul dan bersujud syukur sebagai amalan penting pada setiap kali tamat selesai latihan.

Pastinya, mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera Zionis Israel yang mempunyai pelbagai kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih.

Merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti sabda Rasulullah SAW.

Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
Diampuni dosanya sejak mula pertama darahnya meluncur keluar.Melihat tempatnya di dalam syurga.Dilindungi dari azab kubur.Terjamin keamanannya dari malapetaka besar.Merasakan kemanisan iman.Dikahwinkan dengan bidadari.Dapat memberikan syafa'at kepada 70 orang kerabatnya.
Wallau a'lam.

BACA INI JUGA:
Rahsia Komando Al-Qassam Palestin Digeruni YahudiPemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/pemuda-al-qassam-generasi-pemburu-syahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tenggak Miras Oplosan Pemuda Di Makassar Tewas

Tenggak Miras Oplosan Pemuda Di Makassar Tewas

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 665 hits
Kanit Reskrim Polsek Rappocini Iptu Nurtjahyana saat dikonfirmasi mengatakan berdasarkan keterangan keluarga bahwa pada 22 Mei lalu korban bersama tiga temannya Fajar Taufiq dan Ical menenggak minuman oplosan
Diduga Ada Masalah Keluarga Pemuda Di Kupang Gantung Diri Di Bawah Jembatan

Diduga Ada Masalah Keluarga Pemuda Di Kupang Gantung Diri Di Bawah Jembatan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 306 hits
Pihak keluarga korban juga berjanji akan mematuhi protokol kesehatan yang berlaku sehingga akan melakukan pertemuan keluarga terlebih dahulu untuk merencanakan acara pemakaman sesuai dengan aturan kesehatan dari pemerintah dalam situasi pan...
Terima Pelucutan Keahlian Pemuda Ppbm Sabah Beritahu Syed Saddiq

Terima Pelucutan Keahlian Pemuda Ppbm Sabah Beritahu Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 415 hits
Keahlian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam PPBM dilucutkan bersama sama 4 yang lain termasuk Dr Mahathir Mohamad minggu lepas KOTA KINABALU Pemuda PPBM Sabah hari ini menggesa bekas ketua pemuda kebangsaannya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...
Pemuda Bersatu Berkempen Gesa Siasatan Atas Dakwaan Guan Eng

Pemuda Bersatu Berkempen Gesa Siasatan Atas Dakwaan Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 391 hits
PETALING JAYA Satu kempen di seluruh negara akan dimulakan Pemuda PPBM hari ini untuk membuat laporan polis yang menggesa siasatan ke atas dakwaan tindakan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yan...
Siasat G Eng Ibnu Hasyim Sokong Pemuda Bersatu

Siasat G Eng Ibnu Hasyim Sokong Pemuda Bersatu

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 461 hits
Pemuda Bersatu berkempen gesa siasatan atas dakwaan Guan EngPETALING JAYA Satu kempen di seluruh negara akan dimulakan Pemuda PPBM hari ini untuk membuat laporan polis yang menggesa siasatan ke atas dakwaan tindakan bekas menteri kewangan L...
Pemuda Ini Dikecam Iklankan Motosikal Rx Z Dengan Harga Mencecah Rm70 000

Pemuda Ini Dikecam Iklankan Motosikal Rx Z Dengan Harga Mencecah Rm70 000

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 255 hits
Diberhentikan pengeluarannya sejak tahun 2010 namun Yamaha RX Z masih mendapat permintaan yang tinggi di pasaran Oleh kerana model motorsikal ini dikatakan rare ketika ini jangan terkejut jika ada diantara peminatnya sanggup membeli motorsi...
Panik Diserang Lawan Saat Tawuran Pemuda Nekat Melompat Ke Sungai

Panik Diserang Lawan Saat Tawuran Pemuda Nekat Melompat Ke Sungai

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 267 hits
Informasi diperoleh korban tenggelam dini hari setelah loncat hingga terbawa arus sungai Tarum Timur Petugas masih melakukan pencarian korban di titik pertama korban tenggelam
Intel Menghentikan Pengeluaran Cpu Generasi Kelapan Coffee Lake

Intel Menghentikan Pengeluaran Cpu Generasi Kelapan Coffee Lake

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 297 hits
Intel hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menghentikan pengilangan cip pemprosesan komputer generasi kelapan mereka Coffee Lake Ini termasuklah pengeluaran untuk siri CPU Intel Core Intel Pentium Gold dan Celeron yang dibina menggunaka...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal