Pempengaruh Buat Kerja Amal Cuci 30 Surau Sepanjang Puasa Ramai Puji
Seorang pempengaruh media sosial dipuji ramai kerana membuat aktiviti amal dengan membersihkan sebanyak 30 surau selama 30 hari bulan Ramadan ini.
Menerusi perkongsiannya di TikTok @rusydi.official, antara surau yang akan dibersihkan oleh beliau seperti di stesen minyak atau mana-mana surau awam.
Bermula pada hari pertama puasa iaitu pada 2 Mac lalu, Rusydi dilihat telah memulakan misi terpujinya dengan begitu bersungguh-sungguh. Malah surau di sebuah stesen minyak di Nilai, Negeri Sembilan menjadi pilihannya diketika itu.
Menerusi video yang dikongsikan, Rusydi terlebih dahulu menunjukkan keadaan surau yang kurang memuaskan kemudiannya mencuci surau berkenaan dengan rela hati.
Bukan itu sahaja, dia tidak lokek berkongsi kesemua alatan pembersihan malah menggunakan wangnya sendiri untuk membeli sabun mencuci.
“Kecuali air, saya telah minta izin terlebih dahulu untuk gunakan. Alhamdulillah, supervisor sini sambut usaha saya dengan sangat baik.
“Harapan saya agar usaha kecil saya dapat beri manfaat kepada semua,” katanya berkongsi.
Bukan hanya membersihkan ruangan solat serta kawasan wuduk, bahkan Rusydi turut membersih peralatan surau lain seperti karpet dan mengemas susun sejadah dengan baik.
Amalan mulia ini seharusnya diberikan pujian. Tidak hairanlah Rusydi dipuji wargamaya yang rata-rata menyukai niat ikhlas pempengaruh itu untuk membersihkan tempat awam orang ramai.
@rusydi.official Cleaner surau 🇲🇾 #reviewsurau #30hari30surau ♬ original sound – 𝙍𝙪𝙨𝙮𝙙𝙞 𝙍𝙤𝙨𝙡𝙞
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Main Taman Jumpa Kawan Buat Anak Rasa Tak Menarik, Rangsangan Dopamin Gajet Lagi Kuat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Pempengaruh Buat Kerja Amal. Cuci 30 Surau Sepanjang Puasa, Ramai Puji! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pempengaruh-buat-kerja-amal-cuci-30-surau-sepanjang-puasa-ramai-puji/