Tukar Pemimpin Jika Mahu Bawa Perubahan Umno Diberitahu


freemalaysiatoday.com
Dineskumar Ragu
-January 5, 2023 12:15 PM
Umno akan mengadakan perhimpunan agung pada 11 hingga 14 Januari, namun jawatan presiden dan timbalan presiden mungkin tidak dipertanding. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ahli Umno perlu bersikap berani mengubah kepimpinannya termasuk bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti kelak sekiranya mahu melihat pembaharuan, kata penganalisis politik.

Mujibu Abd Muis dari Universiti Teknologi Mara berkata, pemilihan parti perlu menjadi platform untuk ahli-ahli membawa “pembaharuan penuh” susulan prestasi buruk Umno dalam pilihan raya umum (PRU15) November lalu.

“Berikan isyarat (untuk membuat pembaharuan) dengan menukar kepimpinan dari peringkat tertinggi hingga bahagian sekiranya mereka mahukan satu ‘makeover’.

“Jika mereka berani, pilih orang yang mencabar Ahmad Zahid Hamidi (bagi jawatan presiden). Kegagalan melakukan pembaharuan akan membawa kepada tahap pencapaian lebih buruk lagi pada PRU16 kelak,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, beliau ragu-ragu sama ada pemimpin parti akan membuka ruang untuk perubahan seperti itu “kerana mereka lazimnya berpaut pada jawatan parti dan menolak mereka yang dilihat mampu menjadi saingan”.
Umno hanya menang 27 kerusi dalam PRU15 apabila kalah kepada Perikatan Nasional (PN), pesaing utamanya untuk meraih undi Melayu.
Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, membawa pembaharuan dalam Umno bukanlah sesuatu yang mudah dibuat dengan sekadar menukar pimpinannya.
“Membawa pembaharuan terhadap Umno tidaklah semudah disangka,” kata pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa USM (Cenpris) itu. “Pilihan raya parti semata-mata tidak akan membawa perubahan yang diingini.”
Azeem berkata, struktur parti tidak membolehkan pembaharuan dilakukan sepertimana diperlukan. Katanya, pemimpin Umno akan menepis sebarang usaha seumpama itu walaupun ia sesuatu yang perlu, kerana mampu turut menjejaskan kedudukan mereka.
Susulan PRU15, Zahid berdepan desakan beberapa pemimpin Umno untuk meletak jawatan, selain supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dipertanding dalam pemilihan parti.
Zahid berkata, sebagai seorang demokrat beliau menyerahkan kepada perwakilan ketika perhimpunan agung Umno nanti bagi menentukan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden Umno boleh ditandingi atau tidak.
Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 akan diadakan dari 11 hingga 14 Januari ini, dan hanya usul ucapan dasar presiden akan dibentang ketika itu, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/tukar-pemimpin-jika-mahu-bawa-perubahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Sabah Pemimpin Grs Ph Umno Kumpul Di Kediaman Km

Kemelut Sabah Pemimpin Grs Ph Umno Kumpul Di Kediaman Km

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 196 hits
January 9 2023 Hajiji Noor tiba di Sri Gaya untuk pertemuan dengan ADUN GRS PH dan Umno KOTA KINABALU ADUN Gabungan Rakyat Sabah termasuk Ketua Menteri Hajiji Noor bersama ADUN Pakatan Harapan dan Umno berkumpul di kediaman rasmi ketua ment...
10 Ahli Parlimen Umno Sokong Muhyiddin Perlu Dikenakan Tindakan Kata Pemimpin Umno

10 Ahli Parlimen Umno Sokong Muhyiddin Perlu Dikenakan Tindakan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 382 hits
freemalaysiatoday com January 11 2023 11 41 PMAhli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein Ahli Parlimen Simpang Renggam Hasni Mohammad dan Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong antara 10 Ahli Parlimen BN yang menandatangani SD menyokong Pen...
Pemimpin Umno Lebih Menyerlah Pemimpin Ph Lain Masih Lena

Pemimpin Umno Lebih Menyerlah Pemimpin Ph Lain Masih Lena

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 271 hits
Hadapi serangan parti lawanPEMIMPIN UMNO LEBIH MENYERLAHZahid sindir Sanusi MB itu mampu selesai masalah rumah mangsa banjir seperti beliau mampu bercakap atas pentas politik Jujur saya kata dlm hadapi PAS pemimpin2 UMNO seperti Lokman Adam...
Rentasan 1283 Gempar Usaha Pemimpin Umno Singkirkan Zahid Hamidi Bak

Rentasan 1283 Gempar Usaha Pemimpin Umno Singkirkan Zahid Hamidi Bak

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 320 hits
1 UNTUK PEMBANGUNAN JANGAN TANYA KARTEL 2 APA LAGI PEMIMPIN UMNO MAHU 3 IKAN BUSUK MULA DARI KEPALA
Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

Di Negeri Sembilan Kerjasama Bn Ph Patut Diteruskan Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 292 hits
Kerjasama antara gabungan politik di peringkat negeri adalah untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kata Jalaluddin Alias PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jalaluddin Alias berpenda...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan