Pemimpin Pkr Amanah Terbuka Bersama Zahid Umno Tumbangkan Pn


malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan Hari ini 7:04 pm

Ahmad Zahid Hanidi
Dakwaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim secara bertulis membangkitkan persoalan sama ada PH patut menerima sokongan daripada mereka yang sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.

Dua pemimpin PH yang dihubungi Malaysiakini terbuka dengan idea itu manakala seorang lagi menolaknya.

Dakwaan sokongan itu dibuat Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dalam sidang media hari ini, sehari selepas dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN.

Bagi Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, pendedahan Annuar itu bukanlah perkara mengejutkan.

"Kita sudah maklum lama tentang sokongan itu...Sejak 23 September lalu, apabila Anwar kata dia ada majoriti kukuh dan meyakinkan," katanya.
Dia berkata sesiapa saja bebas untuk memberi sokongan, termasuk Zahid untuk menyokong Anwar, jika matlamatnya adalah untuk menumbangkan kerajaan "pintu belakang" Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, katanya, sama ada PH patut tubuh kerajaan dengan Zahid adalah soal lain.

"Kita akan kendalikan soal ini bila tiba ketikanya (we will cross the bridge when we get there)," katanya lagi.

Salahuddin juga berkata, jika kerajaan PN tumbang, dia lebih memilih penubuhan kerajaan baru untuk mengekang Covid-19 dan memulihkan ekonomi, berbanding pelaksanaan pilihan raya umum.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata, kedudukan Zahid sebagai presiden Umno yang memiliki 38 ahli Parlimen dan kira-kira tiga juta ahli tidak boleh disamakan dengan dia sebagai individu yang berdepan perbicaraan di mahkamah.

"Jika Anwar terima sokongan presiden Umno untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang kuat bersama-sama PKR dan DAP melibatkan rakyat semua kaum, bagi saya itu perkembangan politik yang baik," katanya yang merupakan bekas pengerusi PKR Johor.
Bagaimanapun, katanya lagi, ia mesti dilaksanakan dengan syarat Zahid tidak mengaitkan sokongannya itu dengan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

"Anwar mesti menjamin kedaulatan undang-undang, tiada gangguan terhadap proses keadilan membabitkan Zahid.

"Kebebasan kehakiman perlu dipelihara," katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mendedahkan antara punca Umno tidak puas hati dengan PN adalah penerusan kes mahkamah terhadap parti itu dan sejumlah pemimpinnya.

Dalam pada itu, Hassan berkata sokongan Zahid mestilah ditujukan bagi membina sebuah negara untuk semua dan perlindungan terhadap hak warga.

Katanya lagi, Zahid perlu membantu dalam soal reformasi institusi, usaha membanteras rasuah, kemiskinan dan penambahbaikan tadbir urus kerajaan.

Jika syarat-syarat ini dipersetujui, katanya lagi, tidak salah untuk Anwar menerima sokongan Zahid.

"Kepada Anwar dan Zahid, saya berpesan - jika mereka ingin dikenang sebagai patriot dan negawaran, jangan janya memikirkan PRU seterusnya, tetapi mestilah memikirkan nasib generasi rakyat yang seterusnya," katanya lagi.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pula menolak sekerasnya kerjasama dengan Zahid.

"Kita tak patut bekerjasama dengan penyangak," katanya ringkas.

Pua sebelum ini menolak usaha untuk menubuhkan kerajaan dengan sokongan Najib Razak ketika bekas perdana menteri itu melobi BN untuk menyokong Anwar.
Terdahulu hari ini, Annuar mendakwa dia melihat bukti "hitam putih" yang Zahid membuat perakuan bertulis bagi menyokong Anwar dalam usahanya menumbangkan kerajaan BN.

Pada Oktober lalu, Anwar mendakwa dia telah mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Ketika itu, Zahid dan Najib dikatakan telah menandatangani perakuan bersumpah (SD) untuk menyokong Anwar.

Bagaimanapun, Istana Negara berkata Anwar gagal memberikan senarai nama bagi menyokong dakwaannya.

Pada Disember, tercetus pula khabar angin yang Anwar telah mendapatkan 113 SD bagi membuktikan majoritinya.

Ketika itu, Annuar mendakwa usaha pembentukan kerjasama Anwar dan Umno sedah berjalan.

Pada 15 Disember, iaitu beberapa hari selepas khabar angin bertiup, PH gagal dalam usaha terakhirnya untuk menolak Belanjawan 2021.

RUU Belanjawan 2021 lulus selepas disokong 111 ahli Parlimen dan ditolak 108 yang lain.

Susulan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa pembangkang untuk berhenti mengharapkan sokongan ahli Parlimen kerajaan.

"Tidak ada satu pun ahli parlimen kerajaan mengundi (menolak belanjawan) bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar.

"Jelas ahli parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN," kata mereka dalam kenyataan bersama.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyuarakan keyakinan yang Anwar masih mampu membuktikan majoritinya, sama ada di Dewan Rakyat mahupun melalui SD.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/pemimpin-pkr-amanah-terbuka-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Possible For Umno To Work With Dap Pkr And Amanah Says Tajuddin Rahman

Possible For Umno To Work With Dap Pkr And Amanah Says Tajuddin Rahman

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 243 hits
Umno elections director Tajuddin Abdul Rahman has not dismissed the possibility of his party working with DAP PKR and Amanah saying cooperation with anyone is not impossible in politics Anything can happen in politics he said in reply to cl...
Tak Mustahil Umno Kerjasama Dengan Pkr Dap Amanah Kata Tajuddin

Tak Mustahil Umno Kerjasama Dengan Pkr Dap Amanah Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 275 hits
January 4 2021 7 33 PMKUALA LUMPUR Pengarah Pilihan Raya UMNO Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak parti itu bekerjasama dengan mana mana pihak termasuk bekerjasama dengan PKR DAP dan Amanah Katanya dalam politik kerjasama dengan mana mana p...
Zahid Cadangkan Ini Masa Sesuai Untuk Adakan Pru Umno Terbuka Kepada Kerjasama Dengan Sesiapa

Zahid Cadangkan Ini Masa Sesuai Untuk Adakan Pru Umno Terbuka Kepada Kerjasama Dengan Sesiapa

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 245 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan mungkin inilah masa paling sesuai mengadakan pilihan raya umum memandangkan beberapa kelonggaran pergerakan rakyat diperkenalkan susulan pandemik COVID 19 Jikalau rakyat sudah dibenarkan merenta...
Pemimpin Umno Kena Ada Sikit Jantan

Pemimpin Umno Kena Ada Sikit Jantan

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 250 hits
Bukan meroyan minta UMNO tarik balik sokongan pada Muhyiddin Yang perlu dibuat ialah desak Zahid letak jawatan jika UMNO tidak tarik sokongan pada Muhyiddin Itu pun aku nak ajar
Muhyiddin Sudah Mula Bantu Pulihkan Imej Dap Di Kalangan Pengundi Cina Apa Pendirian Pemimpin Umno Dan Pas

Muhyiddin Sudah Mula Bantu Pulihkan Imej Dap Di Kalangan Pengundi Cina Apa Pendirian Pemimpin Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 375 hits
Ramai yang menyokong tindakan Kerajaan Perikatan Nasional tidak memberikan apa apa peruntukan kepada sekolah vernakular persendirian dalam Bajet 2021 Kalau mengikut perlembagaan kerajaan sememangnya tidak perlu memberikan apa apa bantuan ke...
Zahid Labels As Slander Report He Ordered Umno Mps To Leave Govt

Zahid Labels As Slander Report He Ordered Umno Mps To Leave Govt

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 248 hits
BN chairperson Ahmad Zahid Hamidi has labelled as slander a report by online portal Suara tv on a purported order from him for all Umno MPs to vacate their government positions before Feb 1 Zahid s official Telegram messenger group initiall...
Annuar Zahid Backed Anwar Drew Umno Into Personal Agenda

Annuar Zahid Backed Anwar Drew Umno Into Personal Agenda

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 277 hits
Ousted BN secretary general Annuar Musa today issued a scathing statement against Umno president Ahmad Zahid Hamidi accusing him of using the party for personal interest In a statement today Annuar said there have been several instances whi...
Pkr Women Challenges Muhyiddin To Allow Umno Agm To Proceed

Pkr Women Challenges Muhyiddin To Allow Umno Agm To Proceed

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 272 hits
PKR Women has issued a tongue in cheek challenge to Prime Minister Muhyiddin Yassin to allow Umno general assembly that is scheduled later this month to proceed Communications director Loh Ker Chean in a statement today said Umno informatio...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase