Pemimpin Ph Dibenarkan Berbincang Dengan Pihak Lawan Kata Guan Eng


malaysiakini.com
Diterbitkan 15 Aug 2021, 3:56 pm

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dibenarkan mengadakan perbincangan dengan seteru politik mereka, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Namun, tiga pemimpin utama PH - Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Lim - mesti berunding satu sama lain sebelum melakukannya.

Dia mengatakan bahawa ini adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden PH.

"Kecuali tiga pemimpin tertinggi dari DAP, PKR dan Amanah, ramai ahli Parlimen dan pemimpin dari ketiga-tiga parti dalam PH mengadakan banyak perbincangan dengan lawan politik.

"Bagaimanapun, perbincangan seperti itu harus mendapat persetujuan dari kepemimpinan parti masing-masing dan Majlis Presiden PH agar ia boleh memberi kesan," katanya dalam satu kenyataan.

Lim menanggapi laporan berita yang disifatkannya "tidak menguntungkan" yang mendakwa bahawa ahli parlimen DAP telah beebincang dengan Perikatan Nasional (PN), yang membawa kepada tawaran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 13 Ogos.

Pagi ini, Sin Chew Daily, yang memetik sumber tanpa nama, mendakwa bahawa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz telah membincangkan perkara itu dengan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

Kemudian, The Star, memetik sumber tanpa nama yang mendakwa bahawa DAP adalah parti "paling bersedia" untuk berbincang dan mendakwa bahawa terdapat "banyak pertemuan".

Pua belum membalas permintaan Malaysiakini untuk ulasan lanjut. Ong tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Pua dan Ong sebelum ini secara terbuka menyatakan bahawa PH sekurang-kurangnya harus mendengar tawaran Muhyiddin sebelum membuat keputusan.

Namun, Majlis Presiden PH dan parti pembangkang lain menolak tawaran Muhyiddin tidak lama selepas ia diumumkan.

Dalam kenyataan berasingan, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengatakan PH harus "berfikiran terbuka" mengenai perbincangan yang berpotensi mengakhiri krisis Covid-19, krisis ekonomi dan krisis politik.

Namun, dia mengatakan bahawa perbincangan mesti mengikut dua prinsip - satu, Muhyiddin mesti menawarkan pelan yang dapat mengubah situasi dalam mengendalikan Covid-19.

Kedua, Muhyiddin mesti mendapat persetujuan DAP dan PH bahawa rancangan itu adalah demi kepentingan negara.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/pemimpin-ph-dibenarkan-berbincang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Licik Jangan Mudah Termakan Umpan Kata Guan Eng

Muhyiddin Licik Jangan Mudah Termakan Umpan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 224 hits
Lim Guan Eng berkata 105 Ahli Parlimen pembangkang sebulat suara menolak tawaran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Ahli Parlimen pembangkang yang terpesona dengan taburan janji manis Muhyiddin Yassin berpegang kepada pemikiran ...
Guan Eng Ph Beri Lampu Hijau Kepada Pemimpin Berunding Dengan Seteru Politik

Guan Eng Ph Beri Lampu Hijau Kepada Pemimpin Berunding Dengan Seteru Politik

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 214 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan memberi lampu hijau kepada pakatan pembangkang untuk mula berunding dengan seteru politik bagi merungkai situasi politik semasa Lim Guan Eng mengesahkan Setiausaha Agung DAP itu berkata bagaimanapu...
Guan Eng Slams Penang Govt Over Vaccine Shortage

Guan Eng Slams Penang Govt Over Vaccine Shortage

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 305 hits
The PPV at Dewan Millennium in Kepala Batas is among four in the state that have been closed due to the vaccine shortage GEORGE TOWN Former chief minister Lim Guan Eng is upset with the Penang government for failing to speak up on the short...
Bapa Guan Eng Pula Merayu Bagi Anwar Jadi Pm Selepas Tiada Majoriti

Bapa Guan Eng Pula Merayu Bagi Anwar Jadi Pm Selepas Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 527 hits
agendadaily com16 8 2021Anwar Ibrahim sejak 1980 an lagi sudah berangan angan menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia Pemimpin senior DAP Lim Kit Siang yang juga bapa kepada Lim Guan Eng membuat rayuan terakhir bagi memastikan Ketua Pemba...
Pm S Resignation Time To Reclaim 2018 General Election Mandate Guan Eng

Pm S Resignation Time To Reclaim 2018 General Election Mandate Guan Eng

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 159 hits
Lim Guan Eng KUCHING Democratic Action Party secretary general Lim Guan Eng said yesterday that Pakatan Harapan and the opposition bloc comprising 105 MPs must reclaim the 2018 general election mandate following Prime Minister Tan Sri
Contractor S Reps Sat In On 3 Meetings Guan Eng S Corruption Trial Told

Contractor S Reps Sat In On 3 Meetings Guan Eng S Corruption Trial Told

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 239 hits
Former Penang chief minister Lim Guan Eng faces several corruption charges in connection with the undersea tunnel project KUALA LUMPUR A senior Penang government official told the sessions court in Lim Guan Eng s undersea tunnel corruption ...
Nasrudin Ajak Pemimpin Politik Berbincang Dengan Tenang Dan Saksama

Nasrudin Ajak Pemimpin Politik Berbincang Dengan Tenang Dan Saksama

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 233 hits
MALAYSIAKINI Seorang pemimpin kanan PAS hari ini menyarankan agar semua pemimpin politik duduk semeja dan berunding bagi mencari penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nasrudin Hassan berkata dia yaki...
Pengkritik Pemimpin Tak Seharusnya Ditahan Kata Menteri

Pengkritik Pemimpin Tak Seharusnya Ditahan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 147 hits
MALAYIA NOW Tangkapan atau penahanan ke atas mereka tidak wajar dilakukan kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah Gambar Bernama Menteri Komunikas...
Pemimpin Pkr Rapat Dengan Anwar Kata Kerajaan Pn Ada Majoriti Tipis Lapor Utusan

Pemimpin Pkr Rapat Dengan Anwar Kata Kerajaan Pn Ada Majoriti Tipis Lapor Utusan

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 230 hits
agendadaily com14 8 2021Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kia Ming Ketika kem Zahid Hamidi dan Pakatan Harapan mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional hilang sokong...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025