Pemimpin Pas Tahu Rameli Bantu Hadi



Pemimpin Pas tahu Rameli bantu Hadi?Posted By: Pentadbiron: March 30, 2019 Print EmailSekurang-kurangnya lima pemimpin PAS bukan saja memberi restu dan mandat kepada ahli perniagaan Rameli Musa untuk menyelesaikan kes mahkamah antara Presiden Abdul Hadi Awang dan Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown tetapi mereka juga setuju akan mengembalikan wang itu, kata sumber.Sumber mendedahkan kepada The Malaysia Insight, pemimpin PAS berkenaan tahu mengenai pembayaran RM1.4 juta yang dibuat oleh Rameli.The Malaysian Insight juga difahamkan Rameli mendahulukan wangnya sendiri dengan jaminan dan pemahaman bahawa ia akan dibayarkan balik kepadanya.“Tindakan Datuk Rameli ini sememangnya dalam pengetahuan dan mandat beberapa pemimpin PAS,” kata sumber yang maklum mengenai rundingan penyelesaian kes di mahkamah di London itu.“(Tetapi) Pemimpin tinggi (lain) PAS pun tidak tahu,” tambah sumber.The Malaysian Insight tidak mendedahkan nama lima pemimpin itu kerana masih belum memperolehi komen mereka.Rameli disiasat selama lima jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Mac lalu berhubung pembayaran RM1.4 juta itu, beberapa hari selepas terdedah bahawa cek Bank Islam Malaysia Berhad yang digunakan untuk pembayaran itu milik beliau.Pemimpin PAS bagaimanapun menafikan tahu mengenai pembayaran kos penyelesaian itu, malah membayangkan penyelesaian itu dibuat sukarela oleh pihak ketiga yang mahu melihat kes itu tidak berlanjutan.“Lima pemimpin PAS itu pun sekarang macam buat tidak tahu dengan Rameli,” kata sumber.Beberapa pihak malah menuduh Rameli, yang dilantik jadi pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 3 Januari, menyelesaikan kes itu atas permintaan pemimpin kanan Pakatan Harapan.“Rameli memang penyokong PAS. Ini tak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan walaupun beliau kenal dan berkawan dengan (Presiden PKR) Anwar Ibrahim. Lantikannya ke KTMB pun tidak ada kaitan,” kata sumber.Pada 18 Mac lalu, semasa berbahas di Dewan Rakyat, Anwar mengaku Rameli kawannya, juga sama-sama bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar, tetapi kawannya itu cenderung menyokong PAS.Sekiranya tidak diselesaikan pada awal Februari lalu, kes itu sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan bulan depan.Semasa Rameli disoal siasat oleh agensi anti rasuah, isterinya Norlella Md Akram menulis di Facebook meluahkan perasaan yang dilihat ditujukan kepada pemimpin PAS dan parti Islam itu.“Adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong kita ditimpa kesusahan oleh kerana pertolongan itu dan tiada sebarang simpati mahupun bertanya khabar dari pihak yang ditolong?“Kebenaran akan ditegakkan,” tulisnya, sebelum memadam kenyataan itu sehari kemudian.Sehari selepas itu juga, beliau menutup akaun Facebooknya.The Malaysian Insight diberitahu rundingan penyelesaian tersebut dibincangkan oleh Rameli sebagai wakil Hadi, selepas berbincang dengan lima pemimpin PAS itu.“Rundingan berjalan lebih kurang lima bulan, antara September tahun lepas hingga Januari lalu,” kata sumber.The Malaysian Insight difahamkan saman itu diselesaikan kerana kedua-dua pihak sudah menanggung kos yang tinggi untuk proses perundangan di London.Rameli berjumpa dengan Rewcastle-Brown di sebuah hotel ternama di London pada hujung tahun lalu untuk rundingan akhir sebelum persetujuan dicapai tentang jumlah penyelesaian, tambah sumber.Rameli membayar jumlah penyelesaian RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report itu pada 31 Januari, sehari sebelum mahkamah di London merekodkan penyelesaian kes.Peguam Americk Sidhu, yang mewakili Rewcastle-Brown, sebelum ini mengesahkan Rameli jadi perantara penyelesaian kes Hadi, yang katanya dirundingkan berbulan-bulan.Laporan sebelum ini menyebut wang berkenaan dipindahkan melalui cek ke dalam akaun firma guaman milik Americk sebelum peguam itu memindahkannya ke akaun bank anak guamnya di London.Hadi menyaman Rewcastle-Brown berhubung penerbitan sebuah tulisan dalam Sarawak Report pada 6 Ogos 2018, yang didakwa memfitnah pemimpin parti Islam itu menerima duit RM90 juta dari Umno. Rewcastle-Brown kemudian memfailkan saman balas terhadap Hadi pada Oktober 2017.Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini menegaskan saman itu dikemukakan oleh Hadi, bukan oleh parti.Pada 2 Februari, melalui setiausaha politiknya Hadi mengumumkan beliau setuju menyelesaikan kes di luar mahkamah, yang syarat-syaratnya tidak didedahkan di mahkamah .

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/pemimpin-pas-tahu-rameli-bantu-hadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tunggu Kerjasama Dengan Mca Abdul Hadi

Pas Tunggu Kerjasama Dengan Mca Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 336 hits
Pas tidak menolak kemungkinan hubungan kerjasama yang terjalin dengan parti UMNO dan MIC bakal diteruskan dengan satu lagi parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata dalam suasana Islam yang me...
Malaysia Hadi Tak Bodek Mahathir Kata Pas

Malaysia Hadi Tak Bodek Mahathir Kata Pas

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 293 hits
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob tampil mempertahankan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan seorang bekas diktator tetapi hanya seorang yang tegas Ahmad ...
Najib Mahathir Ajak Pas Tapi Saya Tolak Hadi

Najib Mahathir Ajak Pas Tapi Saya Tolak Hadi

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 387 hits
Tanpa menyebutkan nama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa AMANAH sebenarnya diwujudkan semata mata menjadi alat kepada strategi DAP untuk menyekat pengaruh dan peluang partinya pada Pilihan Raya Umum Ke 14 Ahli Parlimen Maran...
Salahuddin Cabar Hadi Dedah Pemimpin Amanah Alat Dap

Salahuddin Cabar Hadi Dedah Pemimpin Amanah Alat Dap

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 358 hits
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengulas mengenai dakwaan Abdul Hadi Awang bahawa ada pemimpin Pakatan Harapan menyifatkan Amanah diwujudkan sebagai alat DAP Foto NSTP PARTI Amanah Negara mahu Presiden PAS Abdul Hadi Awang menamaka...
Salahuddin Soal Hadi Siapa Pemimpin Ph Itu

Salahuddin Soal Hadi Siapa Pemimpin Ph Itu

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 409 hits
Geraldine Tong PARLIMEN Presiden PAS Abdul Hadi Awang perlu mengumumkan nama pemimpin dalam PH yang berkata Amanah alat kepada DAP gesa Salahuddin Ayub Saya ambil tanggungjawab terhadap isu ini dan tidak mahu ia berterusan PAS berbohong kep...
Sprm Tidak Tolak Panggil Hadi Bantu Siasatan Cek Rm1 4 Juta

Sprm Tidak Tolak Panggil Hadi Bantu Siasatan Cek Rm1 4 Juta

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 317 hits
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata siasatan kes pemberian cek kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown masih berjalan KUALA TERENGGANU Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menolak kemungkinan memanggil Presi...
Malaysia Pas Umno Adik Beradik Kalau Kahwin Sumbang Mahram Kata Hadi

Malaysia Pas Umno Adik Beradik Kalau Kahwin Sumbang Mahram Kata Hadi

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 427 hits
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hubungan PAS dan Umno lebih ke arah ikatan adik beradik dan bukan sebuah perkahwinan Presiden PAS berkata parti Islam itu tidak boleh berkahwin dengan Umno kerana ia umpama hubungan sumbang mahram Macam m...
Penyamun Jawab Pantun Hadi Pas Taliban Kamu Komunis

Penyamun Jawab Pantun Hadi Pas Taliban Kamu Komunis

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 600 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang melabel pengkritik yang menyamakan partinya dengan Taliban sebagai disokong oleh komunis Menerusi sajaknya yang disiarkan di akaun media sosialnya semalam bagi menjawap kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Min...
Hadi Jangan Lupa Umno Tuduh Pas Barua Dap Mahfuz

Hadi Jangan Lupa Umno Tuduh Pas Barua Dap Mahfuz

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 390 hits
Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Mahfuz Omar menjelaskan isu AMANAH dan Pakatan Harapan yang menjadi kuda tunggangan DAP sebenarnya sudah lama dimainkan oleh parti Umno Beliau berkata isu berkenaan sudah bangkit 30 tahun lalu iaitu k...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bantuan Awal Persekolahan Peluasan Bap Kepada Pelajar Tingkatan Enam Pertama Kali Dilaksanakan

Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat