Pemimpin Melayu Hentikanlah Khayal Dan Mabuk Kuasa


Kami, Cina Muslim sudah letih!Penanda aras Moody ke atas ekonomi negara ini dilihat semakin pulih. Usaha menangani penularan virus Covid-19 semakin terkawal dan kes sembuh semakin meningkat. Tetapi lembaran politik masa kini sarat dengan lipatan insiden yang mewarnai suka duka politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas

Apa yang pasti, selagi belum terbubarnya Parlimen dan diadakan pilihan raya umum, politik tiga parti besar Melayu ini tidak pernah sepi dengan kontroversi. Dari isu kerusi menjadi titik perbezaan sehingga mengundang pergeseran dan ketidaksefahaman walaupun saudara sebangsa dan seagama. Ibarat kuasa, takhta dan ego menjadi pertaruhan siapakah yang akan menang? Yang menderita adalah rakyat dan pengikutnya.

Isu tikam menikam menjadi satu lumrah kehidupan bukan sahaja kepada pemimpin politik tetapi juga dalaman parti itu sendiri. Contohnya, parti A menikam parti B guna parti C yang lawannya untuk tikam parti A. Kemudian parti A guna komponen parti B tikam parti C. Selepas itu parti B secara senyap merajuk dan menyalahkan parti A dan parti C. Parti C yang tertikam menyebelahi parti A.

Akhirnya, yang hidup bukan parti A atau parti B atau parti C, tetapi parti lain yang akan tertawa dengan tingkah laku kurang matang ketiga-tiga parti ini. Malahan, parti lain menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan ketiga-tiga parti tanpa disedari. Memang mengasyikkan tikam menikam ini bila sudah berada dalam kemabukan siapakah yang perlu menjadi abang long dan adik bongsu. Inilah politik Melayu yang suatu ketika dahulu dilanyak dan dihina seperti pengemis di bumi sendiri. Politik tikam menikam sehingga tiada yang hidup. Berbaloikah semua ini?

KHAYAL
Amat malang, Melayu masih belum sedar semua permainan ini. Khayal di puncak kuasa. Syurga atau neraka, dosa atau pahala, sudah tidak menjadi taruhan lagi. Yang penting, kekal berkuasa.

Wahai Melayu, bangunlah! Kami, Cina Muslim ini sudah letih sentiasa mengingatkan.

Apabila kuasa di tangan dan sudah melupai hakikat yang telah berlaku, benarkah Melayu mudah lupa? Benarkah Melayu lebih selesa dengan penguasaan parti bukan Melayu? Mengenang kembali sejarah kedatangan British ke Tanah Melayu adalah bermula dengan tikam menikam untuk kuasa. Adakah sejarah selalu berulang kembali disebabkan tidak sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku nanti?

Yang pasti, satu perkara yang tidak boleh dinafikan apabila secubit pergolakan dunia politik Melayu akan menarik perhatian ramai. Seterusnya ada yang menjadi batu api dan ada yang menjadi mual dan bisu. Akibatnya, kepanasan meluap sehingga akhirnya semua terbakar rentung.

Di manakah kematangan budaya politik Melayu untuk dihormati oleh rakyat? Adakah budaya politik Melayu terlalu ‘shit’ sehingga tiada jalan penyelesaian? Semuanya boleh disucikan asalkan anda yang menyokongnya dan bukan awak di sebelah sana. Mungkin sesuatu isu itu nampak reda. Tetapi tiada jaminan ia berkubur kerana menunggu masa yang sesuai untuk diletupkan asalkan ada laba dan motif.

Konflik dalaman parti dengan pertembungan kem masing-masing juga merumitkan situasi hala tuju parti itu sendiri. Adakalanya menjadi punca luka dan duka yang sukar dirawati walaupun telah lama berlalu. Seolah-olah saudara seagama itu tidak bernilai walaupun darah yang sama tetapi rambut berlainan.

ULTRA KIASU
Inilah yang menyebabkan ultra kiasu mampu mengolah dan mempergunakan politik Melayu untuk kepentingan mereka, mungkin di suatu hari nanti untuk melepaskan anjing yang tersepit demi laba kuasa. Adalah tiada mustahil Perdana Menteri adalah seorang bukan Melayu.

Sejarah mengajar kita bagaimana Residen British lebih berkuasa daripada pemerintah Sultan. Walaupun negeri-negeri Melayu tidak dijajah dan hanya negeri naungan tetapi yang berkuasa dan bermaharajalela adalah Residen British. Akhirnya, British dijunjung sebagai wira yang menjadi ikutan perundangan dan budaya kehidupan politik di negara ini iaitu demokrasi.

Jika melihat politik Melayu hari ini, sukar disatukan dan didamaikan apabila masing-masing sudah mendapat keselesaan dan keyakinan kuasa. Maka generasi Z dan Y perlu berani untuk mengubah apa yang terbaik bagi kehidupan masa depan negara. Mungkin perlu ditanya, apakah neraca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) relevan untuk kelangsungan kuasa politik Melayu pada masa depan? Wahai Melayu! Bangunlah sebelum melayu dan layu. Selama ini, Melayu pernah jatuh tetapi mampu bangun kembali. Teramat bimbang selepas ini jika jatuh, tidak mampu untuk bangun.

Ketika itu, untuk menyesal sudah terlambat kerana peribahasa ada menyebut, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Nasi sudah menjadi bubur. Menangis air mata darah sekalipun, kamu tidak dapat kembali apa yang telah hilang.

Kami, Cina Muslim ini masih bersuara kerana kita seagama walaupun tidak sebangsa. Bangsa sudah tidak membawa erti, jika tiada agama atau agama dipersenda. Ingat! Jangan sampai Malaysian Malaysia menjadi realiti kerana negara ini ada asal usul dan sejarahnya, tanpa menafikan sumbangan bangsa lain terhadap pembangunan Malaysia.

Oleh: Profesor Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/pemimpin-melayu-hentikanlah-khayal-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tamak Khayal Sokongan Besar Rosakkan Politik Melayu Islam

Tamak Khayal Sokongan Besar Rosakkan Politik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 262 hits
Struktur parti politik Melayu dalam sistem politik Malaysia sejak akhir ini mengalami perubahan besar Paling ketara selepas terbentuk kerajaan baharu Perikatan Nasional dan berakhir pentadbiran Pakatan Harapan Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 1...
Panas Zul Yahya Kata Pemimpin Pas Gila Kuasa

Panas Zul Yahya Kata Pemimpin Pas Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 416 hits
March 7 2021 Bekas pelakon Zul Yahya hari ini meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap kepimpinan Pas yang disifatkannya sebagai pemimpin yang gila kuasa Dalam satu video secara langsung dua hari lepas beliau mengakui tidak lagi berminat me...
Perbalahan Pemimpin Melayu Beri Peluru Kepada Musuh

Perbalahan Pemimpin Melayu Beri Peluru Kepada Musuh

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 312 hits
Kebolehan bangsa Melayu makin diperlekeh musuh makin jauh daripada mengenali Islam sebenar Peluang mendapatkan kembali tampuk pemerintahan daripada Pakatan Harapan oleh parti parti dominasi Melayu semakin hari tampak semakin disia siakan Ah...
Pemimpin Dap Ramal Perang Saudara Dalam Umno Jangka Puak Pro Dan Anti Muhyiddin Akan Rebut Kuasa

Pemimpin Dap Ramal Perang Saudara Dalam Umno Jangka Puak Pro Dan Anti Muhyiddin Akan Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 257 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pemimpin DAP Liew Chin Tong meramalkian Umno menuju perang saudara yang akan menyaksikan parti itu berpecah belah susulan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum ke 15 Liew percaya Umn...
Kuasa Dominan Masih Kuat Jika Parti Melayu Sepakat Dengan Keikhlasan Dan Kejujuran

Kuasa Dominan Masih Kuat Jika Parti Melayu Sepakat Dengan Keikhlasan Dan Kejujuran

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 234 hits
Kita sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan yang parah Kuasa dominan Melayu masih kuat dan boleh dipertahankan sekiranya parti parti Melayu sanggup bersatu dan bersepakat dengan Keikhlasan dan Kejujuran Malangnya kerana tamakkan kuasa d...
Apa Langgar Motor Apa Lan Aa Lu Pemandu Mabuk Lari Selepas Langgar 2 Penunggang Motosikal

Apa Langgar Motor Apa Lan Aa Lu Pemandu Mabuk Lari Selepas Langgar 2 Penunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 283 hits
The ReporterSudahlah mabuk dilanggar pula dua motosikal sebelum pemandunya melarikan diri dari lokasi kejadian sama ada tidak sedar dengan tindakannya atau enggan bertanggungjawab di atas perbuatannya itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asis...
Video Jangan Cakap Banyak I Minum Sikit Pemandu Mabuk Langgar Motor Lari Selepas Diminta Buat Laporan Polis

Video Jangan Cakap Banyak I Minum Sikit Pemandu Mabuk Langgar Motor Lari Selepas Diminta Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 312 hits
1 431 total views 1 431 views today Tular sebuah video di laman sosial memaparkan seorang wanita dalam keadaan tidak sedar dan mengaku memandu dalam keadaan mabuk Memetik laporan Harian Metro wanita berkenaan dipercayai melanggar dua buah m...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life