Pemimpin Bersatu Dakwa Zahid Tipu Dan Kelirukan Agong


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 27, 2024 12:12 PM
 Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini tampil mendakwa susulan pendedahan Muhyiddin Yassin yang dia telah mendapat 115 akuan berkanun (SD) yang menyokongnya sebagai perdana menteri, maka kerajaan hari diandaikan tidak mempunyai majoriti yang diperlukan ketika mengangkat sumpah

Justeru, kata bekas pemimpin Umno Putrajaya itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi perlu menjawab tuduhan-tuduhan berkenaan.
“Zahid didakwa telah menipu dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa beliau mempunyai semua 30 SD dan sokongan penuh daripada 30 ahli parlimen BN untuk menamakan Anwar sebagai perdana menteri, yang boleh dianggap sebagai satu kesalahan serius.

“Berdasarkan dakwaan serius ini, Zahid harus menghadapi tindakan undang-undang, dan Anwar perlu menunjukkan bukti bahawa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi pada 21 dan 23 November 2022 sebelum mengangkat sumpah sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Muhyiddin selepas siasatan pada 21 Ogos lalu memaklumkan dia telah menyerahkan 115 SD yang menyokong dirinya sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022 kepada polis.
Dia juga menyerahkan surat akuan penerimaan SD berkenaan daripada setiausaha sulit kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dia juga menyebut bahawa turut disertakan bersama adalah 51 SD daripada PN, PAS (22), Gabungan Parti Sarawak (GPS - 22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS - 6), Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM - 1), serta SD daripada 10 ahli Parlimen BN dan dua ahli Parlimen bebas.

SD itu dikatakan dikumpul sejurus selepas PRU15, yang berakhir dengan parlimen yang tergantung.

GPS dan GRS pada mulanya dikatakan menyokong Muhyiddin, tetapi kemudiannya menukar sokongan mereka kepada Anwar susulan titah Al-Sultan Abdullah yang menasihatkan ahli Parlimen untuk membentuk "kerajaan perpaduan".
Sehari kemudian, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tampil menjelaskan 10 SD daripada ahli parlimen BN itu adalah tidak sah.

Ini kerana, katanya ahli parlimen BN telah menandatangani tiga dokumen yang menyerahkan kuasa kepadanya sebagai presiden parti, mengakui mana-mana kerusi yang dimenangi adalah milik parti, dan perjanjian untuk membayar denda RM100 juta jika mereka keluar parti atau menyokong orang lain, jelasnya.

Selain itu, menurut Zahid, 115 SD yang dikatakan itu termasuk 10 SD daripada ahli parlimen BN yang menandatangani dua SD.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, dakwaan terdapat 10 atau lebih SD bertindih daripada ahli parlimen BN yang sama tidak boleh dipercayai.

“Ini, kerana mereka tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong kenyataan ini.

“Zahid (juga) dilaporkan telah menghalang 28 ahli Parlimen lain daripada menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 23 November, yang mungkin merupakan satu tindakan khianat dan jenayah di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

“(Justeru), semua 30 SD dan sokongan penuh daripada 30 ahli parlimen BN untuk menamakan Anwar sebagai perdana menteri, yang boleh dianggap sebagai satu kesalahan serius,” katanya.

Oleh itu, katanya, undi percaya sekarang untuk membuktikan keabsahan kerajaan hari ini seperti yang dicadangkan oleh beberapa pihak adalah hanyalah pembaziran masa.

“Isu sebenar yang perlu dijawab oleh Anwar dan Zahid adalah jauh lebih besar dan penting, kerana di mata rakyat, mereka mesti menjawab tuduhan-tuduhan sekarang yang terpalit dengan diri mereka,” katanya lagi
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/pemimpin-bersatu-dakwa-zahid-tipu-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Tun M Dan Muhyiddin Tipu Ydp Agong

Bagaimana Tun M Dan Muhyiddin Tipu Ydp Agong

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 132 hits
How Tun M Muhyddin cheated the Agong and citizens The Covid in Malaysia was made up and fake Words from the horse s mouth
Zahid Alu Alukan Siasatan Dari Laporan Polis Pemuda Bersatu

Zahid Alu Alukan Siasatan Dari Laporan Polis Pemuda Bersatu

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 287 hits
malaysiakini comTimbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata dia mengalu alukan siasatan hasil laporan polis Pemuda Bersatu kerana didakwa memperdaya dan mengelirukan Yang di Pertuan Agong sebelum ini Pengerusi BN itu mengulangi dakw...
Zahid Sedia Disiasat Atas Tuduhan Menipu Agong

Zahid Sedia Disiasat Atas Tuduhan Menipu Agong

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 290 hits
Zahid sedia disiasat atas tuduhan menipu Agong ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be mQsCAjm1cao src in org https www youtube com embed mQsCAjm1cao wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube co...
Panas Amk Balun Kaw Kaw Pemimpin Bersatu Pertahan Kebiadapan Abahcow

Panas Amk Balun Kaw Kaw Pemimpin Bersatu Pertahan Kebiadapan Abahcow

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 95 hits
Angkatan Muda KEADILAN Selangor melihat usaha memainkan isu pendakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional PN Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan sebagai bermotif politik sesuatu yang tidak wajar Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Se...
Bersatu Youth Files Reports Against Zahid Over Misuse Of Funds Deceiving King

Bersatu Youth Files Reports Against Zahid Over Misuse Of Funds Deceiving King

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 251 hits
Bersatu Youth alleges Ahmad Zahid Hamidi as deputy prime minister plans to use taxpayers money to benefit a volunteers group under Umno Bersatu Youth has filed two police reports against Ahmad Zahid Hamidi over the Umno president s proposed...
Mahathir Takes Stand Today In Libel Suit Over Zahid S Kutty Remark

Mahathir Takes Stand Today In Libel Suit Over Zahid S Kutty Remark

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 305 hits
In his statement of claim Dr Mahathir Mohamad said Ahmad Zahid Hamidi defamed him during an Umno divisional meeting in Kelana Jaya on July 30 2017 KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad is expected to testify today at the much anticipated trial o...
Dr M Nobody Ever Called Me Mahathir Iskandar Kutty Defamation Suit To Teach Zahid A Lesson For Allegedly Lying

Dr M Nobody Ever Called Me Mahathir Iskandar Kutty Defamation Suit To Teach Zahid A Lesson For Allegedly Lying

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 135 hits
Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today claimed that Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi had lied about his alleged birth name Dr Mahathir who will be turning 99 this December said there is no such identification...
Zahid Berbohong Tiada Siapa Panggil Saya Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty

Zahid Berbohong Tiada Siapa Panggil Saya Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 293 hits
malaysiakini comDr Mahathir Mohamad mendakwa Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berbohong kerana tiada siapa yang pernah memanggil bekas perdana menteri itu sebagai Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty Plaintif itu memberitahu Mahka...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today