Pemimpin Amanah Penyelamat Ummah



Pada saat dan ketika ini, ramai orang sedang membicarakan perihal kepemimpinan sama ada di peringkat atasan mahupun masyarakat awam di segenap lapisan. Sejauh manakah isu kepemimpinan memberi makna begitu penting dalam kehidupan manusia sehingga sentiasa menjadi polemik sepanjang zaman? Daripada sudut pandangan Islam, kepemimpinan adalah suatu keperluan bagi mencapai maksud dan matlamat untuk memastikan kesinambungan risalah Islam yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad SAW dan sekalian rasul demi keselamatan serta kesejahteraan umat manusia.
Firman Allah SWT dalam Surah Sad ayat 26 bermaksud: “Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikanmu khalifah di bumi maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat daripada jalan Allah akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.”
Kepemimpinan adalah sebuah kemuliaan sekiranya dilaksanakan dengan penuh amanah sebaliknya membawa kehinaan jika dilaksanakan dengan pengkhianatan dan pengabaian.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis daripada Abu Zar RA dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah apakah tuan tidak melantik aku (menjadi pemimpin). Lalu Rasulullah memegang bahuku dengan tangannya dan bersabda: ‘Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku lihat engkau adalah lemah sedangkan kepemimpinan itu adalah amanah. Dan ia pada hari kiamat nanti adalah satu kehinaan serta penyesalan melainkan mereka yang memegangnya dengan haknya dan menunaikan hak yang terdapat ke atas kepemimpinan itu.” Riwayat Muslim
Dalam sebuah hadis lain pula daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Ada tujuh golongan yang Allah melindungi mereka dalam lindungan-Nya pada hari kiamat, pada hari ketika tiada perlindungan selain perlindungan-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang sentiasa dalam beribadah kepada Allah, seseorang yang senantiasa mengingati Allah ketika bersendirian sehingga matanya berlinang, seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, seseorang yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan, namun dia menjawab: “Saya takut kepada Allah’ serta seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu terhadap amalan tangan kanannya.” Riwayat al- Bukhari
Adakah kepemimpinan sebuah pilihan atau paksaan dalam kehidupan insan? Dalam ajaran Islam, kepemimpinan adalah sebuah tanggungjawab dan amanah yang bermula daripada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis daripada Ibnu Umar RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya serta anaknya dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya dan dia bertanggungjawab atas harta itu. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab atas kepemimpinannya.” Riwayat Muslim
Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dengan keupayaan untuk memimpin yang melayakkannya menjadi khalifah di dunia sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab ayat 72 bermaksud: “Sesungguhnya Kami kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak patut dikerjakan.”
Berpandukan al-Quran, pada Surah al-Qasas ayat 26 pula menggariskan ciri-ciri dan syarat utama yang perlu ada pada seorang pemimpin iaitu kekuatan dan amanah sebagaimana firman Allah yang bermaksud ‘Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” Kekuatan adalah meliputi kecergasan fizikal, mental dan spritual manakala amanah pula meliputi komitmen serta mutu kerja. Ciri itu penting ketika melaksanakan apa-apa jua bidang pekerjaan kerana jika dilakukan dengan amanah akan menyenangkan ramai pihak, namun jika sebaliknya akan menyukarkan urusan orang lain. Tanpa kekuatan dan amanah dalam kepemimpinan, rumah tangga bermasalah, keluarga porak-peranda, bahkan negara boleh tergadai kepada musuh.
Oleh itu, amat penting bagi kita untuk menterjemahkan ciri-ciri kepemimpinan atau menghargai kepercayaan yang diberikan sebagai pemimpin dengan menggunakan kedudukan yang ada bagi memelihara kemaslahatan awam berbanding kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu.
Allah SWT memerintahkan agar pemimpin melindungi kaum yang lemah seperti firman-Nya dalam Surah an-Nisa ayat 75 yang bermaksud: “Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang yang tertindas daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: ‘Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini yang penduduknya (kaum kafir musyrik) zalim dan jadikanlah bagi kami daripada pihak-Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) serta jadikanlah bagi kami daripada pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (daripada ancaman musuh).”
Harapan dan hala tuju kepemimpinan sama ada di peringkat keluarga, masyarakat atau negara perlulah menepati maksud dan matlamat kepemimpinan dalam Islam untuk membawa kebahagiaan hidup di dunia hingga akhirat. Firman Allah dalam Surah Hud ayat 108 bermaksud: “Adapun orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya) maka di dalam syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus.”
Hanya dengan penghayatan terhadap tanggungjawab kepemimpinan dan dokongan daripada golongan yang dipimpin, bahtera kehidupan akan dapat belayar dengan selamat menuju ke pelabuhan.
Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Anak penoreh getah jadi Perdana Menteri Malaysia PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan Gagal dilantik sebagai PM-9, Anwar luah perasaan melalui nyanyian [VIDEO] Syarat Muhyiddin Undang Ketidakstabilan Mageran Jalan Akhir Bekas pegawai Ahli Parlimen disyaki seleweng RM140,600 Ini cara mudah Mas Khan dapatkan Porche Resepi Bihun Goreng Merecik MP Pas langgar titah Agong?
Kalau dah jodoh, dulu cikgu sekarang isteri Layari Laman Facebook MYKMU
Lantikan Ismail buka ruang Muafakat Nasional diperkasakan semula

The post Pemimpin amanah penyelamat ummah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/21/pemimpin-amanah-penyelamat-ummah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dimana Silapnya Bersatu Menurut Pemimpin Umno

Dimana Silapnya Bersatu Menurut Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 196 hits
Nicholas ChungShahrir Samad berkata salah satu isu terbesar adalah berkenaan cara pengurusan pandemik sementara Wan Agyl Hassan menyifatkan Bersatu melakukan pengkhianatan terhadap Umno apabila membentuk kerjasama dengan PAS dan parti lain ...
Pengkritik Pemimpin Tak Seharusnya Ditahan Kata Menteri

Pengkritik Pemimpin Tak Seharusnya Ditahan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 144 hits
MALAYIA NOW Tangkapan atau penahanan ke atas mereka tidak wajar dilakukan kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah Gambar Bernama Menteri Komunikas...
Hanya Majlis Raja Raja Boleh Hentikan Sikap Gila Pemimpin Politik Rebut Kuasa

Hanya Majlis Raja Raja Boleh Hentikan Sikap Gila Pemimpin Politik Rebut Kuasa

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 213 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Denyut nadi rakyat makin lemah kewangan dan ekonomi rumah tangga semakin kritikal BANGI Tindakan lebih keras dan tegas daripada kepimpinan tertinggi negara termasuk campur tangan Majlis Raja Raja dilihat mamp...
Selamatkan Negara Henti Gerakan Jatuhkan Pemimpin

Selamatkan Negara Henti Gerakan Jatuhkan Pemimpin

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 166 hits
satuberita myBy August 11 2021 MALAYSIA sedang bergelut dalam satu krisis politik yang tidak perlu Ia adalah krisis yang dapat diselesaikan dengan segera jika semua ahli politik di dalam dan di luar Parlimen mematuhi moratorium perebutan da...
Pemimpin Politik Sabah Sarawak Tiba Di Perdana Putra

Pemimpin Politik Sabah Sarawak Tiba Di Perdana Putra

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 379 hits
Kenderaan yang membawa Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Tun Openg tiba di Bangunan Perdana Putra hari ini untuk mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Foto Bernama Muhy...
Everyone Must Read Ekonomi Warong Dan Sarong Boleh Berjalan Pemimpin Tak Faham Okonomi Ramalan Saya Betul

Everyone Must Read Ekonomi Warong Dan Sarong Boleh Berjalan Pemimpin Tak Faham Okonomi Ramalan Saya Betul

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 207 hits
Jangan lupa baca kata kata hikmah saya pada penghujungnya Tuan tuan dalam posting saya pada Ahad 8hb Ogos 2021 saya telah buat ramalan berikut p s Saya telah sebut tadi bahawa saya akan membuat sedikit ramalan Ramalan saya ialah sedikit lam...
Insaflah Wahai Pemimpin Sultan Johor Kecewa Perebutan Kuasa Ketika Rakyat Dalam Kesusahan

Insaflah Wahai Pemimpin Sultan Johor Kecewa Perebutan Kuasa Ketika Rakyat Dalam Kesusahan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 243 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin yang berebut kuasa dan mengganggu kerajaan di saat rakyat dalam kesusahan berdepan wabak Covid 19 Baginda menyeru kepada semu...
Muhyiddin Jumpa Pemimpin Pn Untuk Atur Langkah

Muhyiddin Jumpa Pemimpin Pn Untuk Atur Langkah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 153 hits
Muhyiddin jumpa pemimpin PN untuk atur langkah seterusnya PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka bertemu dengan semua pemimpin dari partinya hari ini Sumber dalaman parti berkata tempat pertemuan belum diputuskan tetapi ia ...
Pemimpin Politik Sepatutnya Fikir Kepentingan Rakyat

Pemimpin Politik Sepatutnya Fikir Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 229 hits
Semua pemimpin parti politik termasuk pembangkang supaya bersama sama memikirkan kemaslahatan rakyat ketika ini yang lebih memerlukan perhatian ketika pendemik Selain itu pemimpin politik sepatutnya menghentikan segera pergeseran untuk mere...
Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Curang Itu Pilihan Tapiiii

Doa Nabi Daud

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Lirik Lagu Rakit Nadzira Shafa

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar