Pemilikan Rumah Kereta Mewah Antara Kelayakan Terima Subsidi Ron95




Kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 selepas perincian mekanismenya dimuktamadkan pada penghujung September. PETALING JAYA: Pemilikan hartanah dan kenderaan mewah antara kriteria tambahan ditetapkan dalam menentukan kelayakan seseorang individu menikmati subsidi petrol RON95.
Kriteria tambahan lain termasuk pendapatan bulanan, kata Menteri Kewangan Anwar Ibrahim yang turut menjelaskan kerajaan berpandukan perincian daripada pelbagai sumber data.
“Antaranya penggunaan data pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
“Ini bagi memastikan pendekatan lebih menyeluruh dapat diambil bagi memastikan bantuan disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
“Beberapa kriteria tambahan turut akan diambil kira termasuk pemilikan hartanah dan kenderaan mewah, selain pendapatan bulanan, sebelum keputusan akhir dimuktamadkan dan diumumkan menjelang akhir September,” katanya.
Anwar berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat untuk menjawab soalan Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 serta mekanisme dan pengkelasan penerima.
Perdana menteri berkata kerajaan kekal komited melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 yang tidak memberi kesan kepada 85% rakyat Malaysia tidak akan terkesan secara langsung.
“Hanya bukan warganegara serta mereka yang benar-benar berkemampuan akan dikecualikan daripada menerima subsidi,” katanya.
Pada 22 Julai lalu, Anwar mengumumkan harga petrol RON95 akan turun lebih rendah iaitu RM1.99 seliter selepas penyasaran subsidi bahan bakar itu.
RM40 bilion tampung subsidi
Menjawab soalan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai status terkini pelaksanaan program subsidi bersasar, Anwar berkata kerajaan setiap tahun mengeluarkan dana besar bagi menampung perbelanjaannya.
“Tahun lalu sahaja, lebih RM40 bilion telah dibelanjakan untuk subsidi kepenggunaan yang merangkumi petrol, diesel, gas memasak, minyak masak paket, bil elektrik, dan telur,” katanya.
Menurutnya, perbelanjaan besar itu telah mengehadkan ruang fiskal kerajaan untuk menyediakan pembangunan sosioekonomi yang sewajarnya, selain menyebabkan ketirisan dan penyeludupan yang dianggarkan melebihi 20% daripada jumlah penggunaan.
“Cabaran utama kerajaan adalah bagaimana menangani ketirisan subsidi akibat penyeludupan tanpa menjejaskan rakyat yang benar-benar memerlukan.
“Kerajaan telah memulakan penyasaran subsidi ke atas elektrik dan diesel. Walaupun satu cabaran, kerajaan tetap komited melestarikan ekonomi negara, mengurangkan ketirisan serta memastikan barangan bersubsidi dimanfaatkan kumpulan benar-benar layak,” katanya.


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/19/pemilikan-rumah-kereta-mewah-antara-kelayakan-terima-subsidi-ron95/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 341 hits
Mohd Misuari bersama pegawainya menunjukkan sebuah kereta mewah jenis Nissan GTR yang disita oleh JPJ kerana beberapa kesalahan Gambar Bernama KOTA BHARU Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan menyita 13 daripada 15 kenderaan mewah bernilai ha...
Trik Nak Buat Pencahayaan Rumah Nampak Lebih Mewah Cozy

Trik Nak Buat Pencahayaan Rumah Nampak Lebih Mewah Cozy

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 864 hits
Trik Nak Buat Pencahayaan Rumah Nampak Lebih Mewah Cozy Pernahkah anda masuk ke dalam sebuah rumah dan terus terasa aura yang berbeza walaupun dekorasinya ringkas Rahsianya sering terletak pada pencahayaan atau lighting yang digunakan Tidak...
Jpj Sita Lagi 104 Kereta Mewah Tiada Cukai Jalan Insurans

Jpj Sita Lagi 104 Kereta Mewah Tiada Cukai Jalan Insurans

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 253 hits
Ia menjadikan jumlah keseluruhan jumlah kenderaan disita sebanyak 258 buah sepanjang tiga siri Op Luxury di seluruh negara sejak Jun lalu Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan menunjukkan antara kenderaan mewah yang disit...
Sokong Subsidi Ron95 Untuk Warga Asing Skmm Ambil Keterangan Muhyiddin

Sokong Subsidi Ron95 Untuk Warga Asing Skmm Ambil Keterangan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 276 hits
HarapandailyAugust 7 2025Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah merekodkan kenyataan pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini Kenyataan beliau diambil untuk membantu siasatan terhadap dakwaan bahawa beliau menyoko...
Pas Dan Bersatu Pahang Perkukuhkan Taawun Siyasi Antara Kedua Dua Parti Bagi Menghadapi Pru 16

Pas Dan Bersatu Pahang Perkukuhkan Taawun Siyasi Antara Kedua Dua Parti Bagi Menghadapi Pru 16

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 324 hits
KUANTAN Parti Islam SeMalaysia dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang memperkukuhkan taawun siyasi antara kedua dua parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan bersama susulan pertemuan pimpi...
Antara Anak Anak Masuk Washing Machine Dan Masuk Sekolah Cina Yang Mana Lebih Selamat

Antara Anak Anak Masuk Washing Machine Dan Masuk Sekolah Cina Yang Mana Lebih Selamat

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 560 hits
PONTIAN Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi Ahad Sinar Harian 17 09 2023Sebuah asrama yang menempatkan pelajar tahfiz terbakar di Parit Raja Batu Pahat Asrama Pelajar Tahfiz Terbakar Kampong...
Leftenan Kolonel Kapten Antara Lima Pegawai Kanan Atm Ditahan Sprm Yaki Mendalangi Sindiket Penyeludupan

Leftenan Kolonel Kapten Antara Lima Pegawai Kanan Atm Ditahan Sprm Yaki Mendalangi Sindiket Penyeludupan

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 450 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com mySPRM melumpuhkan sindiket penyeludupan yang didalangi oleh pegawai kanan ATM yang beroperasi di selatan tanah air melalui Ops Sohor dengan penahanan lima pegawai tentera dan lima orang awam FOTO ...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ngo To File Macc Report Plans March Over Police Inaction In Indira Case

Ruji Who Villagers Puzzled By Pkr S Ex Esscom Chief Pick For Merotai

All Foreign Halal Certification Subject To Malaysian Standards Na Im

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keanggunan Nora Danish Terserlah Sebagai Wanita Berhijab Menerusi Amber Oasis 2 0 Mirage

Did Malaysia Concede Too Much Us Malaysia Trade Agreement Requires Parliamentary Scrutiny

Apam Kampung

Fam Menerajui Kejohanan Futsal B 19 Kebangsaan Memupuk Bakat Muda Negara

Melangkah Ke Keagungan Royal Di Ch Teau De Fontainebleau

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan