Pemilik Tanah Perlu Bertanggungjawab Isu Rumah Ibadat Sebelum Mula Pembinaan Baru


B Nantha Kumar
Seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini berkata bahawa pihaknya akan berusaha selaraskan syarat 'kebebanan tanah' seperti terdapat di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dalam usaha mengekang perobohan rumah ibadat di kawasan Kuala Lumpur.
Kata S Rajah, memperkenalkan syarat tersebut di DBKL akan memastikan pemilik tanah tidak boleh lari daripada tanggungjawab dalam memastikan pemindahan rumah ibadat dan premis lain di tanah miliknya.
"Buat masa ini, Pejabat Tanah dan Galian mempunyai satu syarat yang dikenali sebagai 'kebebanan tanah' di mana syarat itu memastikan pemaju tanah perlu bertanggungjawab terhadap surau, rumah ibadat atau premis lain yang berada di atas tanahnya semasa tanah itu dibeli.
"Semasa pemaju membeli tanah daripada PTG, syarat ini dimasukkan dalam akujanjinya. Di bawah syarat ini, pemilik atau pemaju tanah perlu menyelesaikan isu tanah surau atau rumah ibadat yang berada di atas tanah sebelum membuat pembinaan baru.
"Jadi, saya bercadang DBKL perlu selaraskan syarat seumpamanya di bawah Perintah Pembangunan (Development Order) supaya memastikan tidak lagi berlaku perobohan surau atau rumah ibadat bukan Islam di Wilayah Persekutuan pada masa depan," katanya kepada Malaysiakini.
Dia berkata demikian ketika mengulas insiden perobohan kuil di Segambut yang ditangguh pagi tadi selepas pihak kuil mendapat perintah mahkamah untuk penangguhan.
Rajah yang juga Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan mendakwa bahawa kebanyakan pemilik tanah mengambil jalan mudah dengan mengambil perintah mahkamah dan merobohkan rumah ibadat menyebabkan ketegangan antara kerajaan, ahli politik, DBKL dan pihak penguat kuasa dengan pengunjung rumah ibadat itu.
"Merobohkan bukan satu penyelesaian. Perlu ada situasti menang-menang bagi kedua-dua pihak.
"Jika DBKL bersetuju menyelaraskan syarat ini tertakluk dengan undang-undang sedia ada, maka, saya percaya isu perobohan rumah ibadat mungkin dapat diselesaikan.
"Saya akan membawa cadangan ini pada mesyuarat lembaga yang akan datang," katanya.
Untuk rekod, pagi tadi, Kuil Om Sri Maha Maduraiveeran, Segambu terlepas daripada dirobohkan selepas pihak kuil mendapat perintah penagguhan dari mahkamah.
"Kuil itu sepatutnya dirobohkan 9 pagi. Namun, kami berjaya mendapat perintah mahkamah 8 pagi. Namun, perintah penangguhan itu hanya untuk seminggu sahaja.
"Jadi, isu perobohan akan berulang pada minggu depan," kata seorang wakil pihak kuil yang enggan namanya didedahkan.
Pihak kuil berkata kuil itu berasal dari Ladang Segambut Bukit Hijau dan didakwa berusia hampir 100 tahun.
Sementara itu, Rajah berkata bahawa MIC Wilayah Persekutuan menyerahkan isu ini kepada Jawatankuasa Rumah Ibadat bukan Islam yang diketuai oleh timbalan menteri Wilayah Persekutuan Dr Edmund Santhara Kumar.
"Jawatankuasa ini ditubuhkan oleh timbalan presiden MIC M Saravanan ketika beliau menjadi timbalan menteri Wilayah Persekutuan. Kini ianya di dipengerusikan oleh saudara Edmund.
"Harap, beliau mendapat satu penyelesaian muktamad kepada pihak kuil," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/pemilik-tanah-perlu-bertanggungjawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potret Desain Rumah Baru Titi Kamal Dan Christian Sugiono Mewah Dan Asri Banget

Potret Desain Rumah Baru Titi Kamal Dan Christian Sugiono Mewah Dan Asri Banget

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 277 hits
Pasangan artis Christian Sugiono dan Titi Kamal tengah membangun sebuah hunian yang mewah Bukan hanya mewah dan luas hunian mereka juga sangat asri karena banyak pohon dan tanaman Hal tersebut terlihat dari desain rumah yang sempat diperlih...
Video Rumah Musnah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan

Video Rumah Musnah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 502 hits
434 total views 434 views today Batu Pahat Sebuah rumah musnah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung di kediaman terbabit di Kampung Parit Mustaffa Darat Parit Sulong dekat sini hari ini Saksi kejadian Izzat Syafaat Ismail 2...
Kucing Makan Tanah Setelah Cat Food Diganti Hentikan Sebelum Terlambat

Kucing Makan Tanah Setelah Cat Food Diganti Hentikan Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 229 hits
Cari cara untuk menghentikannya sebelum berkembang menjadi gangguan ksehatan yang lebih serius
Kasus Rumah Dp Nol Rupiah Kpk Konfirmasi Yoory Corneles Soal Proses Pengadaan Tanah

Kasus Rumah Dp Nol Rupiah Kpk Konfirmasi Yoory Corneles Soal Proses Pengadaan Tanah

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 201 hits
Selain itu kata Ali penyidik juga mengonfirmasi Yoory terkait adanya dugaan kesepakatan khusus dalam proses negosiasi dengan pihak pihak yang terkait kasus tersebut
Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa Mb Campur Tangan Isu Tanah Mereka

Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa Mb Campur Tangan Isu Tanah Mereka

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 434 hits
BERA Orang Asal Semelai Lubuk Perah dekat sini menggesa Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail campur tangan mengarahkan sebuah syarikat pemaju menghentikan tindakan tiada kemanusiaan mereka menceroboh dan memusnahkan tanaman pe...
Wajib Paham 4 Hal Ini Sebelum Bawa Pulang Kucing Persia Ke Rumah

Wajib Paham 4 Hal Ini Sebelum Bawa Pulang Kucing Persia Ke Rumah

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 455 hits
Calon pemilik harus menyadari adanya perawatan ekstra dibandingkan kucing lainnya dan beberapa hal penting lainnya
Isu Kontroversi Selesai Kapten Hoki India Di Lapor Peluk Islam Sebelum Kahwini Illi Najwa

Isu Kontroversi Selesai Kapten Hoki India Di Lapor Peluk Islam Sebelum Kahwini Illi Najwa

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary berkata kontroversi wanita Malaysia Illi Najwa Anuar Hussein Saddique mengahwini kapten pasukan hoki India selesai kerana Manpreet Singh Pawar memeluk Islam sebelu...
Pasangan Ditemui Mati Di Rumah Sewa Baru Didiami 3 Hari

Pasangan Ditemui Mati Di Rumah Sewa Baru Didiami 3 Hari

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 345 hits
Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu tengah hari tadi selepas rakan mereka gagal menghubungi pasangan suami isteri itu KUALA LUMPUR Sepasang suami isteri ditemui mati di sebuah rumah tiga tingkat yang disewa mereka di Jalan Medang Serai ...
Hiburan Tips Masuk Rumah Baru Mungkin Ramai Terlepas Pandang Yang Last Paling Penting

Hiburan Tips Masuk Rumah Baru Mungkin Ramai Terlepas Pandang Yang Last Paling Penting

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 334 hits
Selain berada dalam fasa norma kehidupan baru tak kurang juga yang melangkah ke dunia baru mendirikan masjid dan bergelar suami isteri selepas lama bercinta Dah kahwin bermula lah hidup berdua berkeluarga dan berpindah hidup di rumah sendir...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Hari Bertemu Pelanggan Majlis Hari Raya Kpdn Wpkl Ppim 22 04 2025

Aktiviti Lawatan Ke Ahmad S Fried Chicken Ppim 21 04 2025

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025