Pemilik Perniagaan Harus Bersedia


 
Ahmad Mohammad


Masa depan bisnes bergantung pada perancangan kewangan yang betul.
.


Kerajaan Malaysia baru baru ini mengumumkan kenaikan gaji minimum daripada RM1500 kepada RM1700 dalam Bajet 2025. Ramai majikan mula risau, terutamanya dalam kalangan pemilik bisnes kecil dan sederhana.
.
Kita memahami perasaan mereka. Kenaikan kos ini boleh memberi kesan besar pada operasi harian, terutama bagi mereka yang sedang berusaha untuk mengekalkan keuntungan.
.
Namun, ada sesuatu yang kita perlu perhatikan, mungkin ramai daripada mereka yang bimbang ini sebenarnya berkemungkinan terlepas pandang sesuatu perkara yang lebih penting.
.
Jika kita lihat kembali ke beberapa tahun lalu, kerajaan sudah menunjukkan tanda-tanda akan menaikkan gaji minimum. Contohnya, sewaktu gaji minimum ditetapkan pada RM1200, langkah seterusnya ke RM1500 sudah boleh dijangka.
.
Jadi, sebagai pemilik perniagaan, tidakkah kita patut bersedia lebih awal? Pandangan peribadi saya, inilah peluang untuk kita belajar bagaimana kita merancang kewangan bisnes dengan lebih bijak.
.
Teringat satu kisah seorang pemilik restoran yang pernah sembang sembang dengan saya. Apabila kerajaan menetapkan gaji minimum pada RM1500, dia telah mengambil langkah berani dengan memperuntukkan bajet gaji pekerjanya pada RM1800.
.
Ketika itu, ramai yang tidak faham kenapa dia membuat keputusan begitu. Namun, dia menjelaskan bahawa dia ingin memastikan syarikatnya bersedia untuk sebarang kenaikan gaji minimum di masa hadapan tanpa perlu terburu-buru mengubah perancangan kewangan.
.
Hasilnya? Apabila kerajaan mengumumkan kenaikan ke RM1700 baru-baru ini, dia tidak terkesan langsung.
.
Contoh seperti ini mengajar kita satu perkara penting iaitu perancangan kewangan yang bijak tidak hanya melihat kepada keperluan semasa, tetapi juga kepada masa hadapan.
.
Apabila kita menetapkan bajet gaji lebih tinggi daripada minimum yang diumumkan, kita memberi ruang kepada syarikat untuk menghadapi kenaikan masa depan dengan lebih tenang. Dengan bajet yang fleksibel, kita tidak terperangkap dalam situasi di mana kenaikan gaji mengejutkan operasi perniagaan kita.
.
Ada usahawan kecil yang mengendalikan sebuah kilang memberikan input kepada saya yang dia juga mengambil pendekatan yang sama. Sewaktu gaji minimum masih pada RM1500, dia telah memperuntukkan bajet gaji pekerjanya pada RM1800.
.
Apabila kenaikan diumumkan, dia hanya perlu membuat sedikit pelarasan tanpa merosakkan kestabilan kewangan syarikatnya.
.
Namun, ada di antara kita yang masih risau. "Kalau naikkan gaji pekerja, bagaimana dengan kos operasi lain?" Ini soalan yang biasa kita dengar. Tetapi inilah masa di mana kita boleh menambah nilai kepada bisnes kita.
.
Bukankah lebih baik jika kita mencari cara untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan kita? Dengan menambah baik, pelanggan mungkin akan melihat nilai tambahan yang kita tawarkan.
.
Kita ambil contoh perniagaan restoran yang berdepan dengan kos operasi yang meningkat. Boleh sahaja terus menaikkan harga secara terus, namun adalah lebih baik memperkenalkan menu premium yang memberikan pilihan tambahan kepada pelanggan.
.
Mungkin dengan cara ini, pelanggan tidak hanya melihat kenaikan harga, tetapi juga peningkatan dalam kualiti dan pilihan.
.
Begitu juga dengan perniagaan runcit yang berjaya mengimbangi kos operasi dengan menambah pakej promosi khas kepada pelanggan setia.
.
Bagi pelanggan, mereka merasakan wang yang dibelanjakan berbaloi kerana produk yang ditawarkan lebih bernilai.
.
Apa yang dapat kita pelajari di sini ialah kenaikan gaji minimum bukanlah musuh yang perlu ditakuti. Dengan perancangan yang betul dan pendekatan yang fleksibel, kita boleh memastikan bisnes kita tetap stabil dan terus berkembang.
.
Merancang dengan baik dari awal, termasuk memperuntukkan bajet yang lebih tinggi untuk gaji pekerja, adalah kunci untuk menghadapi perubahan tanpa sebarang gangguan besar.
.
Jadi, bagi rakan-rakan pemilik perniagaan di luar sana, jangan hanya melihat kepada kenaikan kos sebagai beban.
.
Sebaliknya, lihat ia sebagai peluang untuk menambah nilai kepada perniagaan kita dan memperkukuhkan asas kewangan untuk masa hadapan.
.
Sebab akhirnya, bisnes yang berjaya bukanlah yang sekadar bertahan, tetapi yang mampu berkembang dengan bijak.
.
Sekian tulisan subuh dari saya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/pemilik-perniagaan-harus-bersedia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musafir Mengimami Jamaah Mukim Apakah Harus Qashar Atau Shalat Sempurna

Musafir Mengimami Jamaah Mukim Apakah Harus Qashar Atau Shalat Sempurna

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 135 hits
Bagaimana tata cara shalat seorang musafir ketika menjadi imam bagi jamaah mukim apakah ia mengqashar atau shalat secara sempurna
4 Keterampilan Dasar Yang Harus Dikuasai Gen Z Di Era Digital Saat Ini

4 Keterampilan Dasar Yang Harus Dikuasai Gen Z Di Era Digital Saat Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 423 hits
BloggerBorneo com Di era digital yang berkembang pesat generasi muda saat ini khususnya Gen Z dihadapkan pada tuntutan kompetensi yang berbeda dari generasi sebelumnya Kehidupan yang semakin tergantung pada teknologi dan kecepatan informasi...
Kes Samun Rumah Ahli Perniagaan 10 Suspek Ditangkap

Kes Samun Rumah Ahli Perniagaan 10 Suspek Ditangkap

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 127 hits
BernamaKetua Polis Selangor Hussein Omar Khan menunjukkan senjata dan barangan yang dirampas dari satu kumpulan penjenayah yang terbabit dalam kejadian samun di rumah seorang ahli perniagaan di Pandamaran Klang SHAH ALAM Polis menahan sembi...
46 000 Perniagaan Muflis Penduduk Israel Lari Ke Luar Negara

46 000 Perniagaan Muflis Penduduk Israel Lari Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 213 hits
AgensiBaitulmaqdis Pakar memberi amaran bahawa berbilion bilion yang dibelanjakan Israel untuk memusnahkan Gaza memberikan kesan kepada ekonominya lapor Agensi Anadolu Terdapat sedikit atau tiada tanda tanda pemulihan menurut seorang penyel...
Adik Zahid Masuk Pas Kenapa Umno Harus Kalut

Adik Zahid Masuk Pas Kenapa Umno Harus Kalut

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 192 hits
Sambil Ahmad Zahid Hamidi mengunci mulut juak juaknya pula sibuk memperkecilkan tindakan adik presiden Umno itu Abdul Hakim Hamidi menyeberang ke parti lawan PAS sebagai ahli seumur hidup beberapa hari lalu Zahid mungkin melihat sikap membi...
Hiburan Haram Burukkan Pasangan Lepas Cerai Fazura Harus Bertaubat Ustaz Abu Syafiq

Hiburan Haram Burukkan Pasangan Lepas Cerai Fazura Harus Bertaubat Ustaz Abu Syafiq

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 265 hits
Menerusi dikongsikan di TikTok pendakwah dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq telah memberi penjelasan tentang hukum apabila seseorang itu membuka aib bekas suami selepas perceraian Video tersebut dibuat khas untuk menegur tindakan aktres Fazu...
Walaun Yang Harus Dihapuskan

Walaun Yang Harus Dihapuskan

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 93 hits
Nampak dak mengapa BARAH WALAUN wajib di hapuskan hingga ke akar umbi Nampak dak lagi Buku Laporan Setahun Kerajaan Madani TIDAK DIEDARKAN kepada kakitangan dan guru2 MALAH DIBAKAQQQ DI BAKAQQQ Yang dok atas itu tak usah la lena dengan tepu...
Umno Boleh Jadi Dominan Tapi Perangai Sombong Macam Kp Umno Tidak Harus Ada Dalam Umno

Umno Boleh Jadi Dominan Tapi Perangai Sombong Macam Kp Umno Tidak Harus Ada Dalam Umno

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 197 hits
UMNO DOMINAN PASTIKAN IA MENJADI KENYATAAN11 October 2024 Apa itu UMNO dominan Walaupun tempoh diadakan PRU16 ada kira kira tiga tahun lagi tetapi suara suara yang mahu UMNO menjadi dominan semakin kerap kedengaran Presiden UMNO Ahmad Zahid...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan