Pemilihan Pkr Rafizi Game Over



Pemilihan PKR: Rafizi ‘game over’?Posted By: Pentadbiron: October 26, 2018
 Print EmailWalaupun kira-kira 45% ahli PKR belum mengundi namun sebahagian penganalisis politik tanah air berpendapat cabaran pasukan Rafizi dalam pemilihan PKR 2018 telah pun berakhir.Dengan ketinggalan sekitar 800 undi dalam perebutan posisi timbalan presiden berbanding Azmin Ali (memperoleh 9,377 undi secara keseluruhan), agak sukar Rafizi (8,563 undi) untuk mengejar. Biar pun Rafizi lebih banyak menang secara pada peringkat negeri berdasarkan kelebihan di cabang-cabang Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Pahang namun kemenangan itu amat tipis dalam keadaan jumlah keahlian PKR yang tidak seimbang.Azmin pasti menangSelangor yang menjadi kubu kuat Azmin Ali misalnya mempunyai hampir 30% ahli PKR secara keseluruhan, begitu juga Sabah yang mencatat keahlian kedua tertinggi. Bila mana seseorang menang bergaya di dua negeri ini maka calon itu hanya perlu memastikan mereka kalah tipis di 12 negeri lain.Masalah timbul apabila Azmin menang besar di Selangor. Rafizi hanya boleh kembali mendahului sekiranya mengalahkan Azmin dalam julat 900 – 1000 undi di Sabah. Sarawak pula adalah lubuk Azmin kerana 90% ketua cabang adalah ‘cai’ timbalan presiden itu.Oleh yang demikian, tidak salah untuk mengatakan Rafizi telah tewas dan kemnya tidak perlulah lagi berkempen.Lebih parah, calon naib presiden kem Rafizi juga tidak menunjukkan prestasi yang baik. Calon menduduki tempat teratas adalah Nurul Izah yang neutral. Namun di tempat kedua adalah Zuraida (29,911 undi), diikuti Dr Xavier (25,966 undi) dan Tian Chua (23,861 undi). Hanya empat calon ini sahaja akan dikira pemenang. Sementara calon cai Rafizi berada di kedudukan keenam, iaitu William Leong (20,528 undi) dan di tangga ketujuh, Johari Abdul (20,172 undi).Mungkin presiden PKR, Anwar Ibrahim akan memilih Johari untuk mengisi dua kerusi naib presiden yang dilantik bagi memperkuatkan beliau menghadapi team kartel dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).Kedudukan MPP yang kelak akan menganggotai Biro Politik juga didominasi pasukan katel. Apabila 15 daripada 20 calon yang akan terpilih bukan daripada pasukan Rafizi.Politik pintu belakangTujuan pasukan Rafizi bertanding dalam pemilihan kali ini semata-mata untuk menguatkan kedudukan Anwar sebagai perdana menteri ke-8. Rafizi tidak percaya politik Azmin yang tidak menunjukkan kesetiaan 100% kepada Anwar tetapi lebih kepada percaturan peribadi.Hal ini dijelaskan beliau dalam apa yang digambarkan sebagai ‘politik pintu belakang’ ketika Azmin diangkat menjadi MB Selangor pada 2014 dan kroni beliau, Amiruddin Shari ditabal sebagai pengganti pada 2018, biar pun Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk melantik Dr Idris Ahmad sebagai MB baharu sebaik sahaja Tun Mahathir melantik Azmin ke jawatan Menteri Ekonomi.Nampaknya politik main belakang ini akan terus menghantui PKR untuk bertahun-tahun selepas ini.Kabinet mandul ideaSatu lagi sebab Anwar turut merestui cabaran Rafizi adalah ketumpulan idea kementerian yang disandang oleh pasukan Azmin. Empat daripada lima menteri kuota PKR adalah daripada team kartel. Iaitu Zuraida, Baru Bian dan Dr Xavier selain Azmin sendiri. Namun apakah idea baharu yang disumbangkan mereka?Pasukan Azmin mandul idea. Malah menteri dari PKR ini mengecewakan kerana mentadbir negara seperti penjawat awam yang hanya memperbaiki polisi kerajaan BN terdahulu. Hal ini boleh dijangka kerana tiga menteri itu berasal dari Selangor. Mereka tidak menunjukkan kehebatan ketika memerintah negeri. 30 skim kebajikan merakyatkan ekonomi Selangor yang menjadi kebanggaan PH bukan diilhamkan oleh Azmin tetapi bekas MB, Khalid Ibrahim. Azmin mentadbir Selangor secara auto pilot kerana negeri itu telah pun hebat di tangan Khalid.Manifesto PH idea RafiziLebih menggusarkan Anwar tentulah kegagalan perancangan untuk menempatkan Rafizi di kementerian utama sekiranya beliau menjadi PM kelak. Malah majoriti menteri PH juga sedar manifesto yang gagal mereka tunaikan itu kebanyakannya diciplak daripada idea Rafizi.Pendidikan percuma dan pemasuhan PTPTN diambil daripada Rafizi. Penyelesaian kewangan Felda juga idea Rafizi. Pemansuhan GST dan hasil gantian paling banyak dibincangkan Rafizi. Pemasuhan tol dan alternatif gantian juga berasal daripada Rafizi. Namun apabila Rafizi dan pasukannya dinafikan jawatan kabinet maka kerajaan PH menerima padah.Menteri PH bukan sahaja terkapai-kapai untuk menunaikan janji, malah untuk memberi alasan pun mereka tidak faham susur galur manifesto yang dijanjikan. Hasilnya adalah jawapan kasar Menteri Kerja Raya, Baru Bian misalnya yang berterus terang kerajaan tiada wang untuk mansuhkan tol. Sedangkan idea asal Rafizi bukan membeli kesemua syarikat konsesi tol sebaliknya terdapat cara kreatif yang lain, dan dianggap sebagai sumbangan syarikat konsesi kepada rakyat, terutama yang telah mengaut keuntungan berlipat ganda.PH bakal kalah PRU 15Kerajaan PH menuju malapetaka dan hampir pasti akan dijatuhkan rakyat dalam pilihan raya umum ke 15 (PRU 15) sekiranya menyahkan pasukan Rafizi daripada kabinet Anwar. Dalam kabinet Mahathir, Azmin begitu berjaya memblok pasukan Rafizi. Hasilnya adalah ‘kabinet badut’ yang tidak mengetengahkan idea baharu. Rakyat semakin bosan dengan suasana yang tidak berubah berbanding bulan dan bintang yang dijanjikan dalam manifesto PH lalu.Namun dengan kekalahan pasukan Rafizi dalam pemilihan PKR, maka bolehlah diramal masa depan PH akan gelap walaupun Anwar mengetuai cabaran PRU 15. Dengan kata mudah, ahli PKR adalah kader yang paling bersemangat menjatuhkan BN, kemudian mereka juga ‘bersemangat’ untuk menjatuhkan PH._______________________________________________________________________________Tulisan ini adalah pendapat bebas pengarang dan bukannya pandangan rasmi WRLR

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/10/pemilihan-pkr-rafizi-game-over.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Pkr Rafizi Dakwa Sudah Mendahului Azmin

Pemilihan Pkr Rafizi Dakwa Sudah Mendahului Azmin

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 379 hits
Rafizi Ramli mendakwa sudah berjaya mendahului lawannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam saingan merebut jawatan timbalan presiden PKR selepas menang di Perak Rafizi mendakwa dengan kemenangan di Perak dan perkembangan di Kedah beliau kin...
Satu Undi Rm100 Dalam Pemilihan Pkr Rafizi

Satu Undi Rm100 Dalam Pemilihan Pkr Rafizi

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 339 hits
Tawar RM100 satu undi Rafizi Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa ahli parti itu ditawarkan wang tunai RM100 bagi setiap undi untuk calon tertentu dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata perbua...
Pemilihan Pkr Azmin Ali Jauh Atasi Rafizi Ramli Di Selangor

Pemilihan Pkr Azmin Ali Jauh Atasi Rafizi Ramli Di Selangor

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 371 hits
Foto NSTSHAH ALAM Penangguhan pemilihan PKR di cabang Kuala Selangor ternyata tidak menyekat penguasaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor apabila beliau mendahului pencabar tunggalnya dalam saingan jawatan timbalan presiden Mohd Rafi...
Azmin Kalahkan Rafizi Pemilihan Pkr Kedah Fasa Dua

Azmin Kalahkan Rafizi Pemilihan Pkr Kedah Fasa Dua

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 335 hits
ZAID MOHD NOOR nbsp 27 Oktober 2018 8 40 PM ALOR SETAR nbsp Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali nbsp berjaya memperkukuhkan keduduk
Rafizi Menang Tipis Pemilihan Timbalan Presiden Pkr Di Perlis

Rafizi Menang Tipis Pemilihan Timbalan Presiden Pkr Di Perlis

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 312 hits
ARAU Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli menang tipis dengan majoriti 66 undi terhadap penyandang jawatan itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan parti itu yang merangkumi PKR Cabang Kangar Arau dan Padang Bes...
Pemilihan Pkr Negeri Sembilan Mula 10 Pagi Ini

Pemilihan Pkr Negeri Sembilan Mula 10 Pagi Ini

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 337 hits
Proses pemilihan PKR peringkat Negeri Sembilan yang mempunyai 36 970 orang anggota disahkan layak mengundi berlangsung hari ini di kesemua lapan cabang di negeri ini
Timbalan Presiden Pkr Azmin Dahului Rafizi 777 Undi

Timbalan Presiden Pkr Azmin Dahului Rafizi 777 Undi

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 458 hits
Wartawan Watan Online Kedudukan terkini pemilihan PKR menyaksikan penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabarnya Rafizi Ramli dengan perbezaan sebanyak 777 undi Persaingan kedua dua tokoh pemimpin PKR m...
Jpp Pkr Di Minta Siasat Dakwaan Rafizi Tentang Politik Wang

Jpp Pkr Di Minta Siasat Dakwaan Rafizi Tentang Politik Wang

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR diminta menyiasat dakwaan calon Timbalan Presiden parti itu Rafizi Ramli berhubung politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan Presiden PKR Datuk Seri D...
Jpp Akan Siasat Rafizi Presiden Pkr

Jpp Akan Siasat Rafizi Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR akan menjalankan siasatan terhadap kenyataan calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli berhubung dakwaan pemilihan parti itu diselubungi dengan politik wang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik