Pemikiran Orang Kaya Vs Orang Miskin Pada Hari Gaji


Apa pemikiran orang kaya berbanding pemikiran orang miskin pada hari gaji?
Orang kaya sentiasa berfikir jangka panjang dan fokus untuk tambah simpanan harta (net worth) agar tahap kekayaan semakin kukuh dalam 3 hingga 5 tahun akan datang.
Manakala orang miskin kurang berfikir untuk jangka panjang dan fokus pada apa yang dia nak belanjakan dengan gaji yang dia dapat sekarang.
Langit Tak Selalu Cerah, Sediakan Dana Kecemasan Disebabkan pepatah orang tua-tua inilah orang kaya sentiasa berfikir untuk buat persediaan untuk menghadapi hari-hari mendung yang mungkin datang tanpa diduga!
Pakar kewangan menyarankan agar setiap keluarga adakan tabung dana kecemasan minima tiga bulan gaji dalam bentuk tunai yang mudah untuk dikeluarkan.
Bila hari gaji tiba, orang kaya sentiasa berfikir dan mengutamakan berapa banyak tabungan yang sudah dikumpul untuk dana kecemasan (minima tiga bulan gaji) bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga pada masa-masa memerlukan.
Jikalau kerja makan gaji dengan status kerja hakiki sekalipun kena ada tabung dana kecemasan ini kerana kerja hakiki itu bukan milik hakiki dan bila-bila boleh ditarik balik nikmat itu.
Beringatlah! Tiada seorang manusia pun yang boleh terus hadir bekerja hingga berpuluh-puluh atau beratus tahun. Suatu hari nanti semua yang bekerja makan gaji sama ada akan hilang upaya untuk bekerja atau bersara atau diberhentikan.
Tapi orang miskin hanya ambil kisah jumlah gaji yang dia terima setiap bulan dan bagaimana nak memenuhi gaya hidup yang mampu ikut jumlah gaji yang diterima.
Orang miskin seperti ini fikir, lagi besar gaji yang dia terima, maka dia bertambah kaya. Seterusnya perasaan berasa selesa dengan gaji besar yang dimiliki mendorong untuk dia terus berbelanja tanpa mengira langit tak selalu cerah.
Hakikatnya, makin besar gaji, makin besar perbelanjaan, harta terkumpul tetap kosong!
Penat dia keluar pergi pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang! Hakikatnya orang miskin (walaupun bergaji besar seperti ini) sedang berlari di tempat yang sama!
Betulkan Pemikiran Kepada Pemikiran Orang Kaya Bila kita baca buku-buku pasal kewangan yang ditulis oleh orang kaya, kita akan dapati pemikiran orang kaya ini sebenarnya sangat mudah dan boleh dipraktikkan.
Asasnya hidup di bawah kemampuan dan elakkan buat hutang pinjaman peribadi!
Apabila kita dah tetapkan pemikiran kita untuk hidup di bawah kemampuan, kita sudah pasti akan berasa tenang dan tak akan berasa tertekan bila kawan kita dah beli kereta Tesla!
Biarkanlah apa orang lain nak beli dan pakai sebab itu hak masing-masing. Kalau kita susah bukan kawan kita boleh tolong kita sebab dia pun sesak nak bayar pinjaman kereta Tesla kan?
Jadi letakkan fokus untuk tambah tabungan untuk kembangkan harta, maka kita akan tahu, duit gaji yang kita terima setiap bulan mesti masuk tabung sebahagiannya.
Matlamat Kumpul Harta Bukan Sampai Nak Jadi Qarun! Matlamat kita kumpul sebahagian harta dunia ini hanyalah untuk kita ikuti perintah Allah dan Sunnah Baginda Rasulullah SAW beserta Sahabat Baginda yang dijamin syurga seperti Saiyidina Abu Bakar Assiddiq R.anhu.
Mengikut Sirah, ketika penghijrahan Baginda Nabi SAW bersama Saiyidina Abu Bakar R.anhu ke Madinah, Saiyidina Abu Bakar R.anhu telah membawa seluruh hartanya bersama dan tidak tinggalkan satu dirham pun kepada anak dan keluarganya di Mekah!
Diberitakan dalam hadith Sahih beliau telah membawa harta bernilai sekitar 5 hingga 6 ribu dirham (sekitar RM110 – RM132 ribu nilai semasa 1 dirham sekitar RM22).
Jadi kalau kita sebagai orang Islam yang beriman sepatutnya tak perlu berasa salah untuk mengumpul harta. Apa yang penting niat mengumpul harta itu adalah untuk menuruti perintah Allah Taala dan sunnah Nabi SAW.
Jika niat asal kumpul harta sekadar untuk menunjuk-nunjuk akhirnya akan wujud perasaan megah bahawa disebabkan ilmu kepandaian sendirilah yang jadikan anda kaya serta tak mahu bayar zakat… itulah yang serupa Qarun!
Tip Menabung Ikut Pemikiran Orang Kaya Asas bina kekayaan adalah dengan menabung. Tapi nak mula menabung kena pastikan ada aliran tunai positif. Jika tiada aliran tunai positif kena kurangkan perbelanjaan atau / dan tambah punca pendapatan.
Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain bertambah kaya.
Jadi kalau nak kaya, pastikan setiap bulan kena menabung.
Bagi yang sudah berkeluarga, paksa diri menabung sekurang-kurangnya 10% daripada gaji setiap bulan.
Bagi yang masih bujang, paksa diri menabung sekurang-kurangnya 30% daripada gaji setiap bulan.
Bila dapat gaji, paksa diri menabung dulu. Selebihnya barulah dibelanjakan.
Tapi kalau ada penyakit boros atau penyakit suka korek tabung… solusinya ialah menabung dalam bentuk emas pelaburan. Bukan menabung dalam bentuk duit.
Boleh dapatkan info kelebihan menabung emas pelaburan di sini.
Masih tak faham bagaimana menabung dalam bentuk emas boleh menyelamatkan daripada sikap boros atau duit tabungan mudah bocor?
Sila download ebook asas tabungan emas.
Tipsnya, saya ikut pesanan guru dan pakar kewangan.
Pakar kewangan sarankan tukar minima 10% gaji kepada bentuk emas.
Paling penting, simpan dulu pada hari sama dapat gaji sebelum berbelanja.
RULES 50/30/20
50% (keperluan)
30% (kehendak)
20% (simpanan/pelaburan)
Contoh gaji RM3,000 asingkan kepada:
50% (RM1500) untuk keperluan
30% (RM900) untuk kehendak
20% (RM600) untuk tabungan atau pelaburan
Cubalah hari ini! Anda akan nampak hasilnya satu tahun akan datang. In sha Allah!
Percayalah..
Dah ready nak mulakan tabungan emas? Klik di sini.
Semoga bermanfaat!
The post Pemikiran Orang Kaya VS Orang Miskin Pada Hari Gaji first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pelaburanemas.org/pemikiran-orang-kaya-vs-orang-miskin-pada-hari-gaji/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum wbt Okey masih ada yang suka baca sejarah lama Jom shikinrazalidotcom Malaysianblogger bloggerTerengganu bloggerSepang mypersonaljournal
Percutian Akhir Tahun 2023 Healing 4 Hari Di Kedah Perlis Yang Tenang Dan Damai

Percutian Akhir Tahun 2023 Healing 4 Hari Di Kedah Perlis Yang Tenang Dan Damai

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 331 hits
Dah 3 4 bulan hari asyik cakap yang dia rindu nak balik kampung dan terakhir kami balik kampung pun pada petang hari raya yang lepas dan bulan Jun pun kami ke Penang tanpa singgah ke Kedah Umi bukan apa susah nak cari siapa yang akan ganti ...
Anjing K9 Leo Menyambut Hari Lahir Yang Ke 6 Tahun

Anjing K9 Leo Menyambut Hari Lahir Yang Ke 6 Tahun

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 296 hits
Anjing K9 Leo Menyambut Hari Lahir Yang Ke 6 Tahun Assalamualaikum Hari ini nak kongsi kisah anjing K9 PDRM Buat kali pertama dalam sejarah hari ini seekor anjing K9 PDRM iaitu Leo dari IPK Kuching menyambut hari lahir nya yang ke 6 tahun p...
Langsung Pm Anwar Makan Tengah Hari Di Bandar Baru Selayang 5 Jan 2024

Langsung Pm Anwar Makan Tengah Hari Di Bandar Baru Selayang 5 Jan 2024

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 197 hits
Ikuti langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di Gerai Sri Dahlia Food Court dekat Bandar Baru Selayang AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di h...
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024

Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 299 hits
Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2024 5 Hari raya aidilfitri 2024 adalah hari yang ditunggu tunggu oleh semua umat islam pada tahun ini Hari raya puasa aidilfitri juga adalah hari kemenangan bagi umat islam kerana telah berpuasa selama seb...
Babak Akhir Sidang Rafael Alun Hakim Bacakan Vonis Hari Ini

Babak Akhir Sidang Rafael Alun Hakim Bacakan Vonis Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 199 hits
Hasil gratifikasi tersebut merupakan akal akalan Rafael dengan mendirikan sejumlah perusahaan dan mencatutkan nama istrinya pada perusahaan tersebut
Hampir Setengah Juta Rakyat Telah Mendaftar Sistem Padu Ini Masalah Yang Anda Kena Tahu Dalam Tempoh 3 Hari

Hampir Setengah Juta Rakyat Telah Mendaftar Sistem Padu Ini Masalah Yang Anda Kena Tahu Dalam Tempoh 3 Hari

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 245 hits
KEMASKINI FAQ PADU Data setakat jam 9 pagi 4 Jan 2024 STATUS PENDAFTARAN BERJAYA Bilangan pengguna berdaftar 456 136 Bilangan pengguna yang telah buat e KYC 230 443 61 selesai dengan pengesahan eKYC 1 KEGAGALAN e KYC Proses e KYC boleh dila...
Hari Ini Anies Kampanye Pilpres 2024 Di Sumbar Dan Cak Imin Ke Jawa Barat

Hari Ini Anies Kampanye Pilpres 2024 Di Sumbar Dan Cak Imin Ke Jawa Barat

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 188 hits
Anies dijadwalkan tiba di Bandara Internasional Minangkabau pada Rabu pagi pukul 08 25 WIB
Bawaslu Jakpus Panggil Gibran Hari Ini Terkait Bagi Bagi Susu Di Cfd Tkn Bakal Laporkan Ke Dkpp

Bawaslu Jakpus Panggil Gibran Hari Ini Terkait Bagi Bagi Susu Di Cfd Tkn Bakal Laporkan Ke Dkpp

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 172 hits
Fritz membeberkan bukti Bawaslu tidak profesional Pertama Bawaslu Jakarta Pusat mengirimkan surat pemanggilan yang tertulis tanggal 2 Januari 2023
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan