Pemikiran Kusut
lately macam banyak sangat membaca tentang kematian. paling dekat dan selalu berlegar di ruangan feed ialah tentang seorang adik memohon doa dari orang ramai kepada kakaknya. seorang pensyarah di uitm segamat.
berdasarkan apa yang aku faham, namanya rusnani. meninggal selepas bersalin. puncanya tak pasti. tapi adalah post yang di repost oleh adik beradik, memerlukan beberapa beg darah. untuk cerita penuh aku tak pasti. hanya beberapa hari sahaja tentang doa itu berlegar
kemudian
kakak rusnani atau lebih dikenali sebagai mami rose meninggalkan dunia. waktu itu, pemikiran aku mula 'terhuyung hayang'. feed sibuk dengan kematian kakak rusnani yang tak pernah aku kenali. jika tiada, aku akan cari untuk baca berita terkini.
lalu ia mengganggu hidup aku. kadang kala ketika aku sedang membawa kereta, atau mengelamun. kisah kakak rusnani melintas di fikiran aku dan kacau bilau kan keadaan. entah kenapa, tiba - tiba aku akan merasa takut -- kehilangan yang entah apa -- takut mati -- takut semua. jantung aku yang tiba - tiba berdetak normal akan laju dan pemikiran aku bertubi - tubi menyebut tentang mati.
membayangi aku sedang dalam persalinan kain kafan. dan itu aku --
aku menjadi takut. tangan sejuk. entahlah. ada masa aku mampu tenang dan bertenang. ada masa, duduk pun tak keruan. aku cuba. rupanya ketakukan masih ada.
kata zaitun menyentuh hati namun menjadikan aku tak keruan.
View this post on Instagram A post shared by zK (@zaitonkhalid)
Alfatihah buat bidadari syurga, Rusnani Mohamad Khalid. Kematian yang dicemburui.
Bersalin di dunia. Berpantang di negeri abadi. Achik pergi saat melahirkan seorang puteri, bertarung nyawa, Achik adalah insan yang Allah pilih untuk merasai kematian yang dicemburui. Terlalu ramai orang datang ziarah tanpa henti. Menceritakan kebaikan Achik yang tak pernah berkira soal kongsi rezeki.
Allah ambil Achik pada hari Saiyyidul ayyam, usai solat Jumaat. Allahu. Moga Allah Taala kurniakan pahala mati syahid buat Achik, disayangi Allah dan dalam jagaan Allah sebaik-baiknya, pulang dalam keadaan suci bersih seperti bayi dan masuk syurga tanpa hisab. Kakak yang sangat pemurah dan baik. Selalu menggembirakan anak yatim, menyantuni ibu tunggal, memuliakan adik beradik. Dia insan yang terpilih. Ramai yang sayang. Berehat lah achik di syurga.
Terima kasih kepada semua sahabat sahabat dan keluarga yang datang berziarah. Semoga Allah balas jasa baik kalian. Terima kasih atas doa dan sokongan.
semoga semua yang membaca disini dapat mendoakan kakak rusnani. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. semoga mudah urusannya disana. dengan segala kebaikan yang ada, semoga dilapangkan kuburnya. semoga arwah tenang setenangnya. semoga anak - anak arwah dipelihara baik oleh makcik pakcik terdekat. semoga tak pernah rasa kehilangan apa - apa. semoga adik beradik kakak rusnani juga saling menjaga dan berganding bahu. semoga mereka dikurniakan pahala kerana ambil alih 'kerusi' kakak rusnani. amin ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2025/07/pemikiran-kusut.html