Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan


Konvokesyen Perdana IPMA | Bila Allah Mendengar Rintihan |  Menjaga dan mendidik anak bukan mudah kerana setiap anak berbeza karektor. Walau lahir dari rahim yang sama ada anak pendiam, ada yang terlebih aktif, ada yang putus urat senyum 😏
Curhat

Aku agak emosional di hari konvokesyen anak bertuah yang seorang ini. Ingat lagi masa aku hantar dia masuk darjah satu di SRIAS, entah kenapa terasa sebak padahal dia nombor tiga. Apaknya kata, eleh… itu pun nak nangis. 
Dia ni anak yang bijak, aktif ko-ku juga. Masa sekolah rendah aku pernah marah dia sebab homework tak siap. Aku suruh dia buat masa cikgu tak masuk ke kelas atau waktu senggang sebelum kelas KAFA. Dia ikut sebab petang nanti dia nak main di padang selepas mengaji. Mengaji pun paling pantas, mula dengan Iqra' masa darjah satu darjah tiga dah khatam. Bertambah banyak masa bermain. Bab siapkan homework di waktu senggang ni aku selalu jadikan dia contoh kepada adik-adik. Bila kita bercakap nampak macam buat tak tahu tapi dia mendengar

Jadual anak-anak kami memang padat. Bersekolah di SRI dari 7.30 pagi hingga habis KAFA jam 5 petang dah siap solat Asar. Lepas tu bermain, malam mengaji. Rasanya darjah tiga hantar belajar berenang dan bila ada tournament kena buat latihan intensif setiap hari 5-7 petang. Masa ni mak masih muda dan cenge... mereka bertiga tak terjun dari platform lima meter aku pergi tepi kolam sambil cekak pinggang (muka ada subtitle: ko jaga balik kang!) 😄😄. Kemain lagi kan... padahal masa guide suruh terjun satu meter ke Sungai Sedim aku takut hahahah..

Pernah dapat tempat ketiga dalam acara free style renang di MSSMNS. Waktu kanak-kanak dan remajanya dihabiskan dengan main bola. Minat sangat main bola sampai dapat temuduga masuk Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari masa umur 12 tahun. Kekecewaan dia tak terpilih tu jelas terpancar di muka bila kawan seangkatan masuk berita TV3 dapat ke Barcelona, Spain. Aku ingat lagi aku dan apaknya jemput dia di Gambang masa dia masih dalam proses temuduga pemilihan ke ABNMD untuk hadiri temuduga sekolah agama. Dia dapat jawab semua soalan dalam masa 15 minit je, terkejut aku hahahah sebab aku baru je sampai rumah. Lepas tu aku terus hantar dia balik Gambang. Rehat setengah jam lepas tu aku balik semula ke Seremban. Seorang, naik kereta kebal tu

Tak dan masuk tingkatan dua di Sekolah Agama X dia nak pindah juga ke sekolah sukan. Keras kepala. Lepas tu dia terus hanyut dengan bola, pergi sekolah sebab nak main bola je. Cikgu kelas dan cikgu bola dia tahu sangat hal ni. Pada tahun akhir, apa yang cikgu kelas dia cakap kat aku, akak doakanlah. Habis ikhtiar. 
Hati aku gundah tak tergambarkan bila anak paling bijak tapi hanyut.  Aku terbayangkan masa depan yang gelap tanpa pelajaran. Bukan tak percaya dengan rezeki Allah tapi Allah suruh kita berusaha sehabis baik. Ilmu boleh mengubah jalan hidup kita menjadi lebih baik. Setiap hari selepas solat Dhuha aku menangis mengadu nasib pada Allah sehinggalah satu hari tu aku migrain. Esok dan lusa migrain lagi selepas menangis. Sejak tu aku tak menangis dah

Dia mula tersedar nasib diri bila ambil keputusan SPM. Dengan rekod tak hadir ke sekolah tu dia masih dapat keputusan yang lebih baik daripada sebahagian rakan sekelas yang datang ke sekolah setiap hari. Cikgu dia pun tak sangka. Aku ulang kat dia, "kan mama dah kata ko tu pandai tapi tak dengar cakap!" (typical Asian mum 😂). Aku belanja dia makan di Pizza Hut pada hari tersebut. Kami berdua sahaja


YBhg Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Majlis Amanah Rakyat). Pesan beliau, "graduan jangan takut bermimpi besar".

Aku mohonkan ke kolej TVET. Selepas tamat pensijilan di IKM Jasin dia sambung diploma pula. Konvo IKM Jasin dia tak pergi, dia kata pergi masa diploma nantilah. Kami ikutkan sajalah dah tuan badan tak nak pergi tapi aku rasa terkilan juga namun aku ambil sikap berdiam untuk menjaga hati dan mental sendiri. 
Sebelum sambung diploma tu dia dah cakap, "kita tak nak belajar jauh jauh". Hmm… dapat lagi jauh ke selatan tapi disebabkan kawan baik dan beberapa orang lagi pun dapat belajar di sana dia ikutlah. Dia ingat mak ayah dia berduit sangat nak pilih memana kolej? Mak pun tak keje masa tu

Selepas tamat di IKM Jasin kami tak perlu nasihat suruh belajar dah, dia tahu sendiri sebab kengkawan dia semua cemerlang. Yang lemah akademik di sekolah masa sijil dan diploma boleh dapat cgpa >3.5 secara konsisten dan ada yang masuk pertandingan Worldskills. Dia sendiri dapat 3.74, 3.76, 3.78 dan tertulis di transkrip "This student has been awarded the platinum award". Alhamdulillah. kami mak ayahnya gembira, terlepas satu beban yang menghempap kepala

Pernah aku sesaja google nama dia kemudian muncul nama dalam Anugerah Dekan sesi Jan-Jun 2023. Aku tahu result dia tapi dia dia tak bagitau pun dapat Anugerah Dekan dalam Majlis Anugerah dan Appresiasi Kecemerlangan Pelajar AKCEP JD2023


Dalam Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2025 dia naik pentas. Aku gembira dan sebak. Aku nampak apaknya menyeka air mata. Sehingga hari ini aku masih terasa sebak. What a miracle masyaAllah. Alhamdulillah ya Allah. Sekarang dia sambung ijazah di universiti

Aku masih berusaha dan berdoa, selebihnya atas ihsan dan rahmat Allah. Semoga Allah menyayangi dan mengasihani kami hingga ke akhir hayat

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِMaka nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan?- Surah Ar Rahman Ayat 13

Tamat majlis, aku mesej bekas cikgu bola yang dia hormat tu

"Cikgu, anak saya dah jadi orang. Terima kasih atas doa semua cikgu yang terlibat. Cikgu jangan panggil dia bagi talk pula nanti semua budak ponteng"
Cikgu: 😂😂😂

DOA AKU
Doa aku untuk anak-anak, semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan meredhai mereka sebagaimana redhaku. Dijadikan mereka anak-anak yang taat perintah Allah dan Rasul-Nya. Diberi kesihatan dan keselamatan, dipelihara zuriat keturunanku daripada maksiat dan dosa, dijadikan manusia yang tinggi budi pekerti, pemurah, menyayangi dan mengasihani kami hingga ke akhir hayat dan semoga diberikan rezeki yang luar biasa agar mereka dapat menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain. Semoga mereka dapat berbakti dengan ikhlas kepada agama, bangsa dan negara


Kepada ibu bapa yang menerima ujian sama, jangan berputus asa. Teringat pesan seorang ustazah, kita tak boleh berputus asa dengan anak-anak kita sendiri. Terus kuatkan hati



*

*

*

Aku percaya kebanyakan ibu bapa sentiasa berusaha dan berdoa yang baik untuk anak-anaknya. Lantaran itu jika ada isu panas mengenai perangai teruk kanak-kanak dan remaja di luar sana dan ibu bapa mereka terus dikecam sebagai tidak tahu menjaga anak, aku doakan mereka yang bercakap tak pakai otak ni diberi ujian sama.
Rasakan sendiri mampu ke tidak menanggung ujian tu. Selagi diri sendiri tak diuji memang sedap mengata orang. Kadangkala bila kita baca kronologi kes atau cuba mencantum berita dari pelbagai sumber, jelas bukan 100% salah ibu bapa pun.








© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/07/konvokesyen-perdana-ipma-bila-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilafairy Terdetik Nak Free Hair Shera Aiyob Titip Nasihat Sebelum Nak Buat Sesuatu Fikir Allah Suka Ke Tak

Kilafairy Terdetik Nak Free Hair Shera Aiyob Titip Nasihat Sebelum Nak Buat Sesuatu Fikir Allah Suka Ke Tak

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 118 hits
Pelakon dan pengacara Shera Aiyob memberikan semangat kepada rakan artis Kilafairy yang akui terdetik mahu membuka tudung kerana sukar untuk istiqomah Menerusi Threads isteri kepada aktor Zahiril Adzim berkata dia sangat memahami perasaan y...
10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 170 hits
APABILA seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul Pelbagai perasaan menakhluki hati sebelum membina masjid Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan ke...
Biar Sederhana Asalkan Anak Hidup Dalam Kalam Allah 13 Anak Hafaz Al Quran Suami Isteri Luar Biasa

Biar Sederhana Asalkan Anak Hidup Dalam Kalam Allah 13 Anak Hafaz Al Quran Suami Isteri Luar Biasa

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 165 hits
Pasangan yang cukup luar biasa Pasangan suami isteri Mohd Rizuhan Jaafar dan Hasnah Salleh yang dikurniakan 13 cahaya mata memberi inspirasi kepada ramai bila mana lapan daripada anaknya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al Quran Manakala...
Wanita Yang Menjaga Diri Allah Akan Peliharanya Dengan Cara Yang Paling Indah

Wanita Yang Menjaga Diri Allah Akan Peliharanya Dengan Cara Yang Paling Indah

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 138 hits
Wanita yang Menjaga Diri Allah Akan Peliharanya dengan Cara yang Paling Indah Dalam dunia hari ini yang semakin mencabar menjaga maruah dan nilai diri bukanlah sesuatu yang mudah Namun ada segolongan wanita yang memilih jalan berbeza Mereka...
Tazkirah Subuh Hadis Nabawi Allah Sentiasa Mengawasi

Tazkirah Subuh Hadis Nabawi Allah Sentiasa Mengawasi

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 133 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraAl Quran itu kalam Allah datangilah Al Quran baca baca dan hayati maksud tafziranDaripada Abu Hurairah r a dia berkata Pada suatu hari Nabi SAW muncul di hadapan parasahabat lalu datanglah Jibril a s yang kemu...
Adanan Manderea Perdana Menteri Yang Syahid

Adanan Manderea Perdana Menteri Yang Syahid

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 85 hits
Adnan Menderes Perdana Menteri Turki yang syahid ditali gantung kerana mengembalikan azan dari bahasa Turki kepada Bahasa Arab Yang ketika Ribuan masjid dan sekolah agama dibuka kembali selepas ditutup oleh Mustafa Kamal Harga nyawa dibayar...
Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Speed Read The Luxe Brough Superior X Richard Mille Rmb01 And More

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

Elected Decay

Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Penyokong Najib Tidak Perlu Terpengaruh Dengan Kenyataan Rafizi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Skandal Kehakiman Cemar Imej Anwar

Juliana Marins Dan Gunung Rinjani Sebuah Tragedi Yang Menyentuh Dunia

Disahkan Mengidapi Hipertiroid

Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

Stay Tuned Anwar Teases On Major Announcement

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident