Pemerintahan Israel Bertukar Tangan Apa Nasib Palestin


 Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Kerapuhan gabungan baharu lapan parti Israel mungkin beri manfaat pada pejuang Palestin
BANGI – Pertukaran pucuk pimpinan Israel tidak akan mengubah sebarang strategi ketenteraan mahupun strategi besar rejim pengganas itu di Timur Tengah.
Penganalisis Interdisciplinary Research and International Strategy Institute (IRIS Institute), Asyraf Farique menegaskan, objektif rejim Zionis masih lagi sama iaitu untuk menguasai Baitulmaqdis dan mengukuhkan cengkaman hegemoni mereka di Timur Tengah.  
“Israel dijangka akan mengukuhkan lagi proses normalisasi di kalangan negara Islam untuk menjamin hegemoni mereka terus terpelihara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Namun, beliau berkata, berkemungkinan koalisi politik yang baharu dibentuk di antara lapan parti di negara haram itu sebenarnya rapuh.
Ini kerana, jumlah sokongan terhadap koalisi ini tidak jauh berbeza dengan koalisi Benjamin Netanyahu. 
Gabungan baharu itu mendapat undi percaya yang tipis di Knesset (Parlimen), semalam dengan undian sebanyak 60-59.
Di bawah perjanjian gabungan baharu itu, Naftali Bennett, 49 – seorang anti-Palestin – akan menerajui pentadbiran Israel selama dua tahun diikuti pemimpin pusat parti Yesh Atid, Yair Lapid untuk tempoh dua tahun berikutnya.
“Kemenangan tipis ini memberikan indikator terhadap masalah politik dalaman Israel. 
“Hal ini, adalah suatu peluang kepada pasukan pembebasan Palestin untuk menghadapi senario ini.
“Kerapuhan ini mungkin dapat memberi manfaat kepada Palestin daripada sudut peningkatan tekanan politik kepada rejim Israel, untuk melonggarkan beberapa sekatan pentadbiran yang diberikan,” katanya.
Kerajaan baharu negara haram Israel itu bakal menghadapi beberapa cabaran segera.  
Ia berada di bawah tekanan untuk meningkatkan ekonomi setelah beberapa sekatan untuk membendung penyebaran COVID-19, sementara itu, ia juga merundingkan gencatan senjata jangka panjang dengan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) setelah Palestin menghadapi serangan 11 hari pada bulan Mei.
Israel juga akan melalui tempoh yang tidak stabil dan mudah ‘terbakar’ dalam tekanan politik daripada Palestin.  
Bennett mengatakan kerajaannya akan berusaha untuk ‘mengecilkan’ konfliknya dengan rakyat Palestin, dan bukannya mencari penyelesaian akhir.
Untuk rekod, Bennett dalam satu temu ramah pada 2013 pernah menyatakan bahawa beliau menolak penubuhan negara Palestin dan menyokong peluasan penempatan haram Yahudi di wilayah yang diduduki terutamanya di bahagian Tebing Barat.
Pemimpin parti Yamina itu turut mengeluarkan kenyataan biadab apabila menyatakan setiap pejuang Palestin tidak sepatutnya dibebaskan tetapi dibunuh.
“Saya telah membunuh banyak orang Arab dalam hidup saya – dan itu bukan satu masalah,” kata Bennett, bekas komando Israel.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/pemerintahan-israel-bertukar-tangan-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Serang Wilayah Palestin

Israel Serang Wilayah Palestin

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 206 hits
Malaysiakini Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza pada Rabu dengan mendakwa ia sebagai tindak balas ke atas pelepasan bom menggunakan belon daripada wilayah Palestin Serangan itu merupakan yang pertama sejak berakhirnya serangan r...
Israel Bertukar Kerajaan Yang Baharu

Israel Bertukar Kerajaan Yang Baharu

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 532 hits
Pemimpin pembangkang Israel Yair Lapid pada Rabu berkata beliau berjaya membentuk sebuah kerajaan campuran bagi menamatkan pemerintahan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum tamatnya tempoh yang diber...
Tular Video Frontliner Palestin Dr Mai Afana Didakwa Terbunuh Dalam Serangan Semasa Melalui Checkpoint Tentera Israel

Tular Video Frontliner Palestin Dr Mai Afana Didakwa Terbunuh Dalam Serangan Semasa Melalui Checkpoint Tentera Israel

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 301 hits
Seorang petugas barisan hadapan Palestin iaitu Dr Mai Afana dilaporkan terbunuh dalam satu serangan oleh tentera Israel dalam satu kejadian semalam Doktor muda berusia 29 tahun itu didakwa diserang tentera berkenaan ketika sedang melalui se...
Dr Mansour Abbas Pemimpin Arab Palestin Jadi Timbalan Perdana Menteri Israel Mengancam Kedudukan Hamas Dan Fatah

Dr Mansour Abbas Pemimpin Arab Palestin Jadi Timbalan Perdana Menteri Israel Mengancam Kedudukan Hamas Dan Fatah

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 371 hits
Israel mempunyai bilangan penduduk hampir sembilan juta orang Daripada jumlah ini hampir dua juta penduduk atau 22 adalah orang Arab Palestin Ramai orang tidak tahu bahawa walaupun peratusan Arab Palestin di Israel hanya 22 tetapi 35 daripa...
337 Jenayah Israel Ke Atas Wartawan Palestin Didokumentasi

337 Jenayah Israel Ke Atas Wartawan Palestin Didokumentasi

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 265 hits
GAZA 28 Syawal 1442H Rabu Kumpulan Wartawan Palestin mendokumentasikan 337 jenayah dilakukan oleh negara haram Israel ke atas pengamal media di wilayah yang dijajah pada bulan lalu Jenayah itu termasuk serangan 11 hari yang dilakukan rejim ...
Buasir Otak Tv Asal Usul Palestin Vs Israel

Buasir Otak Tv Asal Usul Palestin Vs Israel

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 378 hits
Bagaimana sebenarnya asal usul sejarah Palestin VS Israel ini Dahulunya Palestina merupakan negara yang aman damai Kemudian datanglah kaum Yahudi merayu dan meminta pertolongan untuk tinggal di Palestin Lalu mereka menubuhkan negara haram I...
Pengalaman Bersalin Di Hospital Putrajaya Ketika Pandemik Lebih 24 Jam Kena Melayan Contraction Nasib Nurse Baik Baik

Pengalaman Bersalin Di Hospital Putrajaya Ketika Pandemik Lebih 24 Jam Kena Melayan Contraction Nasib Nurse Baik Baik

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 392 hits
Ketika pandemik ini tentu ramai ibu ibu yang sedang hamil membuat percaturan hospital mana nak bersalin nanti kalau hospital putrajaya apa prosedurnya kena buat ujian swab dulu ke suami boleh teman ke Banyak persoalan bermain di fikiran Rel...
Prosiding Komital Nasib Lokman Adam Diketahui 15 Julai

Prosiding Komital Nasib Lokman Adam Diketahui 15 Julai

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 211 hits
Prosiding komital Nasib Lokman Adam diketahui 15 Julai nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Jun 2021 6 28P
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah