Pemergian Ayah Abam Kie Ke Rahmatullah


 


"Assalamualaikum semua....

Dijemput semua anok cucu n menantu Tok Pok Din ke majlis Aqiqah + Kenduri Arwah + Doa Selamat + Maulidur Rasul
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Tarikh 🗓️: 5/10/2021 (Jumaat)
Jamuan bermula 🍽️ : Lepas Solat Jumaat
Tempat 🏠: Kediaman Cikgu Normadiah

🌻MENU 🌻
~~~~~~~~~~~
1) Nasi Putih 🍚
2) Gulai Kambing 🐐
3) Ayam Goreng 🐥
4) Ike kering 🦈
5) Ulam-ulaman 🥒
6) Siro Labu
7) Sambal belace
8) Buah2an 🍉
9) Kuih-muih 🥯🧀

✳️ Dijemput anok-menantu yg berkelapange mari gotong-royong masak sama2 pd pagi jumaat tu.. ble2 kito mengeratkan silaturahim adik-beradik 🥰

✳️Sesiapa yg nak sponsor kuih-muih n buah-buahan amat dialu-alukan..😃"
************************************************************************

Begitulah notis yang Kak Yah iaitu kakak kedua Abam Kie hantar di dalam group Whatsapp adik-beradik sekitar dua minggu sebelum tarikh cadangan kenduri aqiqah cucunya Nik Maryam. Kebetulan sudah boleh rentas negeri pada waktu tersebut jadi Kak Zun (kakak sulung) yang tinggal di Dungun dan Kak Nah (kakak ketiga) yang menetap di Bangi pun memang akan balik kampung di Machang untuk bertemu ayah tercinta. Berjumpa dengan adik-beradik dan saudara-mara yang lain yang tinggal di kampung sama atau berhampiran. Abang dan adik lelaki Abam Kie memang tinggal di kampung. Cuma abam kie je yang tinggal di daerah sebelah iaitu Tanah Merah. Jarak rumah abam kie ke rumah ayah cuma 14 km sahaja.

Cuma pada pagi Khamis 4 Nov itu tetiba abang menelefon abam kie memaklumkan bahawa ayah sudah koma dan dia sedang membawa ayah ke Hospital Machang. Kak Yah, Kak Nah dan adik turut berada di dalam kereta mengiringi ayah ke hospital. Namun Kak Yah yang meriba ayah dapat merasakan bahawa ayah menghembuskan nafas yang terakhir tak sampai 1 km sebaik sahaja dimasukkan ke dalam kereta. Begitu cepat ayah pergi sehinggakan abam kie tak sempat bertemunya buat kali terakhir. 
Abam Kie tiba di Hospital Machang pada jam 12 tengahari untuk menuntut jenazah ayah. Hati terasa pilu namun air mata belum gugur lagi. Sehinggalah jenazah dibawa ke rumah Kak Zun di kampung, bila mayat ayah diletakkan di ruang tamu, air mata ini gugur jua. Surah Yasin yang dibaca tak mampu dihabiskan kerana sebak di dada menahan kesedihan. Lagipun mayat harus dimandikan segera jadi abam kie terpaksa memberhentikan bacaan tersebut.



Sesudah dimandikan dan dikafankan, jenazah ayah disolatkan di Masjid Mukim Pangkal Meleret, Machang selepas solat Asar. Bacaan talkin dan doa mengiringi persemadian ayah di alam barzah pada usianya 80 tahun. Abam Kie kehilangan ibu (ma) pada awal 2002. Mujurlah abam kie berada di sisinya semasa dia menghembuskan nafas yang terakhir pada hari raya ketiga Aidil Adha tahun berkenaan.

Pada hari kematian ayah itu perasaan sayu dan pilu tidak sangat terasa. Namun beberapa hari kemudian rasa sedih itu sering datang ke dalam minda abam kie. Terkadang terasa abam kie jarang menghabiskan masa bersama ayah sejak PKP bermula. Padahal kampung tu cuma 15 minit perjalanan je. 
Ayah sangat menyayangi anak2 dan cucu2nya cuma dia tidak menzahirkan kasih sayangnya itu. Jasa ayah mendidik kami adik beradik sehingga menjadi insan berpelajaran tidak mampu dibalas. Cuma doa yang mampu kami titipkan kepada ayah. Selain itu kami akan menunaikan wakaf bagi pihak ayah. In Shaa Allah. 


Pada hari Jumaat 5 Nov 2021 majlis aqiqah dan tahlil tetap diadakan. Kebetulan adik abam kie nak naik rumah baharu. Jadi kami buat solat hajat juga. Kelihatan dalam gambar kawan2 satu sekolah di SM Sains Machang datang menziarahi abam kie dan keluarga. Sudah 31 tahun kami meninggalkan bangku sekolah namun SMACHIANS Class of 90 tetap meneruskan tali silaturrahim sehingga berakhirnya nafas ini. Sumbangan khairat kematian pun turut disumbangkan oleh rakan2 satu batch. Terima kasih semua. 
Kisah abam kie dan ayah boleh dibaca di satu entri terdahulu di SINI. Innalillahiwainnailahirajiuun. May Allah put my father's soul among the righteous. Aamiin.



www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2021/11/pemergian-ayah-abam-kie-ke-rahmatullah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Yang Hebat Akan Jadikan Anak Lelaki Mereka Hebat Anak Suka Contohi Ayahnya

Ayah Yang Hebat Akan Jadikan Anak Lelaki Mereka Hebat Anak Suka Contohi Ayahnya

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 449 hits
Selama ini kita mungkin menganggap ibulah yang lebih penting dalam sebuah rumah tangga kerana ibu banyak meluangkan masa dengan anak berbanding ayah Dalam sebuah kajian oleh Father Involvement Research Alliance telah menunjukkan bahawa bayi...
Kepada Pengundi Melaka Jangan Lupa Pecahkan Undi Anda Dan Sila Dengar Mesej Rani Kulup Aka Ayah

Kepada Pengundi Melaka Jangan Lupa Pecahkan Undi Anda Dan Sila Dengar Mesej Rani Kulup Aka Ayah

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 321 hits
Sila lihat Sdra Rani Kulup aka Ayah memberi nasihat dan sepatah dua kata untuk makluman para Wakil Rakyat Jelaslah bahawa jawatan Wakil Rakyat sekarang makin menjadi jawatan yang paling pari h dalam negara kita Persepsi umum terhadap Wakil ...
20 Tahun Jadi Puteri Tertukar Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada Ic

20 Tahun Jadi Puteri Tertukar Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada Ic

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 506 hits
Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepada pasangan yang bergelar suami isteri Sudah menjadi kelaziman iaitu apabila pasangan yang sudah berkahwin akan menginginkan cahaya mata untuk menjadi penyeri kehidupan mereka T...
Bedtime Story Dengan Ayah Lagi Hebat Kesannya Pada Anak Ruginya Tak Buat

Bedtime Story Dengan Ayah Lagi Hebat Kesannya Pada Anak Ruginya Tak Buat

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 290 hits
Patutlah anak selalu sangat nak luangkan masa bersama ayah Semuanya kerana ayah lebih cool malah lebih kreatif bercerita berbanding ibu yang lebih banyak emosi Salah satu perkara wajib yang ayah boleh lakukan pada anak adalah bacakan bedtim...
Walaupun Dah Ada 3 Anak Ayah Tak Jemu Tunggu Luar Office Lunch Date Sekali

Walaupun Dah Ada 3 Anak Ayah Tak Jemu Tunggu Luar Office Lunch Date Sekali

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 297 hits
Seperti yang kita selalu dengar iaitu pepatah melayu yang mengatakan bahawa kasih ibu membawa ke syurga tetapi kasih ayah buat selamanya Kasih seorang ayah ini kadang kala kita tidak tahu kerana kadang2 seorang ayah tidak pernah menunjukkan...
Ria Ricis Sah Dipersunting Teuku Ryan Postingan Sang Kakak Untuk Mendiang Ayah Bikin Haru

Ria Ricis Sah Dipersunting Teuku Ryan Postingan Sang Kakak Untuk Mendiang Ayah Bikin Haru

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 309 hits
Semua yang ada pada dirinya insyaAllah sesuai dengan apa yang Papa inginkan Alhamdulillah selesai tugas pencarian kami Pa tulis Oki Setiana Dewi
Terharu Dapat Ucapan Ultah Dan Hari Ayah Dari Putri Pertama Andika Mahesa Belasan Tahun Aku Tunggu

Terharu Dapat Ucapan Ultah Dan Hari Ayah Dari Putri Pertama Andika Mahesa Belasan Tahun Aku Tunggu

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 323 hits
Juga bertepatan dengan Hari Ayah Andika tak bisa sembunyikan rasa bahagianya bertemu dengan sang anak yang kini telah beranjak remaja
Abam Junior Makin Besar Hamzah Iras Arwah Comel Je Lari Pakai Kasut Pink

Abam Junior Makin Besar Hamzah Iras Arwah Comel Je Lari Pakai Kasut Pink

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 261 hits
Lama tak dengar cerita anak arwah Abam Bocey Pejam celik pejam celik Syed Uthman Hamzah Al Juffrey dah pun berusia 2 tahun lebih Kejap je dah besar Menerusi perkongsian video terbaru di Instagram Hidayah dia telah berkongsi aksi Hamzah yang...
Pelakon Dan Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelakon Dan Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 257 hits
PELAKON DAN PELAWAK ABAM BOCEY MENINGGAL DUNIAPada hari ini arena seni tanah air telah dikejutkan dengan berita kepergian seorang pelakon dan pelawak yang terkenal Syed Umar Mohktar Bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Boc...
This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Asam Pedas Ikan Merah

Hanya Gambar Berbicara

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysian Travellers In 2025 Smart Digital Intentional

Ringgit Rises As Traders Turn Cautious Ahead Of Us Tariff Move

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery

No More Free Rides Experts Demand Corporate Liability For Deadly Negligence

Ke Genting Bersama Geng Zumba

Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki