Pembunuhan Pelajar Tahfiz Akan Dibela








 Saya akan perjuangkan pembelaan kepada pelajar tahfiz yang dibunuh di Kelantan




HarapandailyFebruary 15, 2025OLEH LIYANA MARZUKI




Dua hari ini saya habiskan masa mendalami dan menelaah, satu kes jauh di Pasir Mas, Kelantan.
Berkesempatan pada hari Khamis lalu, berjumpa seorang ibu yang tidak pernah putus ada. 12 tahun tanpa henti menuntut keadilannya untuk anaknya.


Tahun 2013 dia didatangi berita anaknya yang di tingkatan 4 di sebuah sekolah Tahfiz terkenal di Kelantan dikhabarkan meninggal.
Bergegas dia ke hospital. Memandang anak lelaki sulungnya yang terbujur kaku. Jasadnya sudah membusuk.
Hati ibu ini luluh. Empat hari arwah meninggal dunia, dijumpai di tandas sekolah tergantung tidak bernyawa.


Dia kenal anaknya. Anak soleh yang bercita-cira menjadi doktor. Taat ibu bapa dan baik hati sesama rakan dan saudara. Sampai hati mereka bunuh dia?
Polis dan sekolah secara terburu-buru katakan anaknya bunuh diri. Sang ibu tak percaya sama sekali. Mayat arwah dijumpai tidak bercelana, takkan beliau hendak pergi sebegitu.
Ibu merayu kepada sekolah dan polis siasatlah betul-betul. Mereka tak hiraukan. Barang-barang arwah terus dibuang di tong sampah. Termasuk cermin mata dan selipar sang anak. Dikutip oleh ibu tadi. Disimpan dalam simpanan hingga hujung nyawa.


Tak lama kemudian, tandas sekolah dirobohkan pula. Hilang segala bukti yang ada.
Tetapi, janji Allah itu pasti. Keadilan akan tertegak untuk yang dizalimi.


Setelah berjuang tiga tahun, akhirnya Mahkamah Koroner putuskan bahawa kematian anak ini bukan bunuh diri. Tetapi disebabkan dibunuh oleh individu tidak dikenali.


Selepas itu, sekali lagi mereka diuji. Keputusan bertulis Mahkamah Koroner mereka pohon dan pohon punya lama. Tak dilayan pula.
Setelah lapan tahun bertukar-tukar Perdana Menteri, mereka menulis kepada PMX. Akhirnya pada awal tahun ini, barulah dikeluarkan laporan yang diperlukan. Tertulis dengan nyata kematian bukan sebab bunuh diri. Beliau dibunuh orang tidak dikenal pasti.


Sebagai bekas timbalan pendakwa raya, pertama kali membaca dan mendengar kes ini dari keluarga arwah. Firasat saya banyak benda pelik yang terjadi.


Seolah-olah banyak “cover up” dari pelbagai pihak. Banyak kecuaian yang sengaja atau yang tidak disengajakan.
Untuk tahun 2025 ini, ini niat dan tekad saya. Saya akan perjuangkan keadilan untuk arwah Wan Ahmad Faris dan ibu bapanya.
Betapa teruknya mereka yang menfitnah dan mengtohmah arwah bunuh diri walhal dia mangsa yang dibunuh kejam sekali.


Ini seorang Hufaz ya, penghafal dan the guardian of Al-Quran.
Adakah kerana takut malu dan mengelak skandal lebih besar, mangsa pula dimangsakan. Ditohmah beliau bunuh diri. Di mana perjuangan anda untuk keadilan dan semangat ihsani?




Setakat ini ada tiga orang peguam senior sudah bersetuju untuk membantu. Dua orang bekas TPR juga sudah tunjukkan minat untuk turut serta.


Minggu depan saya akan berjumpa dengan barisan peguam muda, mereka akan berjuang bersama. #JusticeforWAFaris
Barisan peguam ini tidak akan berhenti sampai keadilan tertegak kembali.


Kepada anda yang membaca, doakan kami. Sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara Wan Ahmad Faris.


Bila marhein ditekan, percayalah akan takdir Tuhan. Sang penguasa yang bersekongkol akan mendapat balasan.
Bismillah untuk perjuangan ini… doa kalian kami hargai.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/pembunuhan-pelajar-tahfiz-akan-dibela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pensyarah Dituduh Kahwin Pelajar Sendiri

Pensyarah Dituduh Kahwin Pelajar Sendiri

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 81 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan pasangan itu berkahwin di dalam kelas NDTVNEW DELHI nbsp Satu klip video tular di media sosial India memaparkan seorang pensyarah melangsungkan perkahwinan dengan pelajarnya di dalam kelas lapor stesen penyiar...
Pelajar Lelaki Berusia 15 Tahun Maut Ditikam Di Sekolah

Pelajar Lelaki Berusia 15 Tahun Maut Ditikam Di Sekolah

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 119 hits
AFPPerdana Menteri Keir Starmer melabelkan jenayah pisau sebagai krisis negara dengan undang undang yang lebih ketat mengenai senjata berbilah berkuat kuasa September lalu Foto AGENSILONDON Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut akibat...
Hiburan Aset Negara Tu Ramai Terkilan Pelajar Terbaik Bidang Perakaunan Maut Kemalangan Di Bukit Ampang

Hiburan Aset Negara Tu Ramai Terkilan Pelajar Terbaik Bidang Perakaunan Maut Kemalangan Di Bukit Ampang

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 138 hits
Sejak semalam kemalangan maut yang membabitkan sebuah Perodua Alza dan beberapa buah motosikal di Jalan Hulu Langat menjadi bualan ramai di media sosial Kemalangan itu mendapat perhatian ramai apabila mangsa yang maut merupakan seorang pela...
Lawyers Ex Dpps Gang Up To Help Mother Unravel Fishy Death Of Her Tahfiz School Son 12 Years Ago

Lawyers Ex Dpps Gang Up To Help Mother Unravel Fishy Death Of Her Tahfiz School Son 12 Years Ago

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 71 hits
A FORMER deputy public prosecutor has for the past 72 hours spent time delving into and examining a case far away in Pasir Mas Kelantan Last Thursday self proclaimed centrist political activist Liyana Marzuki had the opportunity to meet a m...
Walaun Tak Mahu Berjihad Bantu Pusat Tahfiz

Walaun Tak Mahu Berjihad Bantu Pusat Tahfiz

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 78 hits
Pengkhianat agama kata ustaz kontroversi ini selepas terpaksa tutup pusat tahfizPenceramah kontroversi yang pernah menunjukkan jari tengah dengan tangan kanan dan kiri semasa memberi kuliah dalam masjid meninggalkan tanda pagar pengkhianat ...
Rakyat Mahu Beras Tempatan Nasib Petani Perlu Dibela

Rakyat Mahu Beras Tempatan Nasib Petani Perlu Dibela

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 94 hits
harakahdaily netFebruary 6 2025Datuk Idris AhmadKUALA LUMPUR Pesawah adalah golongan yang sangat sabar dalam kehidupan mereka dan jika ingin menghayati kehidupan sebagai ahli tasawuf belajarlah daripada pesawah kata Datuk Idris Ahmad Beliau...
Polis Lelaki Iring Saya Masuk Dalam Tandas Pelajar Dakwa Gangguan Seksual

Polis Lelaki Iring Saya Masuk Dalam Tandas Pelajar Dakwa Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 82 hits
Malaysiakini nbsp Seorang aktivis pelajar yang disoal siasat berhubung perhimpunan solidariti Palestin dua bulan lalu membuat laporan terhadap seorang anggota polis berpakaian preman yang dituduh melakukan gangguan seksual Setiausaha Agung ...
Pelajar Dapat Pujian Untuk Cipta Pintu Penutup Asrama Kreatif Dan Berpatutan

Pelajar Dapat Pujian Untuk Cipta Pintu Penutup Asrama Kreatif Dan Berpatutan

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 84 hits
Keberanian pelajar memang nyata apabila mereka mencipta solusi perbaikan rumah yang bijak dan mesra bajet Baru baru ini seorang pelajar Politeknik di TikTok menunjukkan bagaimana dia menggunakan bahan terpakai untuk menyelesaikan masalah pi...
The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

Lawmaker Criticises Pas Leader For Improper Use Of Malay In Parliament

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ensuring Satisfaction With Meriahkan Ramadan Bersama Le Meridien Kota Kinabalu Breaking Of Fast Buffet

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Pas Perlu Henti Bodohkan Rakyat Dengan Teori Konspirasi Dangkal Mp Dap

Huawei Mate Xt Takes Spotlight At Pavilion Kuala Lumpur With Groundbreakingtri Fold Innovation

Menu Western Di Vivo Pizza Aeon Anggun


echo '';
10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton


Kerutuk Ayam Kampung

10 Keutamaan Puasa Ramadhan Beserta Dalilnya

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Parliamentary Services Bill Must Be Free Of Executive Interference Say Ngos

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Analysis Of Data For Malaysia Part 1