Pembunuhan Kejam Di Christchurch Luar Batas Kemanusiaan Dr Mahathir


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan kejam pembunuhan umat Islam di Christchurch, New Zealand sebagai tindakan di luar batas kemanusiaan.
Menyifatkan tragedi berkenaan sebagai peristiwa sedih yang mengguris hati umat Islam, beliau berkata dalam keadaan begini, tindakan yang lebih buruk daripada yang dilakukan oleh pengganas itu ialah umat Islam melakukan balas dendam.
“Perlu kita tanya diri kita apabila kita membalas perbuatan itu, sudah pasti kita tidak akan dapat melakukan kepada pembunuh-pembunuh tersebut kerana mereka telah ditangkap dan menghadapi tindakan undang-undang.
“Kemungkinan besar apa yang akan berlaku, kita akan membalas terhadap orang yang sama agamanya, bangsanya, asal usulnya dan lain-lain aspek yang boleh kita kait dengan pengganas,” katanya pada perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019 malam ini.
Setakat ini, pihak berkuasa New Zealand mengesahkan 49 maut dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch ketika penganut Islam ingin menunaikan solat Jumaat dan lebih 20 orang dilaporkan cedera.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata al-Quran memberi panduan melarang dan mewajibkan beberapa perkara kepada umatnya yang mana semuanya akan membentuk peribadi yang mulia jika diikuti.
“Di antara ajaran yang terdapat dalam al-Quran ialah Islam melarang membunuh walaupun orang itu bukan daripada agama Islam, tetapi Islam melarang kita membunuh.
“Tapi malangnya hari ini kita lihat umat Islam berperang sesama sendiri, bermusuh dengan pihak lain dan sering membunuh di merata-rata tempat sehingga hancur masyarakat Islam di kebanyakan negara Islam.
“Ini berlaku kerana sementara kita membaca al-Quran tetapi kita tak amalkan ajarannya bahawa membunuh itu adalah satu perkara yang diharamkan dan kita tak harus membunuh,” katanya.
Perdana Menteri berkata ekoran tindakan berkenaan, ia menghasilkan tindakan balas dendam kepada umat Islam seperti mana yang berlaku di Christchurch yang mengorbankan nyawa yang tidak bersalah.
“Kalau kita berbunuhan sesama Islam, maka tempat kita di neraka selamanya. Kepercayaan bahawa kita akan jadi ahli syurga kerana kononnya kita berjihad adalah tidak tepat seperti dalam al-Quran. Dalam Quran jelas disebut kalau kita bunuh seseorang Islam dengan sengaja, maka tempat kita di neraka.
“Kita tidak menyelamatkan umat Islam bahkan mendedahkan umat Islam seperti yang kita lihat berlaku di New Zealand,” katanya. – Bernama
The post Pembunuhan kejam di Christchurch luar batas kemanusiaan – Dr Mahathir appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191093/pembunuhan-kejam-di-christchurch-luar-batas-kemanusiaan-dr-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Insiden Tembakan Christchurch Didakwa Lakukan Pembunuhan

Suspek Insiden Tembakan Christchurch Didakwa Lakukan Pembunuhan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 333 hits
Suspek insiden tembakan Christchurch didakwa lakukan pembunuhan Dikemas kini 43 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 16 Ma
Tragedi Pembunuhan Umat Islam Di Christchurch New Zealand

Tragedi Pembunuhan Umat Islam Di Christchurch New Zealand

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 914 hits
Wisma Putra mengesahkan dua cedera namun tiada rakyat Malaysia yang menjadi terbunuh dalam serangan pengganas ketika sebahagian umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat di Christchurch New Zealand dan sekurang kurang 40 orang terkorban da...
Kenapa Lelaki Itu Bertindak Kejam Menembak Jemaah Masjid Al Noor Di Deans Ave Christchurch

Kenapa Lelaki Itu Bertindak Kejam Menembak Jemaah Masjid Al Noor Di Deans Ave Christchurch

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 1167 hits
Sekali lagi dunia dikejutkan dengan tindakan berani individu yang bertindak menembak secara rambang jemaah jemaah di Masjid Al Noor di Deans Avenue dan Masjid Linwood Christchurch New Zealand Photo via Newstalk ZB Setakat ini dilaporkan ser...
Kejadian Di Masjid Christchurch Ini Respons Tegas Tun Mahathir Dan Tayyip Erdogan

Kejadian Di Masjid Christchurch Ini Respons Tegas Tun Mahathir Dan Tayyip Erdogan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 444 hits
RESPONS TUN MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohamad mengu tuk sekeras kerasnya sera ngan temba kan rambang yang berlaku di Masjid Al Noor Christchurch New Zealand pada Jumaat kelmarin Dalam satu kenyataannya YA...
Fikir Dua Kali Kalau Mahu Serang Pakistan Tun Mahathir

Fikir Dua Kali Kalau Mahu Serang Pakistan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 498 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan keterujaan beliau menyaksikan persembahan aset ketenteraan Pakistan pada sambutan Hari Pakistan 2019 hari ini Beliau yang dijemput sebagai tetamu kehormat oleh rakan sejawatnya Imran Khan ...
Reverse Psychology Mahathir Bagi Menghalal Cara Berubah Menjadi Belasahan Netizen

Reverse Psychology Mahathir Bagi Menghalal Cara Berubah Menjadi Belasahan Netizen

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 370 hits
Status Mahathir yang mengambil pautan dari blog beliau chedet cc sebenarnya menyebut mengenai beliau sendiri BUDAYA BARU yang di maksudkan adalah Budaya yang berlainan dari semasa beliau menjadi PM ke 4 yang perbuatan beliau mengayakan kelu...
Dr Mahathir Negarawan Islam Kata Pm Pakistan Imran Khan

Dr Mahathir Negarawan Islam Kata Pm Pakistan Imran Khan

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 412 hits
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menyifatkan rakan sejawatnya Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai negarawan Islam yang telah merubah Malaysia menjadi sebuah model teladan untuk dunia Islam Beliau berkata Pakistan ber...
Semua Penjawat Awam Perlu Ikat Perut Zaman Pakatan Harapan Ini Kata Mahathir Viralhancing

Semua Penjawat Awam Perlu Ikat Perut Zaman Pakatan Harapan Ini Kata Mahathir Viralhancing

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 451 hits
KUALA LUMPUR 25 Mac Semua penjawat awam diminta ikat perut buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada waktu ini ke...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page