Langkah Proaktif Buat Semua Calon


BH ONLINE Bendera parti bertanding memenuhi setiap ceruk kawasan menjelang PRN Melaka, 20 November ini. - NSTP/ASYRAF HAMZAH MELAKA: Satu langkah berani, proaktif dan tepat pada masanya.
Demikian reaksi rata-rata calon apabila diminta mengulas pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, membenarkan poster dan biodata calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula esok.
Mengambil kira kesulitan kempen dan pengundi yang kurang mengenali calon yang bertanding di kawasan masing-masing, mereka menganggap langkah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu, sebagai terbaik dan adil buat semua calon.
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata langkah KKMM itu adalah sesuatu yang proaktif, terutama dalam keadaan tidak boleh berkempen secara fizikal.
"Satu pembaharuan yang sangat baik dan tahniah kepada KKMM untuk langkah yang sangat proaktif dalam memberi peluang kepada semua calon.
"Ini juga adalah ruang untuk kita mengamalkan demokrasi dan memorandum yang ditandatangani dulu.
"Takkan kita nak tengok memorandum itu setakat di Dewan Rakyat. Ini satu permulaan yang sangat baik," katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Calon Bebas DUN Telok Mas, Muhammad Ariff Adly Mohammad, menyifatkan langkah itu tepat pada waktunya bagi mempromosikan calon Bebas di media arus perdana menjelang hari mengundian 20 November ini.
"Walaupun kami (calon) ada media sendiri, ia tidak mencukupi dan meluas. Jadi, bila media arus perdana seperti RTM menyiarkan kami, secara tidak langsung kami ini akan dikenali terutama di Melaka.
"Lebih utama ketika ini, masyarakat tidak cenderung keluar mengundi. Bila mereka lihat di RTM dan dapat maklumat tepat, potensi untuk mereka keluar lebih besar," katanya.
Bagi calon PH DUN Durian Tunggal Mohd Sofi Wahab, langkah itu amat baik dan semestinya mendapat sokongan penuh.
"Ia akan memberi peluang kepada rakyat negeri Melaka mengenali calon bertanding kerana calon mempunyai keterbatasan bertemu pengundi kerana SOP (prosedur operasi standard) yang ketat.
"Ini terutama calon muka baharu, rakyat akan dapat mengetahui biodata, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja mereka," katanya.
Calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) DUN Duyong, Mohd Faizal Amzah, berharap kebenaran itu menyeluruh dan adil untuk semua parti yang bertanding.
"Sudah tentu kita bersetuju, apatah lagi untuk calon muka baharu seperti saya, ia pasti akan membantu saya mendekati pengundi, kerana SOP yang digariskan sekarang amat ketat sehingga sukar untuk kita berkempen bertemu rakyat," katanya.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan poster dan biodata calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula esok.
Annuar berkata, penyiaran poster dan biodata calon itu akan dilakukan sekerap mungkin, adil dan saksama, berikutan SOP yang ketat pada PRN berkenaan. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/langkah-proaktif-buat-semua-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jentera Semua Parti Ph Bersama Menangkan Calon

Jentera Semua Parti Ph Bersama Menangkan Calon

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 309 hits
Pakatan Harapan perlu diberi mandat untuk menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata demikian dalam majlis mengumumkan calon PH pada petang tadi Perpaduan antara kita cukup penting dan kita perlu ...
Anwar Cadang Debat Terbuka Calon Km Semua Parti

Anwar Cadang Debat Terbuka Calon Km Semua Parti

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 193 hits
FMT Reporters November 11 2021 Anwar Ibrahim mencadangkan satu debat terbuka dianjurkan antara semua calon ketua menteri daripada PH BN dan PN PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencadangkan satu debat terbuka dianjurkan antara s...
Prn Melaka Semua Ahli Penyokong Pas Undi Calon Pn Abdul Hadi

Prn Melaka Semua Ahli Penyokong Pas Undi Calon Pn Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 349 hits
Kita pegang amanat yang telah diberikan kepada akar umbi dan jentera KUALA TERENGGANU 1 Rabiulakhir 1443H Sabtu PAS akan mengarahkan semua ahli dan penyokongnya mengundi calon Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 Nov ...
Prn Melaka Semua Calon Pn Wajib Tandatangani Akujanji Anti Rasuah

Prn Melaka Semua Calon Pn Wajib Tandatangani Akujanji Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 349 hits
Perikatan Nasional mewajibkan kesemua 28 calonnya dalam Pilihan Raya Negeri Melaka menandatangani surat akujanji menentang rasuah dalam tempoh sehari dua lagi Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi menunjukkan komitmen gabung...
Semua 28 Calon Bn Perlu Tandatangani Sd Elak Lompat Parti Tok Mat

Semua 28 Calon Bn Perlu Tandatangani Sd Elak Lompat Parti Tok Mat

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 274 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Negeri Sembilan Sebagai Negeri Angkat Kepada Parlimen Masjid Tanah di Kampung Pulau Melaka MELAKA Semua 28 calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka perlu...
Langkah Kecil Kebanggaan Kita Semua

Langkah Kecil Kebanggaan Kita Semua

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 251 hits
LANGKAH KECIL KEBANGGAAN KITA SEMUARoslan SMSIanya cuma satu inisiatif kecil dalam pentas antarabangsa yang bersifat global Tetapi tindakan beraninya ternyata telah mengundang reaksi yang hangat kerana ia jarang jarang berlaku Di pentas ant...
Prn Melaka Semua Calon Bebas Putra Iman Hilang Deposit

Prn Melaka Semua Calon Bebas Putra Iman Hilang Deposit

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 290 hits
Norhizam yang juga penyandang kerusi DUN Pengkalan Batu antara calon yang hilang deposit dalam percubaannya mempertahankan kerusi tersebut setelah meraih 1 218 undi KUALA LUMPUR Percubaan semua calon Bebas termasuk YB Vira
Uitm Tidak Halang Mahasiswa Jadi Calon Prn Melaka Kata Naib Canselor

Uitm Tidak Halang Mahasiswa Jadi Calon Prn Melaka Kata Naib Canselor

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 335 hits
Naib Canselor UiTM Roziah Mohd Janor berkata Akta 173 UiTM membenarkan mahasiswa universiti itu berpolitik atau menjadi calon parti politik SHAH ALAM Universiti Teknologi Mara tidak menghalang mana mana mahasiswanya untuk menjadi calon yang...
Bn Pn Tak Mampu Ketengahkan Calon Muda Atau Ditolak Belia

Bn Pn Tak Mampu Ketengahkan Calon Muda Atau Ditolak Belia

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 230 hits
PH sentiasa berani ketengahkan calon muda untuk bertanding mewakili parti dibawah PH Secara tak langsung kita dapat melihat penerimaan golongan muda terhadap PH akan semakin mendapat tempat Apakah golongan muda sudah bersedia melupakan BN y...
Resipi Kari Ayam Kampung Kerala Yang Pekat Tips Buat Chapati Ori Mudah Di Rumah

When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Unik Menarik Pameran Dari Taman Taman Sabah

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Drama Korea Beyond The Bar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bezanya Kotak Makanan Custom Dengan Paper Wrapper Panduan Usahawan F B

Hadiah Istimewa Gelang Tangan Silver Habib

Ultras Malaya Wira Tak Dijulang

Tak Boleh Dah Kata Quran Itu Kitab Suci Noran Zamini

Serang Dan Cungkil Mata Ibu Suspek Direman

Tuntutan Palsu Projek Lebuh Raya Mex Ii Abu Sahid Yap Akan Didakwa Lagi