Pembunuhan Ibu Tunggal Inspektor Polis Dihukum Mati


Ahmad Rizal Umar: Inspektor polis dihukum mati kerana didapati bersalah membunuh seorang Ibu Tunggal, Kartini Borhan di Keningau 9 Tahun lalu Pembunuh Ibu Tunggal: Inspektor polis dihukum mati

Seorang inspektor polis dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis, kerana membunuh seorang ibu tunggal di Keningau sembilan tahun lepas. A hmad Rizal Umar (gambar), 37, didapati bersalah oleh Hakim Datuk Nurchaya Arshad kerana membunuh Kartini Borhan, 27, antara jam 4 pagi dan 5 pagi 29 September 2011 di sebuah rumah di Taman Adika, Keningau.


Ahmad Rizal merupakan inspektor polis yang ditugaskan di Balai Polis Keningau pada waktu kejadian itu.

Ahmad Rizal kelihatan gelisah dan kerap berpaling untuk melihat ke arah isterinya yang duduk di galeri awam dan ke arah pasukan peguamnya apabila Nurchaya menyampaikan keputusannya.

Tertuduh pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh seorang lagi Hakim Mahkamah Tinggi pada 22 Julai 2014 tanpa meminta dia membela diri.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 21 Mac 2018 memerintahnya membela diri susulan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ahmad Rizal memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan bersumpah pada 9 Oktober 2018.

Dia juga memanggil seorang ahli patologi forensik, Dr Bhupinder Singh sebagai saksi kedua dalam pembelaannya.


Terdahulu, Nurchaya dalam menyampaikan keputusan, menyatakan bahawa kematian Kartini disahkan oleh Dr Jessie Hiu, seorang ahli patologi yang melakukan bedah siasat mayat Kartini dan juga mengesahkan kematian berpunca dari luka tikam pada dadanya yang menghala ke bawah, memotong otot rusuk, paru-paru kiri, selaput jantung dan menembusi jantungnya dari atas kanan ke bawah.

Mangsa dikenal pasti oleh bapanya, Borhan Sulaiman sebelum bedah siasat itu.


Pendakwaan melalui saksi-saksi mereka mendedahkan hubungan Ahmad Rizal dengan Kartini, di mana akhirnya wanita itu dibunuh oleh tertuduh.

Nurchaya selanjutnya menyatakan bahawa mahkamah mendapati kesan keseluruhan bukti pendakwaan membawa kepada inferens dan kesimpulan bahawa Ahmad Rizal adalah pelaku jenayah itu.


“Kehadiran tertuduh di lokasi jenayah iaitu premis disebutkan sebelum ini di mana mangsa merupakan penyewa bilik pertama, tidak dipertikaikan.

“Terdapat kekurangan bukti mengenai pembabitan pihak ketiga yang ditegaskan oleh pembelaan, iaitu perompak yang menikam mangsa sehingga mati di samping mencederakan tertuduh.


“Ini disahkan oleh pendapat pakar perubatan (saksi ke-23 pendakwaan) yang mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh tertuduh telah dilakukan sendiri, tiada pihak ketiga terbabit tetapi hanya pergaduhan antara si mati dan tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa. Kecederaan yang dikenakan pada si mati yang menyebabkan kematiannya telah disebabkan oleh tertuduh.


“Motif pembunuhan disebabkan oleh hubungan sulit tiga segi antara si mati dengan tertuduh, dan si mati dengan saksi ke-12 pendakwaan (Lim Guan Heng), yang berterusan sehingga kematian mangsa.

Tambahnya, hubungan sulit tiga segi itu akhirnya menyebabkan jenayah ghairah pada pagi 29 September 2011 yang bermula pada lewat malam 28 September 2011, dan membawa kepada kematian si mati.

Mengenai premis keterangan ahli patologi mengenai jenis kecederaan kepada dada si mati, Nurchaya berkata, bila dilihat secara objektif, ia menunjukkan bahawa kecederaan itu cukup untuk menyebabkan kematian; apabila jantung si mati ditembusi, kematian seharusnya akibat semula jadinya.

“Dengan itu, niat untuk menyebabkan kematian akan memuaskan syarat Seksyen 300 (C) Kanun Keseksaan,” kata Nurchaya.


Ahmad Rizal diwakili oleh peguam Ram Singh serta Ridwandean M. Borhan, Kimberly Ye dan Flavian Edward Henry.

Ram, apabila ditemui kemudian, berkata pembelaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak lama lagi.

Timbalan Pendakwa Raya Khairuddin Mohd Idris hadir untuk pendakwaan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/06/pembunuh-ibu-tunggal-inspektor-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Rm300 Online

Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Rm300 Online

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 1069 hits
BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL RM300 ONLINE Jabatan Pembangunan Wanita telah mengemaskini di laman web rasminya Berikut adalah BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL RM300 ONLINE APA ITU BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL RM300 BANTUA...
Bantuan Khas Ibu Tunggal Cara Permohonan Manual Online Semakan Status

Bantuan Khas Ibu Tunggal Cara Permohonan Manual Online Semakan Status

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 1610 hits
BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL CARA PERMOHONAN MANUAL ONLINE SEMAKAN STATUS APA ITU BKIT BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL Satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan yang akan diberikan secara one off kepada ibu tunggal yang layak Bantuan ini adalah berda...
Polis Bangladesh Tembak Mati 4 Penjenayah Tegar Etnik Rohingya

Polis Bangladesh Tembak Mati 4 Penjenayah Tegar Etnik Rohingya

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 454 hits
DHAKA Empat penjenayah tegar lelaki etnik Rohingya terbunuh dalam satu adegan berbalas tembakan dengan polis berhampiran kem pelarian di Bangladesh semalam Pegawai polis Iqbal Hossain berkata kes tembakan sekitar tengah hari itu berlaku sel...
Permohonan Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal Jkm 2020

Permohonan Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal Jkm 2020

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 992 hits
Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek Permohonan Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal JKM 2020Kredit Pic Kerajaan akan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Nega...
Daftar Bantuan Penjana Rm300 Ibu Tunggal

Daftar Bantuan Penjana Rm300 Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 630 hits
Daftar Bantuan PENJANA RM300 Ibu Tunggal Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam Pelan PENJANA bagi menjana semula sektor ekonomi Malaysia Pakar Wang akan kongsikan Artikel Pilihan Ini Kali pertama muncul di
Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal Rm300 Penjana

Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal Rm300 Penjana

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 617 hits
Bg para ibu tunggal di Malaysia anda kini blh memohon Bantuan Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara online Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pd 5 Jun yg lalu telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi jangka pendek yg dipanggil Pelan Jan...
Bantuan Khas Ibu Tunggal Telah Dibuka Melalui Portal Jpw

Bantuan Khas Ibu Tunggal Telah Dibuka Melalui Portal Jpw

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 651 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Dato YBrs Dr Tuan Puan Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal telah dibuka melalui portal JPW seperti berikut Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Pembangunan Wanit...
Video 9 Bulan Terpisah Kerana Latihan Dan Pkp Kejutan Anggota Polis Di Gerai Ibu Buat Netizen Sebak

Video 9 Bulan Terpisah Kerana Latihan Dan Pkp Kejutan Anggota Polis Di Gerai Ibu Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 394 hits
Perintah Kawalan Pergerakan memberikan kesan kepada ramai orang secara langsung apabila terpisah dengan orang tersayang Menerusi satu perkongsian di laman Instagram seorang lelaki dipercayai seorang anggota polis menanggung rindu selama 9 b
Finding The Right Divorce Attorney Near You

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Raya Dulu Raya Sekarang

The Crucial Role Of An Immigration Lawyer In Achieving Your Immigration Goals

Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Pdrm Tangkap Pendakwah Zamri Vinoth Atas Komen Didakwa Menghasut Tentang Kuil Hindu Kl

Budak 12 Tahun Hancur Tangan Kiri Akibat Letupan Mercun

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Koleksi Imej Sejarah Penemuan Mayat Manusia Gergasi

Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

2025 Dah

Benarkah Surah Al Waqiah Membuka Pintu Rezeki