Pembukaan Cawangan Baru Ikea Batu Kawan Pada 14 Mac Menampilkan Gaya Baru Kehidupan Di Rumah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
PEMBUKAAN CAWANGAN BARU IKEA BATU KAWAN PADA 14 MAC MENAMPILKAN GAYA BARU "KEHIDUPAN DI RUMAH " Diam tidak diam hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi IKEA Batu Kawan akan dibuka secara rasminya dan menjadi ikon tarikan terbaru khususnya buat Pulau Pinang.Lebih menarik lagi, tanggal 14 Mac 2019 akan menjadi detik bersejarah dan pastinya ramai yang tidak sabar menanti ianya dibuka kepada umum kelak.
IKEA mengambil kesempatan mempamerkan ciri-ciri unik gedung tersebut ketika majlis ‘Roof Capping’. Dilengkapi 49 buah ruang pameran merentasi 470,135 kaki persegi (kira-kira 43,677 meter persegi), gedung terbaharu ini memberikan sentuhan tempatan dari segi penyelesaian kelengkapan rumahnya yang sepadan dengan ruang kehidupan penduduk di Pulau Pinang dan Utara Malaysia.
IKEA Batu Kawan dilengkapi 49 buah ruang pameran merentasi 470,135 kaki persegi (kira-kira 43,677 meter persegi), gedung terbaharu ini memberikan sentuhan tempatan dari segi penyelesaian kelengkapan rumahnya yang sepadan dengan ruang kehidupan penduduk di Pulau Pinang dan Utara Malaysia.Dengan lokasi strategik di Bandar Cassia, gedung IKEA pertama di Utara Malaysia ini mampu menawarkan akses mudah kepada lebih 8,000 produk kelengkapan rumah Sweden yang bereka bentuk menarik, berfungsi dan mampu dimiliki.
Di samping itu, dengan restoran yang mampu menampung seramai 756 orang, pelanggan akan dapat menikmati beraneka jenis hidangan ala Sweden dan tempatan yang lazat. IKEA juga berkongsi bahawa gedungnya juga merangkumi sebuah bakeri yang membuat roti dan pastri segar, tambahan enak kepada Bistro dan Kedai Makanan Khas Sweden IKEA.
Dalam bersiap sedia menyambut ramai pelanggan kami, pasukan kami yang terdiri daripada 300 rakan sekerja IKEA sedang bertungkus lumus membuat persiapan yang terbaik bagi merealisasikan visi kami dalam mencipta kehidupan harian yang lebih baik bagi orang ramai.” pasukan rakan sekerja di IKEA Batu Kawan kini berada pada fasa terakhir dalam penyediaan operasi, produk barangan dan kelengkapan dalaman. Mereka akan bersama-sama memberikan pengalaman unik di gedung IKEA yang digemari rakyat Malaysia!
“Selain menyediakan satu tempat bersantai yang menarik bagi pelanggan, kami juga komited menginspirasikan mereka agar mengamalkan kehidupan harian yang lebih lestari. Rangkaian kelengkapan rumah kami akan merangkumi pelbagai produk yang lestari antara lain, seperti mentol lampu LED, penyimpanan makanan dan penyelesaian kitar semula,”
Berpaksikan nilai kelestarian, IKEA Batu Kawan telah dilengkapi pelbagai ciri-ciri demi memastikan yang ia beroperasi melalui cara yang lestari. Ciri-ciri ini termasuklah panel solar fotovoltan, tangkapan air hujan, peralatan pemulihan tenaga, tempat letak kereta untuk kenderaan mesra alam, dan lain-lain.
IKEA Batu Kawan boleh diakses secara mudah melalui jambatan Pulau Pinang kedua dari bahagian pulau, serta dua lebuh raya utama, iaitu Lebuhraya Bandar Cassia dan Lebuhraya Utara–Selatan.bagi meningkatkan kemudahan pelanggan, gedung ini dilengkapi sebanyak 1,950 ruang letak kereta. Ia terletak di alamat 752, Persiaran Cassia Selatan 8, 14110 Bandar Cassia, Pulau Pinang, dan akan mula beroperasi pada 14 Mac 2019 (Khamis), 10.00 pagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2019/03/pembukaan-cawangan-baru-ikea-batu-kawan.html