Proton Iriz Berwajah Baru Akan Dilancarkan Bulan Hadapan Mac 2019








Subang Jaya, 28 Februari 2019 – Proton Iriz 2019 diperlihatkan secara rasmi kepada media Malaysia. Dengan reka bentuk luaran yang diberi nafas baharu serta dilengkapi unit stereo pintar sama yang diperkenalkan pada Proton X70, model hatchback segmen-B PROTON ini merupakan model pertama dalam rangkaian semasa Syarikat yang mendapat sentuhan terkini selepas pengumuman kerjasama bersama Geely. Pelancaran rasmi model Iriz ini dijangka pada Mac 2019.

Rekaan pintar yang mengujakan
Garisan-garisan pada Iriz adalah hasil usaha oleh sebuah pasukan yang diketuai oleh ketua Reka Bentuk PROTON, Azlan Othman, yang memanfaatkan kepakaran pusat reka bentuk antara syarikat kumpulan Geely untuk menghasilkan wajah baharu yang canggih dan menarik.

Semasa pembentangannya kepada media, Azlan menjelaskan bahawa model ini direka untuk menggambarkan kecerdasan dengan rupa yang sporty, sesuai dengan slogan model itu iaitu Kepintaran yang Mengujakan. Azlan turut menyebut mengenai penggunaan unsur-unsur penggayaan atau styling bagi mewujudkan hubungan visual dengan model-model Proton yang lain.

Pada rekaan hadapan kereta ini, terdapat lampu depan halus yang dipadankan dengan gril baharu yang menonjol. Bentuk barkrom diilhamkan melalui reka bentuk "Ethereal Bow" sementara gril radiator pula mempunyai corak "Infinite Weave", yang turut dihiasi logo Proton. Terdapat juga bampar depan baharu yang menyerlah dilengkapi dengan gril radiator bawah yang lebih terkini serta lampu siang (DRL) yang menambahkan lagi sentuhan mewah pada reka bentuk model ini secara keseluruhan.

Pada reka bentuk bahagian belakang pula, perkataan PROTON kini tampak lebih jelas yang diletakkan pada bahagian tailgate yang sebelum ini diletakkan dengan logo. Secara visualnya, ia kelihatan lebih lebar, kesan yang lebih ketara pada bampar belakang dengan garisan menegak beserta garisan bampar baharu. Sentuhan akhir termasuklah pada nama Iriz yang ditaip menggunakan huruf baharu unik, antena sirip yu dan rim aloi dengan reka bentuk bilah yang baharu.

Unit Stereo pintar yang menyambungkan anda kepada dunia luar
Iriz 2019 merupakan hatchback segmen-B pertama di Malaysia yang menampilkan unit stereo pintar yang menggunakan kad eSIM dan menawarkan aplikasi seperti pengaliran muzik, sistem navigasi dan pengecaman suara. Akses kepada aplikasi ini serta fungsi-fungsi lain adalah melalui skrin sentuh antara muka bersaiz 7-inci dengan paparan warna penuh dan memori dalaman sebanyak 16GB. Dengan menggunakan sistem sama yang ada pada Proton X70, Iriz ini turut dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi agar ia boleh digunakan sebagai hotspot mudah alih atau menyambungkan Wi-Fi dalam jarak jangkauannya.

Turut ditawarkan adalah kebolehan pencerminan bagi telefon mudah alih Android.

"Selepas perasmian Proton X70, Proton Iriz 2019 akan menjadi model Proton kedua yang dilengkapi dengan unit stereo pintar yang menawarkan fungsi seperti arahan suara, navigasi dan pengaliran muzik. Ia juga menggunakan kata laluan yang sama iaitu Hi Proton! untuk mengakses sistem. Justeru itu anda boleh mengatakan bahawa oleh kerana Proton X70, Proton Iriz ini diinspirasikan untuk menjadi model yang pintar," kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2019/02/proton-iriz-berwajah-baru-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsung Dijangka Memperkenalkan Telefon Baru Setiap Bulan Dibawah Siri Galaxy A Antara Mac Hingga Jun 2019

Samsung Dijangka Memperkenalkan Telefon Baru Setiap Bulan Dibawah Siri Galaxy A Antara Mac Hingga Jun 2019

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 564 hits
Samsung mempunyai beberapa penawaran telefon pintar dibawah mereka dan salah satu yang menyasarkan pengguna milenial pada harga mampu milik adalah siri Galaxy A Terkini bercakap mengenainya wakil Samsung India mengatakan Samsung bakal mempe...
Mac 2019 Membuka Tirai Baru Aku Menulis

Mac 2019 Membuka Tirai Baru Aku Menulis

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 579 hits
Setelah beberapa masa berlau baru ada semangat kembali untuk memulakan apa yang tertinggal Lembaran baru tahun 2019 Tahun 2018 aku telah berjaya menghasilkan yang pertama Namun kerana beberapa kekangan ianya masih menjadi peristiwa yang har...
Bppt 2019 Pelajar Ipt Terima Rm100 Pada Hujung Bulan Mac Ini

Bppt 2019 Pelajar Ipt Terima Rm100 Pada Hujung Bulan Mac Ini

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 671 hits
BPPT 2019 Pelajar IPT Terima RM100 Pada Hujung Bulan Mac Ini Info terkini berkaitan status Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi bagi tahun ini Pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi tetap diterusk...
Koleksi Bacaan Buku Dan Majalah Bulan Mac 2019

Koleksi Bacaan Buku Dan Majalah Bulan Mac 2019

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 919 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Yeay yang ditunggu telah pun sampai Teruja dan seronoknya Orang lain sibuk jual buku nak kosongkan rak saya pula pulun beli buku untuk menambahkan koleksi Majalah DBP Bil 3 2019 1 Dewan Sastera2 Dewan B...
Top Commentator Bulan Mac 2019 Tahniah

Top Commentator Bulan Mac 2019 Tahniah

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 459 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah kini kita dah masuk bulan ketiga untuk tahun 2019 Walaupun saya terpaksa mengurangkan aktiviti saya dalam jurnal ini tapi Insha Allah saya akan cuba mencari masa untuk menulis jurnal dan berkongsi ilmu pada...
Bengkel Catur Bulan Mac 2019

Bengkel Catur Bulan Mac 2019

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 652 hits
Bengkel Catur bulan Mac 2019 Kepada korang yang ingin menyertai Bengkel Catur boleh la cepat cepat register ye The post appeared first on
Oppo F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac 2019

Oppo F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac 2019

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 449 hits
Oppo Malaysia hari ini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru dibawah siri F iaitu Oppo F11 Pro pada 19 Mac 2019 ini Oppo F11 Pro hadir dengan fokus terhadap kamera swafoto periskop yang boleh dinaik ...
Redmi Note 7 Dengan Jaminan 18 Bulan Mungkin Ditawarkan Di Malaysia Sekitar 19 Mac 2019

Redmi Note 7 Dengan Jaminan 18 Bulan Mungkin Ditawarkan Di Malaysia Sekitar 19 Mac 2019

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 457 hits
Xiaomi pada awal tahun ini telah mengasingkan Redmi sebagai jenama tersendiri dan peranti pertama yang diperkenalkan oleh mereka adalah Redmi Note 7 Terkini mengikut gambar acah yang dikongsikan salah satu pengedar tempatan iaitu DirectD me...
Bulan Mac Sibuk Dengan Segala Macam Permohonan Online

Bulan Mac Sibuk Dengan Segala Macam Permohonan Online

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 561 hits
Bulan Mac Sibuk Dengan Segala Macam Permohonan Online Bulan Mac bulan yang sibuk segala macam permohonan bermula bulan Mac Permohonan apa yang dibuka pada bulan Mac 1 Permohonan dan pendaftaran PT3 Bulan ni cikgu cikgu busy siapkan segala p...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh