Pembohong Mb Kedah Tak Sengaja Langgar Undang Undang Kata Setiausaha Akhbarnya


 



July 23, 2021 UNDANG-undang memutuskan Menteri Besar Kedah, YAB Sanusi Md. Nor telah melakukan kesalahan dalam kes uji pandu kenderaan Ford Raptor baru-baru ini. Notis kompaun telah dikeluarkan dan YAB Sanusi menerusi pegawai beliau telah menjelaskan kompaun tersebut pada hari yang sama.
Sebelum ini, dalam kenyataan media, YAB MB Kedah secara terbuka menyatakan beliau (ketika itu) menunggu keputusan siasatan dan akan bayar kompaun jika didapati bersalah. Dalam membicarakan kesalahan yang telah dilakukan, ada penjelasan yang perlu difahami.
Pada hari kejadian, beliau dan dua kakitangan iaitu seorang pengawal peribadi dan seorang pemandu singgah di Juru, Seberang Perai Tengah untuk membeli makanan ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Bagi wakil rakyat, mereka sememangnya dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas sempadan atas urusan rasmi dalam tempoh PKP ini. Tidak ada kesalahan dilakukan dalam hal itu.
Kebetulan, kedai di mana pemandu beliau turun membeli makanan itu letaknya bersebelahan dengan pusat jualan kenderaan. Sebagai seorang peminat kenderaan pacuan empat roda, YAB Sanusi keluar dari kenderaan dinaikinya untuk sekadar melihat dan bertanya kepada seorang petugas pusat jualan itu yang sedang menyusun kenderaan di parking lot pusat berkenaan, mengenai kenderaan Ford Raptor yang ada di situ.
Beliau kemudian dipelawa untuk masuk dan duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Petugas berkenaan kemudian memandu dalam jarak dekat di dalam parking lot pusat itu. Di sinilah berlaku kekhilafan dalam mentafsir larangan SOP. Bagi YAB Sanusi, maksud memandu uji yang dilarang dalam SOP ialah memandu sendiri kenderaan itu bagi tujuan menguji.
Ketika itu, apa yang ada dalam pemahaman beliau ialah duduk di sebelah pemandu ketika staf berkenaan memandu uji adalah tidak menjadi apa-apa kesalahan. Dalam erti kata yang lain, beliau melakukan kesalahan itu dalam keadaan tidak sedar bahawa apa yang dilakukan itu adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
Tambahan pula, tidak ada SOP yang jelas dinyatakan di mana-mana mengenai peraturan atau larangan memandu uji atau menyertai pandu uji. Yang ada hanyalah larangan buka bilik pameran atau showroom kenderaan. Pada masa mereka berada di parking lot pusat jualan itu, bilik pameran memang ditutup.
Justeru bagi YAB Sanusi, itu memadai untuk difahami bahawa SOP telah dipatuhi. Bagaimanapun, sedari awal lagi, YAB Sanusi telah menyatakan komitmen akan akur dengan apa jua keputusan dan tindakan pihak berkuasa jika beliau didapati bersalah.
Beliau juga telah memohon maaf jika siasatan mendapati beliau telah melakukan kesalahan. Buktinya, sebagai warganegara yang taat dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang, beliau terus membayar kompaun yang dikenakan pada hari yang sama-sama notis tindakan itu serahkan.
Beliau tidak bertangguh untuk menjelaskan kompaun kerana tidak mahu membuang masa pihak berkuasa terutama Polis Di Raja Malaysia (PDRM), mahkamah dan beliau sendiri untuk menguruskan kes itu dalam keadaan beliau sendiri mempunyai komitmen yang tinggi untuk pelbagai urusan kerajaan yang lain terutama mengendalikan isu-isu kehidupan rakyat Negeri Kedah yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Dalam hal ini, apa yang jelas bagi YAB Sanusi ialah kekhilafan dalam mentafsir undang-undang. Beliau bukan sengaja mahu ingkar atau melanggar undang-undang. Bagi netizen yang sengaja mahu membuat kesimpulan mudah atau sengaja untuk terus menabur kebencian terhadap YAB Sanusi, kecaman terus disebarkan kononnya Menteri Besar Kedah ini dengan sengaja telah melanggar undang-undang negara.
Walaupun kompaun telah dijelaskan, ada yang masih tidak berpuas hati. Motif mereka bukan semata-mata mahu beliau dihukum atas kesalahan melanggar SOP tetapi sengaja mahu mengambil kesempatan untuk melanyak beliau habis-habisan di media sosial bagi memburukkan imej dan reputasi Menteri Besar Kedah yang ke-14 ini. Ini sebagai usaha membunuh karakter (character assassination) beliau yang dalam tempoh baru setahun lebih sahaja ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam memimpin negeri, terutama dengan kejayaan membawa masuk pelaburan puluhan bilion ke Negeri Kedah.
Ini yang sedang diusahakan dengan bersungguh-sungguh untuk menutup cerita mengenai kejayaan usahanya membela nasib rakyat sebaliknya yang dibesar-besarkan ialah hal kesalahan yang tidak disengajakan dan beliau sendiri telah menerima hukuman.
Penjelasan ini bukan untuk menegak benang yang basah tetapi bagi memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai apa yang sebenar berlaku agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah kebencian yang cuba disebarkan. Setiap orang terdedah pada kesilapan, apatah lagi apabila kesalahan itu dilakukan dalam keadaan tidak disengajakan dan atas sebab kekeliruan.
Sekian, harap maklum.
MUHAMAD MAT YAKIM
Setiausaha Akhbar kepada
YAB Menteri Besar Kedah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/pembohong-mb-kedah-tak-sengaja-langgar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Ceroi Punyalah Kata Rakyat Fitnah Akhirnya Polis Bongkar Mb Kedah Langgar Sop

Mb Ceroi Punyalah Kata Rakyat Fitnah Akhirnya Polis Bongkar Mb Kedah Langgar Sop

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 258 hits
July 17 2021 Polis Dapat Arahan Kompaun MB Kedah Uji Pandu yang viral haritu Tempohari Ustaz Afnan Hamimi Setpol MB Kedah merangkap Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia macam buat posting menafikan di wall Fb dia ni Bila PDRM dapat arahan kompaun...
Langgar Sop Punca Kedah Capai 800 Kes

Langgar Sop Punca Kedah Capai 800 Kes

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 243 hits
Langgar SOP punca Kedah capai 800 kes kata Sanusi Kedah hari ini merekodkan rekod tertinggi jangkitan harian Covid 19 dengan 800 dengan lebih daripada separuh bilangan itu akibat kontak rapat Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata wal...
Tak Sengaja Baik Ko Letak Jer Jawatan Mb Kedah

Tak Sengaja Baik Ko Letak Jer Jawatan Mb Kedah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 266 hits
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor telah menjelaskan kompaun kerana melanggar prosedur operasi piawai pada 5 Jun ketika tempoh sekatan pergerakan penuh jelas setiausaha akhbarnya Muhamad Mat Yakim berkata bayaran itu dibuat pada hari sama ko...
Lori Bantuan Ebit Lew Diarah Patah Balik Kerana Langgar Undang Undang

Lori Bantuan Ebit Lew Diarah Patah Balik Kerana Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 270 hits
July 21 2021 Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya Bentong pada awal pagi Selasa Tindakan itu berikutan tiga buah lori tersebut t...
Mb Kedah Hilang Kredibliti Tegur Rakyat Selepas Didenda Langgar Sop

Mb Kedah Hilang Kredibliti Tegur Rakyat Selepas Didenda Langgar Sop

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 367 hits
Pengasas Piagam Rakyat Mohamed Haniff Khatri berkata Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya menyalahkan diri bukannya rakyat atas peningkatan kes Covid 19 di Kedah kerana enggan mematuhi SOP PETALING JAYA Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md N...
Pekerja Kilang Jangan Takut Lapor Majikan Langgar Sop Kata Mtuc

Pekerja Kilang Jangan Takut Lapor Majikan Langgar Sop Kata Mtuc

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 360 hits
Timbalan Presiden MTUC Mohd Effendy Abdul Ghani berkata langkah itu bagi memastikan semua pihak sama sama bertanggungjawab membendung penularan Covid 19 yang semakin kritikal khususnya di Lembah Klang PETALING JAYA Kongres Kesatuan Sekerja ...
Tukar Kerajaan Pn Bukan Lagi Pilihan Jangan Biar Lebih Ramai Terkorban Kata Ahli Parlimen Pkr

Tukar Kerajaan Pn Bukan Lagi Pilihan Jangan Biar Lebih Ramai Terkorban Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 335 hits
freemalaysiatoday com July 17 2021 11 45 PMAhli Parlimen Kapar Abdullah Sani berkata perubahan tidak boleh dilengahkan kerana semakin hari rakyat makin derita PETALING JAYA Pertukaran tampuk kepemimpinan bukan lagi pilihan tetapi wajib dila...
Urusan Jenazah Covid 19 Di Selangor Dipercepatkan Kata Mb

Urusan Jenazah Covid 19 Di Selangor Dipercepatkan Kata Mb

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 319 hits
Amirudin berkata inisiatif itu membolehkan masa mengurus jenazah disingkatkan sebaik mungkin bagi mengurangkan kesesakan di ruang simpanan jenazah PETALING JAYA Urusan pengurusan jenazah mangsa Covid 19 di Selangor dipercepatkan melalui ini...
Layak Atau Tak Ismail Sabri Jadi Pm Muhyiddin Sudah Layakkan Kata Veteran Umno

Layak Atau Tak Ismail Sabri Jadi Pm Muhyiddin Sudah Layakkan Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 412 hits
freemalaysiatoday com July 18 2021 10 00 AMSeorang veteran Umno percaya jika Muhyiddin Yassin meletak jawatan Ismail Sabri Yaakob boleh menjadi perdana menteri dalam tempoh singkat iaitu seminggu atau paling lama sehingga Parlimen bersidang...
Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust

Zlenir Headquarter A Bold Vision By Urbanjobs For Contemporary Office Spaces

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Judiciary Is Not A Playground Of Partisan Preferences

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Majlis Ilmu Azan Hafazan