Pembentukan Pemuda Menjauhi Budaya Hedonisme



Dewasa kini budaya hedonisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Saat manusia lain ditimpa musibah dan kecelakaan, masih saja lagi sebahagian golongan yang bukan saja tidak mengambil erti dan iktibar bahkan berterusan dengan agenda kemaksiatan. Sememangnya sesuatu peristiwa yang berlaku itu kadang-kadang tiada kaitan langsung dengan kehidupan kita

Tetapi bagi manusia yang mempunyai  hati tambah lagi yang beriman akan beranggapan segala yang Allah beri berupa nikmat itu walaupun untuk orang lain adalah untuk kita bersyukur dan apa yang Dia beri berupa ujian dan musibah meskipun bukan pada diri kita adalah untuk kita ambil pengajaran dan renungan kerana mungkin itu suatu peringatan buat diri kita yang masih lagi diberi kesempatan nyawa dan masa

Malangnya, sesetengah pihak masih tidakmengendahkan peringatan ini. Lebih mengecewakan ia terdiri daripada golongan pemuda yang mana disandarkan kepada mereka harapan untuk negara ini. Harapan untuk agama yang suci

Justeru, bagaimanakah fenomena ini bisa diperbaiki

Apakah ciri-ciri mahasiswa yang dikehendaki untuk kebaikan bagi setiap generasi

Apakah ada contoh efisen yang bisa diteladani untuk membangunkan generasi dewasa ini



Pemuda-pemuda pemelihara iman
Mungkin sebahagian daripada kita biasa melazimi pembacaan surah al-Kahfi pada pagi hari Jumaat. Namun menjadi satu kerugian jika kita tidak cuba mendekati al-Quran dengan lebih mendalam dengan berusaha membaca kisah-kisah yang terdapat dalamnya terutama kisah pemuda-pemuda al-Kahfi yang teruji iman mereka. Pun begitu mereka tetap dengan pendirian bahawa Allah sahaja Tuhan yang Esa

Allah s.w.t berfirman:
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? [al-Kahfi:9]
Terdapat pelbagai riwayat yang menyebutkan tentan Ar-Raqim dalam ayat di atas. Sebahagian mufassirin (ahli tafsir) menyatakan ia adalah nama bukit tersebut dan terdapat padanya al-kahf yakni gua. Ada berpendapat bahawa ia adalah batu yang mana terukir nama-nama pemuda yang soleh ini. Namun apa yang lebih penting ayat ini menggambarkan kekuasaan Allah dan bukti bahawasanya Dia mampu mencipta apa sahaja lebih lagi hanya menghidupkan semula barang yang sedia ada

Ayat ini juga sebenarnya memberi sindiran kepada manusia yang hanya beriman dengan keajaiban. Apabila sesuatu perkara yang berlaku diluar akal manusia, baru hendak memenuhi iman dalam dada. Walhal jika manusia melihat penciptaan langit dan bumi atau lihat pada diri kita sendiri sudah banyak bukti kekuasaan Allah s.w.t. Tapi tabiat manusia itu sememangnya begitu bahkan lebih dahsyat adalah mereka yang melihat keajaiban namun masih tidak mahu beriman. Seumpama yahudi yang melihat terbelahnya laut merah namun hanya beriman dalam tempoh seketika. Kemudian berbalik semula kepada kepercayaan asal mereka mensyirikkan Allah dengan berhala

Berbalik kepada kisah pemuda-pemuda ini, mungkin ada dalam kalangan kita tertanya-tanya mengapakah pemuda-pemuda ini menyembunyikan diri ke dalam gua

Tidakkah mereka patut berusaha menyebarkan dakwah kepada masyarakat sekeliling

Di sini, ada pengajaran yang bisa kita teladan. Tidak dinafikan semangat orang muda dalam membuat banyak perkara sama ada berkaitan dengan dakwah, organisasi persatuan amat memberangsangkan. Tetapi semangat ini perlulah selari dengan kerelevanan suasana, tempat dan masa yang betul

Ketika itu, pemuda al-Kahfi membuat pilihan terbaik untuk kepentingan dakwah dan kelangsungan iman mereka menepati tiga aspek di atas (suasana,tempat,masa).Mereka tidak lari dari realiti kerana ketika itu raja yang memerintah negara tersebut sering bertindak zalim terutama mereka yang beriman kepada Allah.Tambahan, rakyatnya memberi sokongan yang baik atas usaha raja tersebut

Oleh sebab itu, dicelah kerosakan yang mana tidak sesuai di dalamnya penyebaran dakwah ditambah tiada golongan berilmu yang memberi sokongan untuk mendidik masyarakat, maka menyembunyikan diri buat mereka jalan yang terbaik kerana dikhuatiri mereka juga akan tergoda dengan rayuan orang sekeliling sejurus memutuskan rantai keimanan generasi tersebut kepada Allah

Realiti hari ini, menyembunyikan diri tidak lagi sesuai ditambah ditengah-tengah masyarakat yang dahagakan didikan (tarbiyah) yang sempurna.Namun, berjaga-jaga dan menilai sesuatu perkara itu perlu dilakukan  supaya konsep kerahsiaan yang jika diketahui umum lebih membahayakan. Pada nilaian setiap aspek yang betul itu perlu diambil pengajaran agar usaha kita tidak hanya sekerat Cuma akibat halangan dari mana-mana pihak tetapi bisa memberi impak yang terbaik kepada masyarakat



Pemuda-pemuda pilihan
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.[al-Kahfi:10]
Dalam ayat di atas disebutkan perkataan yang mengkhususkan kepada ‘pemuda’ yang merujuk kepada tahap umur mereka pada ketika itu.Apa yang menariknya, dalam lembaran sejarah begitu sinonim dikaitkan bahawa pemuda merupakan golongan yang sering bersungguh dan memberi sokongan yang hebat terhadap penyebaran dakwah islam hinggakan pada zaman Rasulullah s.a.w, baginda memerintahkan untuk berbuat baik pada golongan ini (pemuda) bertepatan dengan bantuan yang mereka hulurkan dari sudut harta, tenaga bahkan nyawa

Tetapi tidak bermakna golongan pemuda ini tiada kesilapan bahkan mungkin lebih banyak disebabkan kurangnya pengalaman dan kurang berhati-hati dalam melaksanakan tugasan. Maka benar prasa kata yang menggambarkan kestabilan antara generasi muda dan orang-orang lama iaitu “Hikmah orang tua pada kesungguhan para pemuda”.Orang-orang lama kaya dengan pengalaman, orang muda kaya dengan tenaga dan buah fikiran yang mengimbangi perjalanan sesuatu urusan disamping dapat memelihara kesinambungan perkara positif yang telah dilakukan oleh generasi terdahulu

Tambahan pula, golongan muda terbiasa dengan idea baru dan corak pergerakan yang baru berbanding golongan lama yang lebih suka static dengan pegangan yang lama.Mungkin disebabkan itu, mereka (golongan pemerintah ketika itu) sukar menerima dakwah pemuda-pemuda ini (ashabul kahfi) dan akhirnya Allah memilih golongan pemuda sebagai penjaga agama-Nya ketika itu

Suatu perkara yang penting dalam ayat ini adalah keazaman para pemuda ini untuk tetap teguh beriman dan akhirnya meletakkan tawakkal sebagai penyempurnaan urusan.Contoh ini sangat baik diambil iktibar bahawa, keimanan yang utuh yang membawa manusia itu berjaya ditambah dengan bekal tawakkal  yang memandu segala usaha itu beroleh petunjuk



Ciri-ciri pemuda kahfi yang perlu dicontohi
Pada mereka ini (pemuda al-kahfi) ada contoh teladan yang baik boleh kita ikuti. Namun, lebih menarik ia dikaitkan dalam konteks realiti mahasiswa kerana mempunyai persamaan dari sudut peringkat umur. Bahkan ia adalah ciri utama mereka terpilih sebagai golongan istimewa yang terlakar dalam kitab-Nya. Allah merakamkan ciri-ciri mereka dalam ayat al-Quran seperti firman-Nya:
sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.{13} Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) {14} [al-kahfi:13-14]


Memilih untuk beriman Hakikat kehidupan adalah suatu pilihan.Pada setiap sedutan dan hela nafas manusia, kita diberi peluang membuat pilihan.Jalan kebaikan atau keburukan. Memilih beriman tidak sama dengan beriman kerana ia sebuah pilihan. Pada saat iman teruji, suasana pula menentang, ditambah kekangan dari kuasa yang lebih kuat (raja), namun jiwa pemuda-pemuda ini tiada gentar untuk memilih Allah dan Rasul sebagai pedoman

Kata kunci yang dapat kita jadikan iktibar di sini adalah pilihan, semestinya yang mendatangkan kebaikan. Dalam membuat keputusan apa sekalipun perlu kita nilai dengan telus dari segenap aspek. Jangan gopoh kerna jiwa remaja terbiasa untuk cepat dalam menimbang banyak perkara.Pilihan yang terbaik adalah apa yang syara’ kata baik dan sebaliknya

Berkenaan dengan pilihan juga ia bukan sekadar satu perbuatan statik tanpa ada perkembangan. Pilihan perlu selari dengan tujuan dan perbuatan. Pemuda al-Kahfi memilih untuk beriman dan mereka cuba laksanakan perubahan dan akhirnya berserah kepada  Allah untuk menentukan kesudahan. Justeru itu, perlu kita fokus dalam buat pilihan dengan berhenti beralasan, sebaliknya ada plan tambahan untuk perlaksanaan jika berlaku gangguan atau kekurangan



2.   Pergantungan kepada Allah punca diberi hidayah


Apa yang manusia rasa baik belum tentu sebenarnya ia baik pada diri mereka. Begitu sebaliknya. Hakikatnya Allah s.w.t  sahaja yang Maha Mengetahui segalanya. Berhenti beralasan dan terus membuat pilihan sebagai langkah pertama perubahan namun mesti terikat dalam kerangka yang Allah redha. Selalu mahasiswa hanya bertawakkal dalam bab perkahwinan, peperiksaan dan apa yang dekat dan memberi manfaat masa pendek kita sahaja, tetapi meninggalkan aspek yang lebih penting iaitu keimanan

Ya! Kita telah beriman tetapi belum tentu iman kita sempurna
ya! Kita telah beriman tetapi belum tentu kita mati dalam keadaan demikian

Jika setiap perbuatan kita bersandarkan kepada Allah tambahan pula dalam bab yang baik dengan niat ikhlas membantu agama Allah, dengan izinNya segala gerak kerja kita terlaksana di bawah naungan Allah. Lihat ketika peperangan Badar. Saat baginda s.a.w dan para sahabat buat pertama kalinya akan menentang musuh dalam pertempuran yang besar sudah tentu ada secubit rasa gelisah dalam hati. Namun, dengan doa yang berterusan dan keyakinan yang kuat dengan janji Allah akhirnya mereka berjaya

Iman dan hidayah mempunyai kaitan yang cukup kuat dan rapat. Orang yang beriman tidak mesti dia mendapat hidayah terus di atas kebenaran. Sebab itu, hari ini kita melihat ramai orang mengaku beriman tetapi belum tentu kehidupan sehariannya berpandukan keimanan yang jelas. Tetapi orang yang diberi hidayah dengan izin Allah, akan sentiasa menjaga keimanannya seperti mana contoh kebanyakan mereka yang baru kembali kepada fitrah islam (muallaf) yang sangat bersungguh dalam memahami agama bahkan yang paling aktif menyebarkannya



3.     Membulatkan tekad setelah jantung hati terikat


Was-was adalah permainan syaitan. Dalam hal dunia sahaja manusia bisa ragu-ragu tambahan dalam bab aqidah dan ibadah serta perihal yang ghaib berkaitan dosa dan pahala. Sebab itu, kita lihat generasi hari ini rosak disebabkan sikap ragu terhadap kebenaran yang dijanjikan Allah sama ada dalam bentuk ganjaran atau peringatan dengan azab seksaan

Demikian, jika kita membuat pilihan yang menepati syara’ dengan keazaman yang tinggi dan matlamat yang jelas serta menaruh harapan sepenuhnya usaha kita kepada Allah, nescaya Dia akan berikan kepada kita petunjuk dan naunganNya disamping membulatkan tekad kita untuk menyempurnakan amalan kita hingga balik bertemuNya

Pembulatan tekad setelah iman mengisi jiwa, hidayah memandu langkah manusia merupakan perkara yang sangat penting kerana belum tentu orang yang beriman dan mendapat hidayah itu Allah ikat hati-hati mereka untuk bukan sahaja melakukan kebaikan bahkan menyebarkan kerana ayat al-Quran [18: 19-20] selepas itu menjelaskan bahawa mereka bangkit untuk menegakkan kalimah Allah (kebenaran) tanpa rasa ragu dan gentar

Tambahan lagi, yang paling utama dengan pilihan kita itu, moga-moga Allah bimbing kita untuk merasai  nikmat kejayaan Islam seperti yang telah dijanjikanNya sebagaimana yang ditunjukkan kepada pemuda Al-Kahfi setelah sekian lama ditidurkan. Atau lebih baik, Allah kurniakan kepada kita nikmat tegolongan dalam golongan yang membantu agamaNya menjadi pemuda al-Kahfi untuk abad ini



Kesimpulan: Jauhi Kelalaian yang melenakan
Dr ‘Aid Abdullah Al-Qarni ada menyebutkan beberapa halangan yang menyebabkan remaja terutamanya sukar untuk melakukan perubahan. Antaranya:
Mengetepikan orang yang berilmu dalam kalangan ulama’ khususnya atau golongan professional dengan lebih mengagungkan idola-idola yang melalaikan
Menjauhi tempat pengajian dan masjid serta lebih utamakan hiburanBerlebihan dalam bermain dan terlalu teruja meminati sukanSuka berteriak dan saling mencela serta bertutur dengan bahasa kasarMenjadi supporter fanatic dan mudah terpengaruh

Ayuh para pemuda kita muhasabah semula.Memang muda hanya sekali.Begitu juga mati. Bahkan mati tidak kenal usia atau keadaan bersedia, ia datang bila-bila masa. Selain itu, generasi akan datang juga dicorakkan oleh pemuda. Baik pemudanya baiklah generasi seterusnya

Mulakan langkah perubahan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kelanamuslim.blogspot.com/2016/09/pembentukan-pemuda-menjauhi-budaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerusi Parlimen Tambun Pemuda Pkr Bidas Aziz Bari

Kerusi Parlimen Tambun Pemuda Pkr Bidas Aziz Bari

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 202 hits
October 30 2021Pemuda PKR cabang Tambun berpendapat bahawa kerusi kawasan parlimen itu adalah milik PKR selepas penyandangnya Bersatu telah keluar daripada Pakatan Harapan Ketuanya Ashraf Kahasani berkata bahawa ini kerana PKR hanya meminja...
I Citra Jadi I Kecewa Netizen Kecam Harapan Palsu Pemuda Asyraf Wajdi

I Citra Jadi I Kecewa Netizen Kecam Harapan Palsu Pemuda Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 366 hits
AGENDA DAILY Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan pergerakan itu dikecam hebat kerana memberi harapan palsu berkaitan pengeluaran i Citra RM10 000 secara one off Rakyat marah Bukan disebabkan Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk...
Auto Behave Semua Member Dia Pemuda Hati Kering Siap Angkut Mak Lepak Dengan Member

Auto Behave Semua Member Dia Pemuda Hati Kering Siap Angkut Mak Lepak Dengan Member

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 248 hits
Baru baru ini tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan gelagat seorang pemuda yang membawa seorang teman istimewa ketika lepak bersama kawan kawannya Akan tetapi peneman yang dimaksudkan itu bukanlah awek atau girlfriend sebaliknya ...
Mokhtar Senik Tempelak Pemuda Umno Jangan Berlagak Sombong

Mokhtar Senik Tempelak Pemuda Umno Jangan Berlagak Sombong

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 157 hits
Seorang ulama kanan PAS hari ini mentarbiah Pemuda Umno berhubung isu hubungan di antara kedua dua parti yang ketika ini dilihat tidak menentu Anggota Jawatankuasa Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik berkata apabila Tuhan memberi peluang untuk se...
Kodai Makan Ain Perkampungan Budaya Terachi Tanjung Ipoh Negeri Sembilan

Kodai Makan Ain Perkampungan Budaya Terachi Tanjung Ipoh Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 342 hits
Pintu masuk ke Kodai Makan Ain Banner Kodai Makan Ain Restoran Kodai Makan Ain ni terletak di Perkampungan Budaya Terachi Tanjung Ipoh Negeri Sembilan Kodai tu maksudnya kedai la bahasa orang nogeri simlan Masakan di sini adalah masakan ala...
Diserbu Warganet Indonesia Usai Sebut Wayang Kulit Budaya Malaysia Adidas Singapura Minta Maaf

Diserbu Warganet Indonesia Usai Sebut Wayang Kulit Budaya Malaysia Adidas Singapura Minta Maaf

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 187 hits
Rilis koleksi sneakers yang berkolaborasi dengan 5 negara di Asia Tenggara seri wayang kulit tersebut diketahui tidak dijual di Indonesia
Jika China Boleh Berbaik Dengan Taliban Mengapa Tidak Malaysia Soal Pemuda Pas

Jika China Boleh Berbaik Dengan Taliban Mengapa Tidak Malaysia Soal Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 300 hits
China menyalurkan dana berbilion ringgit untuk mengukuh Belt and Road Initiative di Afganistan kata Khairil Nizam Khirudin PETALING JAYA Pemuda PAS mencadangkan agar kerajaan Malaysia memulakan hubungan dua hala dengan pemerintahan Taliban ...
Ahmad Fadhli Terajui Pemuda Pas Penggal 2021 2023

Ahmad Fadhli Terajui Pemuda Pas Penggal 2021 2023

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 289 hits
Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat PETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari diumumkan sebagai Ketua Pemuda PAS yang baharu bagi penggal 2021 hingga 2023 ...
Ketua Pemuda Bersatu Tarik Kerusi Roda Dari Bawah Buat Warganet Ketawa

Ketua Pemuda Bersatu Tarik Kerusi Roda Dari Bawah Buat Warganet Ketawa

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 339 hits
FAZLI RADZIRata rata warganet menyindir Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dilihat menarik sebuah kerusi roda dari bawah menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka Dia tarik gais bukan sorong PRN Melaka punya ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba