Pembedahan Pisahkan Kembar Siam Pramatang Berjaya Selepas 24 Jam Kedua Bayi Stabil


Bayi kembar Pramatang berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan yang dilakukan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur semalam.
Menurut laporan Berita Harian, HTA telah melakar sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan memisahkan kembar siam pramatang yang mempunyai berat 2.7kg itu.
Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari, berkata pembedahan seumpama itu biasanya dilakukan ketika usia bayi antara tiga hingga enam bulan.
Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, pasangan itu terpaksa menjalani pembedahan segera pada usia 17 hari.
“Bayi kembar lelaki ini dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan dan dirujuk oleh Pakar Neonatologi HRPB, Dr Maneet Kaur untuk rawatan lanjut di HTA.

“Selepas perbincangan antara doktor pakar HRPB dan HTA secara dalam talian pada 15 Mac lalu, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu disepakati,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook HTA, malam tadi.
Melibatkan 13 Doktor Pakar & Hampir 20 Jururawat Sepanjang Pembedahan
Dr Zakaria berkata, pasukannya disertai 13 doktor pakar, termasuk enam pakar bedah kanak-kanak dari seluruh negara, berserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak.
Katanya, pasangan kembar siam jenis Omphalophagus itu berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi utama dan didapati berkongsi bahagian hati, manakala organ lain didapati normal.
“Proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudian dihantar balik ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) pada jam 2 petang.
“Dengan sokongan pasukan Neonatologi, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Dr Zakaria berkata, sejak pembukaan HTA, pembedahan itu adalah yang ketiga bagi pasangan bayi kembar siam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengucapkan tahniah kepada pasukan HTA atas kejayaan pembedahan pasangan kembar siam yang paling muda itu.
“Pembedahan ini berjaya memisahkan pasangan bayi kembar yang bercantum di bahagian dada dan usus.
“Tahniah dan syabas kepada pasukan HTA yang diketuai Datuk Dr Zakaria kerana berjaya memisahkan bayi kembar ini dan kini mereka dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya melalui Twitternya.
 
Hari ini, sejarah tercipta di Hospital Tunku Azizah (HTA) di mana satu pembedahan “kembar siam” memisahkan pasangan bayi kembar yang bercantum pd bahagian dada termasuk hati & usus.
Pasangan kembar ini telah dilahirkan pramatang pd usia 33 minggu & adalah kembar siam paling muda pic.twitter.com/o7geLhlT0z
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 19, 2022

Sumber: Berita Harian
 Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Pembedahan Pisahkan Kembar Siam Pramatang Berjaya, Selepas 24 Jam, Kedua Bayi Stabil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pembedahan-pisahkan-kembar-siam-pramatang-berjaya-selepas-24-jam-kedua-bayi-stabil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Permaisuri Agong Berkenan Ziarah Pasangan Kembar Siam

Raja Permaisuri Agong Berkenan Ziarah Pasangan Kembar Siam

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 183 hits
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menziarahi pasangan kembar siam pramatang di Hospital Tunku Azizah hari ini PETALING JAYA Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menziarahi pasangan kembar ...
Apa Yang Boleh Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid

Apa Yang Boleh Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 244 hits
Apa Yang Boleh Tak Boleh Dibuat Selepas Pembedahan Open Myomectomy Fibroid Disebabkan cik en banyak pantang larang sepanjang pantang ini termasuk bercuti selama sebulan cik en cuba untuk amalkan tips tips untuk menyembuhkan luka pembedahan ...
Tak Sempat Berjoli Suspek Berjaya Ditahan Polis Sejam Selepas Kejadian Rompakan Van Keselamatan Di Puchong Prima

Tak Sempat Berjoli Suspek Berjaya Ditahan Polis Sejam Selepas Kejadian Rompakan Van Keselamatan Di Puchong Prima

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 363 hits
Tak sempat berjoli suspek berjaya ditahan polis sejam selepas kejadian rompakan van keselamatan di Puchong PrimaPolis berjaya menahan suspek yang merompak dan menembak mati pengawal keselamatan dalam kejadian rompakan van keselamatan jam 5 ...
Kami Tak Mahu Anak Ini Lepas 5 Jam Lahir Bawa Bayi Meninggal Ke Hospital

Kami Tak Mahu Anak Ini Lepas 5 Jam Lahir Bawa Bayi Meninggal Ke Hospital

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 145 hits
Kehadiran anak dianggap sebagai pembawa rezeki Ada pasangan yang diuji dengan bertahun tahun kahwin masih belum dikurniakan cahaya mata Namun ada juga yang rezekinya sentiasa murah dengan kehadiran anak Seperti pengalaman seorang pegawai ke...
Ibu Hamil Alami Keguguran Selepas 4 Jam Menunggu Rawatan Sakit Perut Di Hospital

Ibu Hamil Alami Keguguran Selepas 4 Jam Menunggu Rawatan Sakit Perut Di Hospital

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 161 hits
Hospital Wanita dan Kanak Kanak Singapura sedang menyiasat dakwaan seorang wanita hamil yang terpaksa menunggu selama empat jam untuk dirawat kerana sakit perut sehingga menyebabkan dia mengalami keguguran Prof Tan Hak Koon pengerusi Bahagi...
Bayi Kembar Lahir Bersama Kantung Ketuban

Bayi Kembar Lahir Bersama Kantung Ketuban

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 115 hits
DUA bayi kembar berjaya dilahirkan melalui pembedahan Caesarean di Valencia Twitter MADRID Seorang bayi perempuan yang merupakan kembar dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean Section dengan kantung ketuban yang masih utuh lapor akhbar Mir...
Tak Pernah Putus Asa Elizad Bakal Buat Ivf Kali Kedua Warganet Doakan Semoga Dipermudahkan Urusan

Tak Pernah Putus Asa Elizad Bakal Buat Ivf Kali Kedua Warganet Doakan Semoga Dipermudahkan Urusan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 148 hits
Tidak pernah kenal erti putus asa dalam mendapatkan zuriat pelakon dan pengacara radio Siti Elizad Sharifuddin atau Elizad sekali lagi mendapatkan rawatan In Vitro Fertilisation setelah percubaan kali pertama pada 2020 menggunakan rawatan y...
Ismail Mahu Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Asean

Ismail Mahu Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Asean

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 142 hits
Ismail mahu Bahasa Melayu jadi bahasa kedua ASEAN Kerajaan akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin ASEAN untuk cadangan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua rantau ini Ia dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda ke peringkat a...
Asmirandah Curhat Pilu Usai Keguguran Anak Kedua Berusaha Tegar Dan Ikhlas

Asmirandah Curhat Pilu Usai Keguguran Anak Kedua Berusaha Tegar Dan Ikhlas

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 160 hits
Ia berterima kasih kepada Chloe anak pertamanya yang selalu berada di samping Asmirandah di saat sedih
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy