Pembedahan Bariatrik Bukan Sahaja Atasi Obesiti Mampu Kawal Diabetis Dan Darah Tinggi



MASALAH obesiti dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meruncing kerana tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sempurna.

Berdasarkan laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Lebih membimbangkan, dianggarkan 3.3 juta individu juga disahkan mengalami masalah obesiti dan hal ini berkait rapat dengan faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Obesiti turut menjadi penyumbang utama kepada masalah perubatan lain seperti diabetes, hipertensi, hyperkolesterol, gangguan tidur dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA) dan lain-lain.



Sebanyak 80 peratus bahagian perut pelawak Rahim Sepahtu dibuang selepas melakukan pembedahan Sleeve Gastrectomy.

Pun begitu, semenjak kebelakangan ini, pembedahan dikenali sebagai bariatrik semakin menjadi pilihan dalam kalangan pesakit obesiti yang dilihat sebagai salah satu kaedah penurunan berat badan terbaik malah berkesan.

Menurut Pakar Bedah Bariatrik di iHeal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri, Dr. Mustafa Mohamed Taher, pembedahan itu sebenarnya bukan semata-mata untuk mengurangkan berat badan sebaliknya dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan dalam jangka masa panjang.

Tiga jenis pembedahan bariatrik

Secara asasnya kata Dr. Mustafa, pembedahan bariatrik terbahagi kepada tiga iaitu Sleeve Gastrectomy, Gastric Bypass dan Adjustable gastric band atau Band Gastrik boleh laras.

"Ketiga-tiga pembedahan ini secara asasnya mengurangkan saiz perut yang akan mengehadkan penyerapan dan pencernaan makanan ekoran pengambilan makanan dalam kuantiti terhad selepas pembedahan.

"Rahim (Sepahtu) sebagai contoh, saya melakukan pembedahan Sleeve Gastrectomy ke atasnya yang mana prosedur itu melibatkan pembuangan 70 ke 80 peratus perut.



Dr. Mustafa bersama salah seorang pesakitnya, Wan Hatinie Wan Pa yang berjaya mengurangkan berat badannya sehingga 78 kilogram.

"Ia bersesuaian dengannya kerana beberapa faktor kesihatan dialaminya selain Rahim juga mengalami masalah OSA yang agak teruk sejak dua tahun lalu," jelasnya.

Manakala penyanyi Aishah dan pelawak Vicha turut melalui prosedur Gastric Bypass di mana perut tidak dibuang memandangkan kedua-dua mereka mengalami masalah gastrik yang teruk.

Kebiasaannya sebelum pembedahan pesakit perlu menjalani ujian kesihatan termasuk memeriksa setiap organ dalam badan seperti paru-paru, jantung menerusi kaedah ultra bunyi.
Dr. Mustafa Mohamed Taher
Pakar Bedah Bariatrik
"Makanan yang memasuki bahagian perut akan memintas bahagian pertama dan tengah usus kecil ke bahagian akhir usus kecil yang akan melambatkan penernaan dan penyerapan makanan," ujarnya.

Bariatrik untuk pesakit diabetes

Dr. Mustafa memberitahu kebanyakan pesakitnya bukan sahaja mengalami masalah obesiti sebaliknya penghidap diabetes dan darah tinggi tidak terkawal.



Dr. Mustafa memberitahu risiko pembedahan bariatrik tidak tinggi dan selamat.

Katanya, pembedahan bariatrik sebenarnya membantu pesakit ini untuk mengawal kandungan glukosa dalam badan dan kebanyakan kes memperlihatkan pesakit mula berhenti mengambil suntikan insulin dan ubat-ubatan selepas beberapa bulan melakukan pembedahan.

"Selepas pembedahan perubahan dalam pemakanan akan berlaku ekoran saiz perut yang sudah mengecil dan bagi pesakit yang menghidap diabetes dan darah tinggi ia memberi kelebihan kepada mereka.

"Dalam tempoh dua ke enam minggu selepas pembedahan berat badan pesakit bukan sahaja akan turun sehingga 70 peratus tetapi kandungan glukosa selain tekanan darah bagi pesakit darah tinggi akan kembali normal.

"Ini terjadi kerana ia berkait rapat dengan perubahan kuantiti makanan yang diambil membantu kawalan glukosa dalam badan.



Dr. Mustafa memberitahu pembedahan bariatrik terbahagi kepada tiga jenis mengikut kesesuaian pesakit.

"Alhamdulillah ramai pesakit saya yang menderita penyakit ini sudah tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan selain menitikberatkan pemakanan dan senaman berterusan," katanya.

Persediaan sebelum pembedahan

Menjelaskan lebih terperinci mengenai pembedahan itu, Dr. Mustafa berkata, pesakit perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul selepas pembedahan.

"Kebiasaannya sebelum pembedahan pesakit perlu menjalani ujian kesihatan termasuk memeriksa setiap organ dalam badan seperti paru-paru, jantung menerusi kaedah ultra bunyi.

"Sekiranya pesakit mengalami masalah diabetes, darah tinggi atau penyakit lain kita akan stabilkan dahulu keadaan mereka dan sekiranya perlu pesakit dikehendaki mengambil ubat dan diet khas seminggu sebelum pembedahan.

"Risiko pembedahan ini tidak tinggi sebenarnya tetapi langkah-langkah berjaga-jaga ini perlu diambil kira bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan baik," jelasnya.



Dr. Mustafa (dua dari kiri) bersama Rahim (kanan) yang menjalani pembedahan pada tahun lalu.

Ditanya mengenai golongan sesuai untuk pembedahan ini, Dr. Mustafa berkata, pesakit berusia 18 hingga 65 tahun yang mempunyai BMI  lebih daripada 32.5 tanpa sebarang penyakit layak melakukan pembedahan.

Manakala calon yang mempunyai sejarah penyakit seperti dibincangkan dengan BMI>27.5 layak untuk menjalani pembedahan.

Berjaya kurangkan berat badan daripada 114 kilogram kepada 78 kilogram

Bagi usahawan, Wan Hatinie Wan Pa, beliau memberitahu masalah seperti diabetes, darah tinggi dan sakit lutut menjadi pendorong utamanya untuk menjalani pembedahan bariatrik pada Januari tahun lalu.

Kata Wan Hatinie, sebelum pembedahan berat badannya mencecah 114 kilogram dan sejak itu dia berjaya mengurangkan kepada 78 kilogram.

Paling utama katanya, dia kini dapat menjalani gaya hidup sihat selain kualiti hidup lebih baik dalam melakukan aktiviti sehariannya.

"Alhamdulillah masalah tidur, diabetes, darah tinggi selain sakit lutut dan belakang sudah tidak ada lagi.



Berat badan Wan Hatinie sebelum ini pernah mencecah 114 kilogram.

"Malah beberapa hari selepas pembedahan saya tidak lagi berdengkur dan sakit lutut dan belakang berkurangan sejajar dengan penurunan berat badan.

"Paling utama saya tidak lagi mengambil ubat untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi... Boleh dikatakan saya pulih sepenuhnya daripada penyakit itu," ujarnya.

Bagaimanapun kata Wan Hartinie, perubahan itu bukan alasan untuk dia kembali dengan tabiat lama sebaliknya disiplin dan gaya hidup menjadi kunci utama selepas pembedahan.

"Selepas pembedahan memang selera makan itu bertukar secara automatik dan pengambilan makanan pun lebih sedikit berbanding dahulu.

"Ia memang banyak membantu tetapi ia juga bergantung kepada diri sendiri untuk memastikan kesihatan terus berada dalam tahap baik kerana ini bukan pembedahan kosmetik atau buang lemak," ujarnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/pembedahan-bariatrik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anda Tahu Daun Ini Daun Dari Buah Ini Mampu Merawat Darah Tinggi Ini Caranya Rileks Media

Anda Tahu Daun Ini Daun Dari Buah Ini Mampu Merawat Darah Tinggi Ini Caranya Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 371 hits
Tekanan darah tinggi merupakan pem bu nuh senyap Kira kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen ke semua sel sel dan organ organ dalam ba...
5 Jenis Buah Untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

5 Jenis Buah Untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 630 hits
Tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang berisiko Selalu darah tinggi ini menyerang orang yang sudah berumur tetapi juga turut menyerang kanak kanak Apabila tekanan darah tinggi seseorang terlalu parah ia boleh membawa maut dan m...
Orang Yang Ada Penyakit Darah Tinggi Wajib Patuhi 4 Tips Ni Kalau Nak Sihat

Orang Yang Ada Penyakit Darah Tinggi Wajib Patuhi 4 Tips Ni Kalau Nak Sihat

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 1102 hits
Orang Yang Ada Penyakit Darah Tinggi Wajib Patuhi 4 Tips Ni Kalau Nak Sihat Darah tinggi penyakit biasa tapi boleh jadi luar biasa kesannya Suami MF dah mewarisi penyakit ni memang dah mula makan ubat dah pun setiap hari Apa pun penyakit ni...
Sakit Kepala Mata Jadi Kabur Darah Tinggi Tanda Praeklampsia 4 Kategori Ibu Hamil Mesti Waspada

Sakit Kepala Mata Jadi Kabur Darah Tinggi Tanda Praeklampsia 4 Kategori Ibu Hamil Mesti Waspada

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 385 hits
Praeklampsia dan eklampsia ialah dua keadaan yang berbeza doktor terangkan dengan lebih lanjut Perkongsian ini boleh dijadikan panduan buat ibu ibu hamil yang mungkin berhadapan dengan masalah praeklampsia atau mengalami simptom simptomnya ...
Bagaimana Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Bagaimana Mengawal Tekanan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 615 hits
Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor Nombor kad pengenalan nombor pin tarikh lahir tarikh tutup masa nombor telefon Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita angka angka seperti berat badan ketinggian tekanan darah sai...
Kebanyakan Makan Durian Sopir Angkot Di Tangerang Tewas Bersimbah Darah Pembuluh Darah Pecah

Kebanyakan Makan Durian Sopir Angkot Di Tangerang Tewas Bersimbah Darah Pembuluh Darah Pecah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 263 hits
Adie Syarifudin tewas mengenaskan bersimbah darah oleh temannya Ternyata Adie tewas karena kebanyakan makan durian Jenazah Adie saat ini telah dibawa ke rumah duka di Desa Warna Sigra Kecamatan Sindangkasih Kabupaten Ciamis Adie ditemukan t...
Ini Cara Lihat Fenomena Langka Supermoon Darah Di Indonesia 21 Januari

Ini Cara Lihat Fenomena Langka Supermoon Darah Di Indonesia 21 Januari

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 217 hits
Gerhana bulan total yang disebut Supermoon Darah atau Super Blood Wolf Moon akan menjadi peristiwa alam yang paling menyita perhatian di bulan Januari ini Saat itu bulan akan bulat sempurna dan berwarna merah
Laksa Penang Terkenal Campur Darah Babi

Laksa Penang Terkenal Campur Darah Babi

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 928 hits
Semalam terbaca satu artikel yang di kongsikan satu page ni pasal Kuah laksa yang di campur dengan darah khinzir babi bagai menyedapkan rasa Kedai tu milik bukan muslim tiada status halal So suka hati dianak letak bahan haram bagi umat Isla...
Banyak Warga Palembang Belum Pernah Cek Darah Lihat Jarum Saja Gemetar

Banyak Warga Palembang Belum Pernah Cek Darah Lihat Jarum Saja Gemetar

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 230 hits
Warga Palembang ternyata masih banyak yang belum pernah melakukan cek darah Rata rata usia 40 tahun ke atas Lihat jarum saja ada gemetar belum lagi kalau hasilnya tidak bagus
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities