Pembayaran Yuran Tabika Kemas Anak
hai assalammualaikum
Pembayaran Yuran Tabika Kemas Anak - Ingat lagi bulan 10 kot, nad dengan suami pergi sekolah Tabika kemas yang berdekatan dengan rumah. Pergi sebab nak tanya berkenaan pengambilan pelajar baru, bila boleh daftar. Disebabkan tahun depan Fariza dah 5 tahun, memang dah kena pergi sekolah la kan. Kitaorang tak hantar 4 tahun sebab nak cari sekolah untuk budak 4 tahun dekat sini macam jauh dari rumah. Jadi, tunggu je usia dia 5 tahun. Jadi, 4 tahun tu memang dia belajar dekat rumah jela, mommy la cikgu dia..hehee. Alhamdulillah, sekarang sikit-sikit dah kenal huruf, dah tau nama dia, dah tau nombor lebih dari 10. Senang masuk sekolah dah tau sikit-sikit. Takda la cikgu pening..huhu.
Masa pergi tanya tu, alhamdulillah, Tabika Kemas tu masih kosong dan tak ramai lagi parents yang datang dan tanya. Dapatla Fariza dekat sekolah Tabika ni. Takda dah pening dah..semua dah selesai..hehee. Terus bayar deposit sebab memang kitaorang nak sekolah tu juga..hehee..
Pertengahan bulan 12, cikgu dah mula masukkan nombor dalam group whatsup..hahaa. Sellau tengok mak-mak lain cerita pasal group whatsup. Nah sekarang nad pulak. Tapi cikgu tu buat only admin can chat . Bagus cikgu, takdela parents tanya merepek-merepek nanti..kihkihkih.
Hari Isnin, Cikgu hantar whatsup tanya berkenaan pembayaran yuran sekolah anak. Kena datang semalam untuk buat pembayaran dengan waktu sekian-sekian. Mana yang ibu bapa tak dapat datang, boleh buat pada hari lain.
Nad memang free la semalam. Memang kalau boleh nak bagi selesai semua dengan cepat. Duit pun d ada untuk yuran anak.
Masa kitaorang datang, cikgu pun terangkan apa yang termasuk dalam yuran.
Jadi ni antaranya,
- pendaftaran
- insuran kanak-kank ( incase berlaku apa-apa kat anak )..Tak sangka ada insuran segala..huhu
- yuran bulanan
- baju sukan (wajib)'
- baju uniform sekolah
- yuran aktiviti
Tadi ada bayar yang lain sekali, macam baju hari jumaat, alat tulis, dan lain nad lupa..hahaa..Baru tau alat tulis pun semua disediakan pihak sekolah..Dulu nad sekolah semua sediakan sendiri..hahaa. Jadi, bila anak nak sekolah memang kita pun beria la belikan dan sediakan. Sekali, lol..Tapi takpela, yang nad belikan boleh guna untuk darjah 1..hah..tak yah beli dah..hahaa..
Cikgu siap cakap pasal waktu makan, dan hari datang sekolah bulan 12 nanti.
Masa datang tabika, nad pulak yang gementar. Mana taknya, duk fikri macam mana la Fariza nanti bila masuk sekolah. Ada tak kawan? Macam mana dia nak borak dengan kawan? Dapat tangkap tak apa yang cikgu ajar? Alahai macam-macamla..
Tapi Fariza ni jenis memang tak sabar nak berkawan dan nak menulis. Harap nanti semuanya ok la..huhu..Fariza ni selagi orang tu tak tegur, dia pun malu nak tegur. huhu..ok nanti kita tengok macam mana..Nervous ya..hehee
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/11/pembayaran-yuran-tabika-kemas-anak.html