3 Doa Suami Boleh Amalkan Untuk Pimpin Isteri Anak Ke Jannah


Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat. Setiap suami mahukan isterinya dikurniakan Jannah, begitu juga si ibu mendoakan anak-anak dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebahagiaan berpanjangan. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rumah tangga yag kekal harmoni dan sentiasa diberkati Allah SWT?
Menurut Ustaz Ebit Lew tiada siapa boleh beri kita bahagia melainkan Allah SWT sahaja. Dialah yang memberikan hati kita tenang dan bahagia. Dialah yang menjadikan suami/isteri saling sayang-menyayang dan anak-anak baik mendengar kata.
Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Allah SWT bagi macam-macam nikmat kepada kita.
Nak bahagia kena berjuang dan berkorban
Macam mana nak buat supaya anak-anak dengar cakap, macam mana nak buat supaya isteri/suami bertambah sayang pada kita? Apa amalan-amalan yang patut kita buat?
Artikel Menarik: [Tak Salah Suami Isteri Gaduh, Jadi Lebih Harmoni. Syaratnya, Jangan Maki!]
Tambah Ustaz lagi, kalau kita nak kan kebahagiaan tersebut mula-mula sekali kena buat baik pada keluarga, sentiasa doa kepada Allah supaya gerakkan hati pasangan kita untuk sayangkan kita, gerakkan hati anak-anak mudah mendengar cakap.
Oleh itu ketua keluarga iaitu suami kena bawa isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Bawa ahli keluarga belajar iman, kenal Allah dan Rasulullah s.a.w.
Contoh keluarga bahagia dan rumah tangga paling bahagia adalah rumah tangga Nabi s.a.w. Jadikan kisah kehidupan Nabi sebagai contoh kita hidup berkeluarga.Kalau kita nak Allah SWT sayang jadi kita kena sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Allah sayang kita. Dalam hidup ini tak perlu cari siapa salah dan siapa silap. Suami tak perlu cakap isteri silap dan isteri juga tak perlu salahkan suami. Masing-masing kena berkorban dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT.
Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Artikel Menarik: [Dah Ada 2, Masuk 3 Girl Juga. Untungnya Suami Isteri Ada Anak Perempuan Banyak!]
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
Amal 3 Doa Ini Untuk Bahagia:
1. Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang ALlah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekta dengan Allah SWT dan Nabi s.a.w.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Artikel Menarik: [Bila Handphone Jadi ‘Orang Ketiga’, Suami Isteri Bercakap Pun Dah Tak Pandang Muka]
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan peluk cium suami/isteri dan anak-anak.Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua alli keluarganya memeluk Islam.
The post 3 Doa Suami Boleh Amalkan Untuk ‘Pimpin’ Isteri & Anak Ke Jannah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/3-doa-suami-boleh-amalkan-untuk-pimpin-isteri-anak-ke-jannah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Saja Meluah Allah Dah Bagi Doa Seorang Isteri Mustajab Untuk Bebaskan Kesusahan Suami

Baru Saja Meluah Allah Dah Bagi Doa Seorang Isteri Mustajab Untuk Bebaskan Kesusahan Suami

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 459 hits
Termenung kejap mengenangkan kesusahan suami nak bahagiakan hati seorang isteri Bukan suami tak mencuba untuk mencari duit lebih tetapi mungkin rezeki terbaik masih belum sudi menyinggah Jadi macam biasa aku memlilih untuk berdoa demi sebua...
Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 479 hits
Setiap perkahwinan pasti pernah dilanda badai Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka antara satu sama lain Itu adalah lumrah kehidupan berumah tangga Tiada masalah untuk sesekali berselisih pendapat kerana dengan cara itu kita akan lebi...
Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah Curah

Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan Dan Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah Curah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 318 hits
Gambar sekadar hiasan Sumber kabarmakkah comPerasan tak sekarang Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga Kalau ada pun time makan tu masing masing leka main henset atau pun sibuk melayan tv AllahuSemasa saya di taman petang t...
Isteri Hamil Ditikam Suami Pandu Sendiri Kereta Pergi Hospital Selamat Melahirkan Anak

Isteri Hamil Ditikam Suami Pandu Sendiri Kereta Pergi Hospital Selamat Melahirkan Anak

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 1072 hits
Kejam dan tidak berperikemanusiaan hari ini dilaporkan seorang wanita yang merupakan guru sedang sarat mengandung telah ditikam oleh suaminya sendiri Kejadian yang berlaku di Putrajaya kira kira pukul 9 50 mengakibatkan guru berusia 35 tahu...
7 Doa Yang Setiap Ibu Patut Amalkan Untuk Anak Anak

7 Doa Yang Setiap Ibu Patut Amalkan Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 391 hits
Doa yang ikhlas dan penuh pengharapan hanya kepada Allah InsyaAllah akan diperkenankan oleh Allah Walaupun kita berdoa dalam bahasa Melayu ke Inggeris ke Allah faham semuanya Tapi kalau kita hafal doa yang datangnya daripada Al Quran tentu ...
Nak Outstation Lama Isteri Siapkan Baju Amp Makanan Untuk Suami Amp Anak Ikut Hari

Nak Outstation Lama Isteri Siapkan Baju Amp Makanan Untuk Suami Amp Anak Ikut Hari

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 367 hits
Pengorbanan isteri dan ibu sememangnya sangat besar Bukan sahaja bertarung nyawa bagi melahirkan zuriat tercinta malahan sanggup menguruskan rumah tangga supaya suami serta anak anak selesa menjalani hari hari mendatang Lebih hebat lagi apa...
Betapa Kuatnya Doa Seorang Isteri Jika Ikhlas Makin Membuak Rezeki Suami

Betapa Kuatnya Doa Seorang Isteri Jika Ikhlas Makin Membuak Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 306 hits
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT Kita sebagai manusia boleh berusaha berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika tidak dapat...
Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi

Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1201 hits
Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji di sisi Allah Subhanahu wa Ta ala Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah ...
Isteri Boleh Buat Semuanya Sendiri Tapi Kalau Suami Bantu Benda Boleh Jadi Perfect

Isteri Boleh Buat Semuanya Sendiri Tapi Kalau Suami Bantu Benda Boleh Jadi Perfect

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 490 hits
Di dalam sesebuah perkahwinan tugas suami bukan sekadar mencari dan memberi nafkah kepada suri hatinya Sangat penting untuk suami mempunyai sikap toleransi dan memahami agar isteri merasa dihargai Dengan itu hubungan antara suami isteri jug...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online