Pembangunan Tempasuk Agenda Calon Keadilan Mustapha Sakmud


 

Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, Mustapha Sakmud mempunyai cita-cita untuk membangunkan kawasannya setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

 Beliau berpandangan Tempasuk masih jauh ketinggalan walaupun Barisan Nasional (BN) sudah mentadbir negeri Sabah selama 40 tahun.
 "Pembangunan masih ketinggalan kalau dibanding dengan semenanjung. Ada jalan masuk yang masih belum bertar dan di kampung-kampung lebih teruk, tidak ada sistem langsung. Kalau nak dapat surat perlu dapatkan di balai raya dan masjid.
 "Sistem pendidikan juga sama, ada sekolah yang masih dibina menggunakan kayu, saya rasa di semenanjung sudah tidak ada sekolah seperti ini, malah sekolah dibina di kawasan banjir sekali gus menyukarkan anak-anak ke sekolah," katanya.
 Mustapha juga berasa kesal kerajaan negeri terdahulu gagal menyediakan perbelanjaan untuk pembangunan secukupnya yang amat diperlukan rakyat.
 "Tidak dinafikan ada pembangunan tapi kadar pembangunan itu amat rendah. Bajet kerajaan negeri sebelum ini adalah dalam RM4 bilion untuk pengurusan negeri, dengan 84 peratus untuk pengurusan sedangkan untuk pembangunan hanya 16 peratus.
 "Mana mungkin boleh bangunkan kawasan, dan kalau berbanding kerajaan negeri Selangor, mereka melakukan bajet seimbang sebanyak 50 peratus pengurusan dan 50 peratus untuk pembangunan.
 "Bila Warisan ambil alih, kita baru nak mula mencari alternatif dan ia mengambil masa tetapi baru nak merangka dalam 26 bulan, dewan dibubarkan sebab kerasukan orang terdahulu mahu mengambil kuasa secara paksa dan kita perlu bertanding semula untuk mendapat mandat rakyat.
 "Ini lagilah melambatkan proses pembangunan negeri dan menyebabkan ekonomi berjalan dengan agak perlahan," katanya.
 Mustapha juga berharap dapat memperbaiki sistem pengurusan pertanian di Tempasuk.
 "Di Sabah, Tempasuk antara kawasan yang mempunyai jelapang padi dan menyumbang kepada 24 peratus hasil keluaran beras negeri, dengan 1 peratus sahaja dari luar negeri.
 "Namun, satu hektar pendapatannya tidak sampai 2 tan dengan satu ekar adalah RM300 dan kalau 3 ekar pendapatannya adalah RM900 hasil daripada 4 bulan dalam satu musim menuai padi.
 "Jadi, generasi muda petani terbeban dengan pendapatan kecil sebab mereka kata kalau kerja sekuriti pendapatan sampai RM1,200. Jadi kita mahu perbaiki sistem pengurusan pertanian di sini," katanya.
 Justeru, Mustapha membantu petani-petani di Tempasuk mempelajari sistem pengurusan pertanian di Sekinchan, Selangor.
 "Semasa Kongres KEADILAN di Selangor, saya bawa 50 orang dari Cabang Kota Belud untuk melawat jelapang padi di Sekinchan, Tanjong Karang.
 "Di Sekinchan, sistemnya agak teratur dan hasil satu hektar boleh mencecah 8 hingga 12 tan, jauh perbezaannya dengan petani di Sabah.
 "Jadi kita cuba ambil pengalaman dari negeri Selangor, kita buat perjanjian persefahaman antara Cabang KEADILAN Kota Belud dan Cabang Tanjong Karang dan selepas pegang kerajaan negeri insya-Allah kita akan buat program sekelompok petani muda akan dibawa ke Selangor untuk mempelajari sistem penanaman dan perairan untuk dibawa ke Tempasuk untuk selesaikan isu pertanian di kawasan ini," katanya.

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/pembangunan-tempasuk-agenda-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesyuarat Keadilan Putuskan Tidak Sokong Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Ph

Mesyuarat Keadilan Putuskan Tidak Sokong Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Ph

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 266 hits
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Ahli Parlimen KEADILAN hari ni KEADILAN mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertahankan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk ...
Pm Tidak Patut Ugut Rakyat Sabah Calon Calon Keadilan

Pm Tidak Patut Ugut Rakyat Sabah Calon Calon Keadilan

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 288 hits
Tujuh calon KEADILAN meluahkan rasa terkilan terhadap kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah olah hanya akan memberi bantuan kepada Sabah jika pengundi memilih parti kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Negeri Saba...
Calon Termuda Bn Ikrar Bawa Perubahan Drastik Demi Pembangunan Belia

Calon Termuda Bn Ikrar Bawa Perubahan Drastik Demi Pembangunan Belia

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 336 hits
Kelebihan sifat keperibadian calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri Tandek dipercayai akan membawa perubahan drastik kepada pembangunan belia dan masyarakat di Kota Marudu Yillson Yanggun 23 tahun yang merupakan calon termuda dalam Pi...
Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 331 hits
Parti Keadilan Rakyat ingin meletakkan calon di 14 kerusi DUN Sabah dalam Pilihan Raya Negeri pada 26 September ini Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Simsudin Sidek berkata walaupun parti pernah bertanding jumlah kerusi...
Kenyataan Media Keadilan Tampil Gandingan Calon Berpengalaman Dan Baharu Pelbagai Kaum Dan Berwibawa Untuk Prn Sabah

Kenyataan Media Keadilan Tampil Gandingan Calon Berpengalaman Dan Baharu Pelbagai Kaum Dan Berwibawa Untuk Prn Sabah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 434 hits
KEADILAN TAMPIL GANDINGAN CALON BERPENGALAMAN DAN BAHARU PELBAGAI KAUM DAN BERWIBAWA UNTUK PRN SABAH KEADILAN adalah sebuah parti pelbagai kaum nasional Perlembagaan Parti mengiktiraf kedudukan istimewa wilayah Sabah dan Sarawak dalam Perse...
Calon Keadilan Dun Klias Kesal Ada Pengundi Disogok Dengan Wang

Calon Keadilan Dun Klias Kesal Ada Pengundi Disogok Dengan Wang

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 276 hits
Calon KEADILAN DUN Klias Abdul Rahman Yakub meluahkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah calon yang cuba meraih undi rakyat dengan sogokan wang Beliau berkata setiap calon seharusnya bertanding dengan mengamalkan budaya politik yang siha...
Prn Sabah Calon Keadilan Dun Klias Gemar Bertemu Rakyat

Prn Sabah Calon Keadilan Dun Klias Gemar Bertemu Rakyat

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 418 hits
BEAUFORT Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Klias Abdul Rahman Yakub mengakui gemar bersemuka dengan rakyat dari rumah ke rumah ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sabah Beliau berkata hampir semua tempat di Klias sudah ...
Majoriti Rakyat Sabah Akan Pilih Keadilan Di Dun Tempasuk

Majoriti Rakyat Sabah Akan Pilih Keadilan Di Dun Tempasuk

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 193 hits
Majoriti rakyat Sabah khususnya penduduk di kerusi Dewan Undangan Negeri Tempasuk hampir pasti akan memilih calon KEADILAN Mustapha Sakmud untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever