Pembangunan Negara Boleh Terbantut Jika Tidak Dibanci


ZUBIR SULAIMAN   Dr Mohd Uzir Mahidin SHAH ALAM - Perancangan pembangunan negara mungkin terbantut sekiranya masyarakat masih alpa terhadap tanggungjawab mereka dalam mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020).
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bancian penduduk yang dilakukan setiap 10 tahun sejak tahun 1970 itu memainkan peranan penting kepada kerajaan dalam menyediakan prasarana dan kemudahan kepada rakyat.
“Buat masa ini ramai yang tidak tahu mengenai keperluan bancian ini sedangkan ia akan memberi kesan segera terhadap kehidupan seharian mereka khususnya melibatkan kemudahan ataupun keperluan yang bakal disediakan oleh kerajaan.
“Kerajaan memerlukan data bancian ini untuk mencorakkan kehidupan rakyat yang lebih baik. Jadi data-data ini akan digunakan untuk mengurangkan jurang kemudahan antara bandar, menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Mohd Uzir yang juga Pesuruhjaya Banci 2020 berkata, semua keperluan kehidupan berpandukan bancian jumlah penduduk termasuklah dalam aspek menyediakan bekalan sekuriti makanan negara.
Menurutnya, melalui data bancian itu juga kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barang dan sebagainya.
“Jika orang ramai tidak memberi kerjasama dengan baik dalam hal ini maka akan berlaku ketidakcekapan dalam menyediakan kemudahan asas, menentukan sekuriti makanan negara dan menyediakan peluang pekerjaan seterusnya akan memberi kesan kepada ekonomi rakyat.
“Kita mengharapkan orang ramai sedar akan tanggungjawab mereka dalam mencorakkan pembangunan negara pada masa akan datang dengan melengkapkan bancian mereka sama ada menerusi e-Census atau bancian secara bersemuka yang akan bermula bulan depan,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, sehingga semalam seramai 1.5 juta penduduk telah mengisi maklumat Banci 2020 melalui e-Census sejak ia dimulakan pada 7 Julai lalu.
Katanya, jumlah itu bagaimanapun masih jauh daripada sasaran sebenar yang ditetapkan dengan 30 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia menjelang tarikh tutup pada 30 September 2020 nanti.
“Daripada jumlah itu tujuh negeri mencatatkan peratusan melebihi lima peratus iaitu Putrajaya, Perak, Johor, Pulau Pinang, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan.
“Enam lagi negeri melibatkan Kelantan, Sabah, Terengganu, Kedah, Pahang dan Sarawak hanya mencatatkan peratusan di bawah 3.5 peratus,” katanya.
Projek bancian yang memasuki edisi keenam itu membabitkan kira-kira 32.7 juta penduduk dan sembilan juta kediaman.
Ia dijalankan dalam dua fasa dengan yang pertama bermula 7 Julai hingga 30 September depan melalui e-Census, manakala fasa kedua akan bermula 7 hingga 24 Oktober menggunakan kaedah temu ramah secara bersemuka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/pembangunan-negara-boleh-terbantut-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Perang Politik Tapi Jangan Rugikan Negara Wira Black Hawk Down

Boleh Perang Politik Tapi Jangan Rugikan Negara Wira Black Hawk Down

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 329 hits
1 108 total views 1 108 views today KUALA LUMPUR Boleh perang politik tapi jangan sesekali rugikan negara itu pesan Mejar Latif Ladin kepada generasi masa kini sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut 16 Sept i...
Vaksin Covid 19 Mesti Boleh Diakses Kepada Semua Negara Orang Ramai Muhyiddin

Vaksin Covid 19 Mesti Boleh Diakses Kepada Semua Negara Orang Ramai Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 299 hits
M Update 22 9 2020 Vaksin COVID 19 apabila ditemukan mesti boleh diakses oleh semua negara dan orang ramai kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan ...
Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 602 hits
Bila perjalanan jauh mesti ada diantara kita yang akan berhenti di mana mana hentian rehat untuk lelapkan mata buat seketika kerana mata terasa letih Bukan apa hanya untuk rehatkan diri sementara akan meneruskan pemanduan Tetapi tahukah and...
Jaga Sop Sentiasa Pakai Mask Elakkan Perkara Yang Boleh Menyerang Asma Ayden Kongsi Cerita Di Pa Ma Tv

Jaga Sop Sentiasa Pakai Mask Elakkan Perkara Yang Boleh Menyerang Asma Ayden Kongsi Cerita Di Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 379 hits
Pandemik Covid 19 yang mengancam dunia pastinya tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat Tidak perlu mengharapkan vaksin sebaliknya kita berusaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana itulah pencegahan paling total seperti yan...
Ustaz Don Dedah Ini Nasihat Arwah Ustaz Haron Din Yang Boleh Dipegang Seumur Hidup

Ustaz Don Dedah Ini Nasihat Arwah Ustaz Haron Din Yang Boleh Dipegang Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 629 hits
Semalam pada tarikh 16 September semua rakyat di negara ini menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke 57 bersempena pembentukan negara Malaysia pada 1963 lalu Namun mungkin ada antara kita yang terlupa bahawa pada tarikh yang sama ketika 2016 ...
Tak Cukup Tidur Boleh Menyebabkan Kematian

Tak Cukup Tidur Boleh Menyebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 1118 hits
TAK CUKUP TIDUR BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN Saya cukup marah kalau anak anak tidur lewat terutamanya hari sekolah Diaorang bangun jam 6 pagi jadi jam 10 malam tu patutnya anak anak dah lena Memang anak anak pun faham benda ni sebab sejak dia...
Anda Kini Boleh Pra Daftar Aplikasi Adobe Illustrator Untuk Ipad

Anda Kini Boleh Pra Daftar Aplikasi Adobe Illustrator Untuk Ipad

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 249 hits
Adobe telah pun mengumumkan mereka akan menawarkan aplikasi Adobe Illustrator untuk iPad sekaligus memudahkan anda membuat lakaran menghasilkan vector dan sebagainya terus melalui tablet keluaran Apple berkenaan Lanjutan daripadanya kini Ad...
3 Perkara Yang Boleh Merosakkan Pahala Sedekah

3 Perkara Yang Boleh Merosakkan Pahala Sedekah

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 330 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Kita mengetahui kelebihan bersedekah yang sangat besar Apabila melakukannya dengan ikhlas Allah akan memberikan ganjaran yang tidak ternilai dan melebihi apa yang telah diberikan Walaupun nilai yang tela...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Boleh Tak Nak Gaduh Depan Anak Farah Nabilah Kongsi Cara Tangani Selisih Faham Dengan Suami

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit