Pembangkang Perlu Akses Kempen Dalam Media Kerajaan



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0 disaran memberi ruang kepada parti-parti pembangkang menggunakan media milik kerajaan atau arus perdana kerana kempen secara tradisional dilarang oleh Kementerian Kesihatan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tidak mungkin sesebuah PRN memberi makna kepada pengundi andainya mereka tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai tawaran-tawaran dari parti yang bertanding sebelum hari pembuangan undi.
“Dalam Dewan Rakyat kita bangkitkan perkara ini dan meminta media tradisional seperti RTM, TV3 diberikan ruang kepada rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) dan semua parti yang bertanding secara secukupnya untuk berkempen menggunakan media sedia ada.
“Namun saya melihat cabaran itu bukan sekadar diberi ruang dalam media milik pemerintah. Cabaran utama adalah untuk memastikan mesej dapat sampai ke setiap pengundi. Apa maknanya PRN kalau pengundi tidak mendapat maklumat sepenuhnya sebelum membuat keputusan
“Sudah pasti kita perlu kempen meluas sebelum pengundi keluar dan mereka diyakinkan dengan program kerja, manifesto parti bertanding. Kalau rakyat tidak mengetahui maka ia tidak menjadi proses demokrasi yang berjalan dengan baik,” katanya dalam bual bicara bersama Sumberkini malam tadi.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu turut menasihati kerajaan PN agar melihat perjalanan pilihan raya di negeri jiran Singapura yang membenarkan media kerajaan digunakan oleh semua pihak bagi mengumumkan manifesto serta gerak kerja yang akan mereka lakukan sekiranya dipilih sebagai kerajaan.
“Kalau tengok Singapura yang mengadakan pilihan raya, mereka berikan ruang kepada semua parti bertanding dan peluang itu diolah dalam bentuk perdebatan, kempen dan sebagainya bagi membantu pengundi mendapat mesej yang jelas.
“SOP Menteri Kesihatan (yang dikeluarkan) bagi saya tidak masuk akal. Bagaimana kita buat PRN jika tidak boleh kempen. Di Melaka sekarang masuk Fasa 4, 90% orang dewasa divaksinasi. Saya tidak nampak apa sebabnya untuk tidak membenarkan kempen,” katanya.
Menjawab adakah pemimpin PH telah meminta kelonggaran kepada kerajaan, terutama kempen yang tidak melibatkan banyak rakyat, Shamsul berkata dalam pertemuan di antara pemimpin PH dan Perdana Menteri hal itu telah disuarakan.
“Baru-baru ini ada pertemuan dengan PM dan saya percaya itu telah disampaikan dan kita mendapat jaminan dari PM akan memberi keputusan pada Ahad ini. Jadi kita tunggu sama ada wujud kelonggaran SOP.
“Kalau kita lihat Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, walau KEADILAN tidak bertanding kerana kes Covid tinggi namun dalam PRK itu kempen rumah ke rumah dibenarkan, setiap kempen itu dalam 3 – 4 orang. Hal itu munasabah.
“Waktu Covid ini pun saya di Hang Tuah Jaya turun ke rumah rumah untuk memberi bakul makanan, tentunya saya bawa 2 – 3 pembantu dan itu berlaku setiap hujung minggu.
“Setakat ini belum ada lagi pegawai saya dijangkiti Covid. Kalau tak boleh rumah ke rumah, tidak boleh kempen kelompok, itu amat tidak masuk akal,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33376

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Pemimpin Pn Kempen Program Kerajaan Pembangkang Dikenakan Larangan Kempen

Prn Melaka Pemimpin Pn Kempen Program Kerajaan Pembangkang Dikenakan Larangan Kempen

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 391 hits
Pilihan Raya Negeri Melaka dijangka akan mempunyai dua Prosedur Operasi Piawai berbeza sepanjang tempoh berkempen Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sesi soalan tambahan di Dewan Rakyat bertanya kepada Menteri Undang u...
Benarkah Jentera Umno Tersusun Kecuali Kempen Kerajaan Menggunakan Tv Dan Media Arus Perdana

Benarkah Jentera Umno Tersusun Kecuali Kempen Kerajaan Menggunakan Tv Dan Media Arus Perdana

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 299 hits
Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN MelakaOctober 27 2021 Veteran UMNO mendakwa Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mempunyai niat tidak baik terhadap parti itu selepas mengumumkan perh...
Prn Melaka 70 Kempen Pas Guna Media Sosial Kata Sanusi

Prn Melaka 70 Kempen Pas Guna Media Sosial Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 408 hits
Langkah itu diambil bagi menghadapi kemungkinan SPR dan MKN mengeluarkan SOP bagi PRN Melaka yang tidak membenarkan kempen konvensional menurut Muhammad Sanusi Md Nor MELAKA PAS akan melaksanakan 70 kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Neger...
Kerajaan Sekali Lagi Ditegur Mp Pembangkang Isu Pusat Judi Nombor Ekor

Kerajaan Sekali Lagi Ditegur Mp Pembangkang Isu Pusat Judi Nombor Ekor

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 257 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON November 1 2021 Kerajaan sekali lagi ditegur berhubung isu nombor ekor apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan berkenaan pertambahan pusat pusat judi dan kegiatan judi yang semakin berleluasa dalam negara ...
Lawak Bodo Pengat Taik Lebai Pas Kata Kalau Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Da

Lawak Bodo Pengat Taik Lebai Pas Kata Kalau Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Da

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 288 hits
Biarlah isu arak atau judi yang penting Dap jangan perintah Berapa kerusi Dap bertanding lebai Walaun diperbodohkan
Saya Yang Sokong Kerajaan Pun Tak Boleh Terima Ahmad Maslan

Saya Yang Sokong Kerajaan Pun Tak Boleh Terima Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 235 hits
Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima Ahmad Maslan gesa kaji semula SOP PRN Melaka Pemimpin Umno tidak bersetuju dengan larangan Kementerian Kesihatan yang tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaita...
Pertimbang Semula Larangan Himpunan Fizikal Ceramah Gesa Bersih 2 0 Kepada Kerajaan

Pertimbang Semula Larangan Himpunan Fizikal Ceramah Gesa Bersih 2 0 Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 200 hits
Arahan Menteri Kesihatan adalah tidak konsisten dengan garis panduan PPN kerana ia mensasarkan aktiviti berkaitan pilihan raya menurut Bersih 2 0PETALING JAYA Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil meminta kerajaan mempertimbangkan semua lar...
Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Tahniah Dan Terima Kasih

Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Rafizi Masih Boleh Main Peranan Besar Di Luar Kabinet

Elderly Support Building A Caring Future Today

Harimau Merah Intrik Dalaman

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tersesat Sebab Tak Ingat Parking Kereta Suami

Bila Kopi Bukan Lagi Kawan Kisah Aku Jaga Makan Demi Lawan Anxiety

Cuti Penggal Persekolahan 2025

Setiap Orang Ada Jalan Ceritanya Jodohnya Ada Hanya Takdir Yang Berbeza

Lirik Lagu Tak Terpisah Jessc Fauziah Latiff

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo