Pembangkang Dakwa Ura Dibuat Tergesa Gesa Ada Muslihat


malaysiakini.com
Haspaizi Zain & Hariz Mohd & Ili Aqilah
Diterbitkan: Feb 20, 2025
Pembangkang mempersoalkan kegagalan kerajaan untuk menyediakan buku rang undang-undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) meskipun pembentangannya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Takiyuddin Hassan (PN- Kota Bharu) berkata, perkara itu bukan sahaja menimbulkan persoalan, malah membuktikan RUU tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan mempunyai muslihat tertentu.

"Sehingga hari ini blue bill RUU masih belum ada di atas meja ahli parlimen, kita ada lagi lapan hari.

"Kita tak fahamlah kenapa begitu lewat. Sepatutnyaa RUU dapat (dibentang) di awal persidangan, sebahagian daripada RUU sampai ke hari ini masih lagi belum (dapat).

"Jadi, kesimpulannya RUU ini dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan juga mempunyai muslihat yang tertentu," katanya pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin di parlimen, hari ini.

Semalam ahli parlimen pembangkang menyifatkan cadangan akta itu sebagai taktik halus untuk menyingkirkan orang Melayu dan kaum India miskin daripada menetap di kawasan bandar.

Ini kerana melalui akta tersebut, kerajaan menurunkan nilai ambang persetujuan untuk pembangunan semula kawasan perumahan strata.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilaporkan mencadangkan agar ambang persetujuan diturunkan kepada 80 peratus untuk bangunan di bawah umur 30 tahun, 75 peratus untuk bangunan berusia lebih 30 tahun, dan 51 peratus untuk hartanah tidak selamat atau terbiar.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menyifatkan undang-undang itu sebagai “akta rampas rumah”.

Nga bagaimanapun membidas kenyataan tersebut yang didakwanya berniat jahat serta menafikan URA menindas kaum tertentu.

‘Macam budak sekolah’

Dalam pada itu Hamzah Zainuddin (PN-Larut) menyifatkan parlimen tidak memiliki kebebasan untuk bersuara apabila sering dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat daripada membangkitkan sesuatu isu ataupun pertanyaan.
Katanya, parlimen kini bukan lagi tempat untuk pembuat dasar, sebaliknya lebih kepada "sesi persekolahan" yang dipantau oleh "pengetua" yang tegas.

"Bila timbulnya isu-isu gag order dan sebagainya, kita kadang-kadang merasakan Dewan (Rakyat) ini patut bebas kerana kita law maker, hari ni kita bukan lagi jadi law maker, kita jadi budak sekolah.

"Yang ada bukan monitor lagi, yang ada pengetua yang begitu strict, jangan cakap, duduk dalam kelas, jangan tanya. Cikgu hanya ada berapa minit sahaja, kau tengok sahaja, kalau tak reti tak faham, tengok sahaja," katanya.

Hamzah turut menyentuh isu ketiadaan beras tempatan di pasaran yang didakwa berpunca daripada kartel dan masih gagal ditangani kerajaan sehingga kini.

Katanya, dia membuat lawatan ke sebuah pasar raya di Cheras baru-baru ini dan mendapati tiada langsung beras tempatan.

Sebaliiknya, katanya, hanya beras import dijual dengan harga RM48 dan diberi diskaun sebanyak RM15.

"Cuba kita fikir logik, kalau orang buat diskaun sampai RM15, mesti ada kartel...ini kerajaan kena sedar.

"Pengurus (pasar raya) beritahu hanya pada hari minggu beras dijual pada harga RM2.6 sekilogram pada Jualan Rahmah...itu 300 kampit sahaja," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/pembangkang-dakwa-ura-dibuat-tergesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Guna Isu Ura Bangkit Isu Perkauman

Pembangkang Guna Isu Ura Bangkit Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 142 hits
Pembangkang guna isu URA bangkit isu perkaumanSEBAB NGA KOR MING ITU CINA DAP Saya menulis isu Akta Pembaharuan Semula Bandar ini akn muncul wakil2 pembangkang di ruang komen mengatakan saya barua DAP itu seperti dijangka Ditanya kpd saya k...
Ura Jangan Sampai Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Ura Jangan Sampai Sudah Terhantuk Baru Terngadah

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 172 hits
harakahdaily netFebruary 22 2025KUALA LUMPUR Dewan Muslimat PAS Malaysia menegaskan bantahan terhadap Akta Pembangunan Semula Bandar yang dijangka diperkenalkan kerajaan dengan menyifatkannya sebagai ancaman kepada hak rakyat khususnya golo...
Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 192 hits
suara tvBy21 02 2025KUALA LUMPUR Tiada keperluan untuk kerajaan menurunkan ambang persetujuan pemilik tanah daripada 100 kepada 80 peratus bagi tujuan pembangunan semula bandar Ketua Pemuda Umno menggesa kerajaan mengekalkan ambang persetuj...
Piala Malaysia Main Sini Stadium Darul Makmur Dicadang Jadi Venue Lepas Ura Ura Tok Gajah Bakal Terkubur

Piala Malaysia Main Sini Stadium Darul Makmur Dicadang Jadi Venue Lepas Ura Ura Tok Gajah Bakal Terkubur

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 191 hits
EPISOD duka berterusan dalam kem Sri Pahang FC apabila kemaraan ke pentas akhir Piala Malaysia 2024 25 gagal menutup kisah kemelut kewangan dialami kelab Pantai Timur itu yang bertebaran di media sosial Berdasarkan luahan tersirat daripada ...
Ura Melayu Bakal Hilang Hartanah Di Dalam Bandar

Ura Melayu Bakal Hilang Hartanah Di Dalam Bandar

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 172 hits
harakahdaily comFebruary 19 2025 Akta Pembaharuan Semula BandarKUALA LUMPUR Ahli ahli Parlimen Perikatan Nasional hari ini menyatakan bantahan terhadap cadangan penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar oleh Kementerian Perumahan dan Keraj...
Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 252 hits
suaratv com myBy21 02 2025KUALA LUMPUR Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar didakwa bakal menyebabkan penduduk di kawasan penempatan seperti rumah pangsa atau Projek Perumahan Rakyat kehilangan tempat tinggal atau berterusan terbeba...
Fakta Ringkas Ura

Fakta Ringkas Ura

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 179 hits
Kami viralFakta Ringkas URA Akta Pembangunan Semula Bandar yang perlu walaun tahu 1 Ia dimulakan di zaman PAS jadi kerajaan pada tahun 2021 2 Ia bertujuan utama untuk menyelesaikan masalah bangunan flat lama di bandar bandar 3 Antara pemimp...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Kerjaya Sebagai Usahawan Sambilan Kopersi Digital

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel